Aku dan Mr. Luke # 12

Humor Completed 46245

Luqman ketawa. Geli benar hatinya mendengarkan pengakuan Shalin.

"Benar, Luke. I'm not joking. I still love you and I want you back," ujar Shalin tanpa segan silu. Baru kini dia sedar bahawa cintanya terhadap lelaki itu sangat dalam. Sebulan di Boston benar benar membuatkan dia bermain dengan api rindu.

"Jangan bergurau, Shalin!"

"I tak bergurau Luke! I serious ni!" Bentak Shalin sementara Luqman terus ketawa.

Dulu pernah sekali, seutusan siap cadar dan langsir ditempah. Dia tiba tiba buat perangai. Kerana sayangkan anak, bapanya menurutkan sahaja. Pertunangan mereka dilanjutkan setahun. Akhirnya, cadar dan langsir dibuat pakai raya.

Sungguh dia tidak sanggup lagi menempah musibah dengan terus mendampingi gadis itu. Karenahnya terlalu banyak. Cerewat pula tu. Ini takmahu itu takmahu. Ah tak sanggup aku!

Berita mereka tidak jadi kahwin bagaikan api mengejar minyak, begitu pantas.

"Kau tahu Luke, kau antara lelaki yang aku kagumi. Prestasi kerja kau, idea kau, semuanya tip top tapi dalam soal perempuan, kau macam kerbau." teringat kata kata bekas setiausahanya, Farhana.

"Kau lelaki Luke, jangan sampai orang pertikaikan kewibawaan kau. Bukan sekali dia buat perangai... Kalau aku, dah lama aku cari lain." Sahut Zamri rakan karibnya dan suami kepada Farhana.

Iya.. Cari lain. Setakat ni hanya Ain sahaja yang berada dalam hati ku. Biarpun ramai perempuan yang aku kenal, tetapi mereka hanya sebagai rakan. Dia tertarik dengan kesederhanaan Ain, senyumannya. Biarpun mulutnya celupar kadang kala. Dia tahu Ain mempunyai hati yang bersih.

Dia tahu kehadiran Ain adakah untuk meminta maaf. Kasihan Ain terpaksa melihat adegan romantisnya dengan Shalin. Maafkan aku, Ain.

Kita bukan sengaja nak sakitkan hati awak. Kita cuma nak pastikan awak cemburu atau tak. Sekarang kita tahu, awak berbohong selama ini. Awak malu nak mengaku yang awak pun suka kita kan. Baiklah, kita akan tunggu awak sampai awak mengaku kalah! Tapi percayalah, hati kita bukan lagi pada Shalin. Shalin sudah lama mati dalam hidup kita. Seronok juga tengok awak jeling jeling masa kita peluk Shalin. Cemburu lah tu! Perempuan... Mana pernah lekang dengan tabiat cemburu. Tapi tak apa, cemburu itu tandanya sayang.

Luqman tiba tiba senyum, teringat bagaimana mimik muka Ain apabila dia bersikap dingin.

"Tak payah tengok. Saya belum nak mati lagi," Katanya membesarkan mata ke arah Ain. Dia cuba berlagak begitu pada hal ketika itu dia merasakan lucu yang teramat sangat.

"Baguslah kalau gitu. Kita ingat nak sponsor kapur barus," balas Ain, tajam sungguh mulut gadis pujaanya. Cakap ikut sedap mulut saja. Tapi tak apa, aku sukakan dia walaupun aku terpaksa melutut dan merayu untuk mendapatkan kasih sayangnya.

Hatinya cukup bahagia menatap wajah Ain. Tapi sayang, Shalin kacau daun dan dia pula entah mengapa terus menerus menyakiti hati Ain. Dia tahu Ain tidak senang melihat kemesraan mereka. Dari riak wajah Ain, dia maklum ada api cemburu.

"Ain!" Tiba tiba nama itu disebutnya dan serentak itu juga Shalin menjerit. Wajahnya menyinga. Luqman tersentak, kelam kabut dia menoleh ke belakang. Mujurlah tiada kereta di belakang. Mereka sempat memberhentikan kereta di tepi jalan. Luqman menarik nafas panjang terpaksa menahan sabar dengan sikap Shalin.

"Nama itu juga you sebut?! Apa istimewanya dia?! Apa kurangnya I ?! Bentak Shalin.

"Banyak" Luqman jawab pendek. Luqman mematikan enjin. DIa lebih selesa bercakap di tepi jalan begitu. Mana lah tahu nanti Shalin mengugut nak terjun dari kereta.

"Salah satunya?"

"She cares about me. Dia tak pernah sakitkan hati I. And Shalin, I want you to know that I really need her," ujar Luqman. Lega hatinya apabila segala perasaan yang terbuku di dada selamat diluahkan.

"Really? Atau you sengaja nak putuskan pertunangan kita?" Soal Shalin. Luqman terdiam. Lama dia berfikir. Apa jawapan yang sesuai supaya Shalin tidak terluka sepertinya dulu. Tapi mahu tak mahu, kata kata itu keluar juga.

"Shalin, sebenarnya I... I dah tak harapkan apa apa lagi dari you. Selama ni I cukup sabar. Setiap saat hati you berubah. Hari nii you cakap lain, esok you cakap lain. You dah dapat apa yang you impikan selama ni.. Kerjaya you. So enjoy!"

Hmm.. puas hati aku. Lega rasanya. Selama ini Luqman hanya pendamkan sahaja rasa tidak puas hatinya kerana takit kehilangan Shalin. Takut Shalin kecewa. Ditelan saja rasa marahnya, geramnya terhadap gadis itu oleh kerana terlalu sayang.

"What about our engangement?"

"Dah tak ada. You sendiri yang putuskannya. You sanggup tinggalkan I semata mata nak kejar kerjaya you."

Shalin diam. Dia menangis sambil kedua tapak tangannya menekup muka. Bahunya kelihatan terhinggut hinggut.

"So, you nak kahwin dengan Ain? Soalnya sambil menarik tisu. Mata yang basah dilapnya.

"Kalau ada jodoh." Selamba Luqman menjawab. Mesti ada jodoh. Akan kupikat dia sampai dia mahu, bisik hatinya. Shalin tersedu sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience