Aku dan Mr. Luke # 7

Humor Completed 46245

"TENGOK apa? Kerja!" Marah Luqman masuk ke biliknya sambil membawa masuk kasut Ain yang diambilnya tadi.

Siapa perempuan itu? Kenapa sampai macam tu sekali Mr. Luke bertindak. Biasanya jika dia bergaduh dengan Shalin takda pula sampai begitu. Bahkan dia sempat lagi berlawak dan mengusik pekerjanya selepas bergaduh. Masing masing berpandangan dengan penuh tanda tanya.

Luqman menghempaskan badannya di kerusi empuk. Bengang. Teruk sangat ke aku ni?! Aku nak tolong kau ikhlas bukannya aku buat jahat pun. Kerja. Aku nak bagi kerja je kat kau. Kenapa susah sangat kau nak terima Ain?! Keluh Luqman.

Sebaik sahaja tembelang Mia pecah, pagi pagi lagi sewaktu menghantar anak saudaranya, dia singgah mencari pengetua. Dia ingin mengaku kesilapannya dan meminta agar Ain diterima bekerja semula tapi sayangnya jawatan sudah terisi.

"Mr Luke... Haryati line dua." Suara Sujiah mematikan lamunan. Pantas dia mengangkat telefon.

"Kawan you dah lari, Ti. Dia takanak kerja dengan I." Ujar Luqman. Segala yang berlaku diceritakan tanpa malu malu.

"You kejar dia Luqman?"

"Yup! I tahu I tak sepatutnya kejar dia sampai bawah sana tu, Tapi entah la.. I pun tak tahu kenapa I buat macam tu. Gempar satu ofis ni, you tahu."

"I tak sangka Ain tu keras sampai macam tu sekali.. Dia tu memang lain sikit. Ikut kata dia saja.. Sudah la tu Luqman, you dah buat apa yang sepatutnya." Pujuk Yati.

Tiba tiba Luqman membetulkan duduknya. Perbualannya dengan Yati ditamatkan. Abang yang melangkah masuk, diajak duduk.

"Apa cerita ni hah?! Sampai heboh satu ofis kau berkejar kejaran dengan perempuan? Perempuan mana pulak ni hah?!

Marah tuan Omar yang baru sahaja balik dari luar negara dan sudah dikejutkan dengan cerita Luqman mengejar seorang perempuan. Sudah la marahnya tentang pembatalan perkahwinannya dengan Shalin belum reda ditambah lagi masalah dengan perempuan lain. Mana tak marah, kad jemputan semua telah dihantar tiba tiba pula tak jadi kahwin.

"Apa nak jadi dengan kau ni? Tak pernah nak serious. Kahwin pun nak main main ni kat pejabat pun nak main main jugak?"

"Abang.. Hm. Akim tak tahulah bang. Kepala Akim pun dah serabut ni. Akim tahu Akim salah, ya Akim mengaku.. Akim minta maaf."

"Haih Akim.. Siapa perempuan tu? Setahu abang pejabat kita ni tak perlukan pekerja pun."

"Dia cikgu Mia dulu. Sebab Akim dia dibuang kerja. So Akim cuma nak tebus kesalahan Akim tapi.. Dia tu keras kepala bang. Dia nampak je muka Akim terus dia menyinga uish tak tahu lah bang.." Luqman menceritakan dari awal hingga akhir.

Gelak. Pelik betul adik aku ni. Entah siapalah perempuan tu.

"Hah tak kisah la siapa pun dia tapi tolong ya kim tolong jangan campurkan urusan kerja dengan urusan peribadi. Abang taknak dengar lagi adegan adegan sebegini berlaku lagi. Got it?"

"Ya bang. Akim tahu."

Haih adik aku sorang ni. Nak marah dah besar panjang dah. Sukahati kau lah kim, Mia pun sudah boleh berfikir dengan baik, inikan uncle nya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience