Aku dan Mr. Luke # 3

Humor Completed 46245

Mi segera yg siap dimasak disenduknya ke dalam pinggan dan dihidangkan di atas meja. Tidak lupa juga satu mug kopi sudah tersedia. Aroma mi itu seakan memanggil manggil minta dimakan. Belum sempat sesudu masuk ke mulut, luqman sudah ada di muka pintu.

Aduh mamat nii sakit hati betul lah! tak malu langsung datang rumah orang nak minta makan. Kalau nenek ni mesti dah merah dah telinga aku ni kena cubit.

"You ni tau tau aje waktu makan ye.." Kata Yati menyambut tetamu.

"Takpa, Ain dh siapkan tu tunggu you je.. Eh kasut I ada bawa tak?" Celah Mimah

"Ada ni hah. Nasib kasut you, kalau kasut Ain ni dah lama I bawa jumpa bomoh. Biar kaki dia asyik nak ke rumah I saja heheh" sengih Luqman.

"Hai... Orang educated macam you ni pun pakai bomoh juga" sahut Mimah sambil mengambil beg plastik berisi kasutnya dari Luqman

"Habis? Dah puas pujuk. Nak bawa lari takut kena cakar" balas Luqman sambil menjeling Ain yang kebetulan memandangnya.

Hish miang betul mamat ni menyampah aku.

"You duduklah dulu. Kita orang ada kerja di atas" kata Yati mengajak Mimah berlalu.

Haih apa lagi lah yang dia ni nak dari aku. Kau dah ada segalanya harta, bahkan bakal isteri yang lawa cun melecun. Takkan kau nak jadikan aku spare tyre? Heh orang lain boleh la. Ni Ain lah, memang tak lah kan. Nak halau tak baik pulak, nak marah, sudah berapa kali aku maki hamun dia. Macam ni juga perangai dia. Bukan aku sengaja nak maki hamun sebenarnya, tetapi perbuatan kau tak boleh dimaafkan tahu tak?! TAK BOLEH! Haihhh dah muka tak tau malu macam ni la hm.

Mahu tak mahu Ain ke dapur untuk asingkan mi segera ke mangkuk lain. Kemudian dipotongnya cili banyak banyak dan isi ke dalam mangkuk satu lagi. Hah rasakan! Nak sangat makan kan hahahaha! Kopi tadi juga dibahagikan dua dan dihidangkan di atas meja semula.

Luqman yang melihat hanya tersenyum. Kalau tak bagi makan pun tak apa, kita datang cuma nak tengok awak puas puas je. Serious lepas kejadian di sekolah dulu, hati kita tak keruan. Bisiknya dalam hati.

Kita cuma nak kawan aje kalau awak sudi. Kalau tak sudi, kita tetap nak jugak sampai awak sudi. Ini Luqman lah hehe kita selalu dapat apa yang kita nak tau!

"Encik Luqman.." Lamunannya dikejutkan oleh suara Ain.

"Makan ni." Katanya acuh tak acuh.

"Ain.. Sebenarnya saya nak minta maaf pasal tempoh hari tu. Kalau awak nak, saya boleh tolong carikan kerja baru.."

"Encil Luqman, nenek saya cakap tengah makan jangan bercakap nanti tercekik"

"Oh iye, baiklah" dengan pantas luqman makan mi segera yang di hidangkan. Mak aih, pedas gila! Dia ni memang nak bunuh aku ke apa?! Kontrol Luqman kontrol.

"Sedap Encik?" Tanya Ain. Laju gila dia ni makan. Takkan tak pedas kot?

"Eh mesti lah sedap. Awak yang masak mestilah sedap. Cuma... Dah lama tak makan pedas.. Terbakar tekak haha"

"Eh pedas sikit je pun tak tahan ke? Tak payah la awak nk tolong saya carikan kerja itu semua" dulu dikacaunya kerja aku, kemudian dengan menggunakan Mia hingga terpaksa aku ke rumahnya, sekarang nak menawarkan kerja pula. Hipokrit!

"Ain.. Pasal haritu.. Saya memang tak tahu menahu. Mia menelefon awak tanpa pengetahuan saya. Betul saya tak tipu. Saya minta maaf kalau... "

"Encik Luqman, selain dari maaf, awak tak tahu perkataan lain ke?" Menyampah

Boleh tahan celupar jugak mulut perempuan ni. Sabarlah wahai hati. Salah aku juga aduhai. Akhirnya habis juga mi semangkuk. Mereka diam sahaja.

"Encik Luqman, awak datang nak makan saja kan? Dah makan bolehla balik.."

Luqman tersentak. Sampai hati dia halau aku.. Kut ya pun, bagi lah aku hilangkan pedas ni dulu.. Sob sob :'( takpa takpa, hari ni hari kau. Esok lusa kau tengoklah. Luqman bangkit dah terus ke muka pintu. Ain menghantarnya dengan pandangan mata sahaja.

"Kirim salam dengan tunang"

Eh? Tunang? Ohh patutlah layanannya begitu. Rupa rupanya bukan taknak tapi sebab taknak kacau tunangan orang lah tu agaknya. Bisik hati Luqman sambil menyanyi gembira. Ini Luqman lah siapa yang taknak kat aku ni woi hahahaha xD

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience