Aku dan Mr. Luke # 5

Humor Completed 46245

Sudah hampir lunyai akhbar ditangannya. Puas dia cari kerja di merata tempat tapi masih belum diterima lagi. Alasan mereka tiada pengalaman lah, tidak mahir dalam komputer lah, jawatan sudah terisi lah, dah tu kalau dah takda buat apa letak iklan tu?! Hish bengang betul.

Pernah sekali itu pula, ada iklan tentang perlukan pembantu rumah, tanpa membuang masa, Ain terus ke alamat yang tertera. Sampai sahaja, Ain dijemput masuk oleh seorang lelaki. Namun, baru sahaja lima minit berada di rumah itu, Ain sudah sesak nafas. Buka saja pintu, suratkhabar, majalah, barang mainan berselerak di lantai. Sofanya tunggang langgang. Kain baju tersidai di sana sini. Bunyi tangisan bayi kedengaran dari atas. Seketika itu, seorang budak lelaki turun membawa sebiji bola diikuti oleh si adik. Dihadapannya mereka berkelahi berebutkan sebiji bola itu.

"Sekarang juga awak bleh mula bekerja!" Kata tuan rumah.

"Er.. Begini sajalah Encik, saya baru sampai dari kampung. Jika tidak ada apa apa esok saya mula bekerja. Jika saya tidak sampai esok itu.. Hehe faham faham sajalah." Ujar Ain lalu meminta diri.

Uish baru berapa minit aku kat sana dah sesak inikan sehari suntuk. Tak boleh tak boleh tak sanggup aku. Sehingga kini dia masih bersenang lenang menatap akhbar. Malas hendak mengingati cerita semalam.

"Macam mana? Dapat tak kerja?" Tanya Yati yang baru pulang.

"Taaaak lagi" balasnya dengan buat buat muka sedihnnya.

"Haih kau nii.. Macam nilah kat tempat aku tu ada kerja kosong. Esok kau ikut aku nak tak?" Tanya Yati lagi.

"Betul ke?? Eh mestilah nak!! Okok boleh"

"Tapi kau kena lah make up sikit, bertumit tinggi sikit. Ni kerja kerani di pejabat tau bukan kantin atau sekolah tadika ke apa.." Perli Yati. Ain tergelak teringat kisah lama.

"Ye aku tahu lah ish.." Yeay lepasni cukuplah duit aku. Boleh belanja nenek nanti. Lepastu nenek mesti bangga dengan aku. Yelah kerja pejabat kot! Ahahahaha berangan je aku ni. Belum confirm pun lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience