Aku dan Mr. Luke # 13

Humor Completed 46245

Ain duduk menanti dengan penuh sabar. Sesekali dia bangun mundar mandir. Sesekali dia tunduk membelek sijil. Sudah dua orang dipanggil masuk. Tinggal dia bersama seorang budak lelaki Melayu. Dalam hati, tidak jemu dia berdoa agar kerja itu diperolehnya. Sesekali itu sempat juga dia mengingati lelaki itu. Jangan! Dia tunang orang Ain. Kau sendiri dah lihat kemesraan mereka. Jangan diganggu. Tahu nenek nanti, mati kau dikerjakan tau! Namun hati ini masih ingin mengenangkannya.

Lamunannya dimatikan apabila namanya dipanggil.

"Sila duduk," pelawa seorang wanita. Ain patuh. Tiba tiba pintu pejabat itu diketuk dari luar. Seketika kemudian seorang gadis masuk.

"Maaf Puan Farhana, Mr. Luke nak jumpa. Dia ada di luar."

Hati Ain kembali bergolak, kemana dia pergi lelaki itu mesti ada. Apa muslihatnya kali ini.

"Jemput dia masuk. Awak bawa dia ke bilik saya." Jawab Puan Farhana.

Ain menanti masa. Apakah lelaki itu akan melihatnya di situ? Seketika kemudian, terdengar suara Luqman menyapa.

"Excuse me for a while." Bisik Puan Farhana kepada Ain. Ain hanya mengangguk.

"Sorry Ana.. I mengganggu. Shalin ni nak minta diskaun. Banyak dia nak beli." Suara Luqman satu persatu menterjah telinganya. Ingin benar dia menoleh untuk melihat tetapi akal sihatnya tidak mengizinkan.

"Boleh.. No problem. Tapi right know I ada interview. You tunggu kejap ya," jawan Pn Farhana sambil membuka sebuah lagi pintu yang betul betul berhadapan dengan kerusi yang diduduki Ain. Tatkala tetamu itu melewatinya, Ain menundukkan mukanya. Dia tidak mahu mereka melihatnya.

"Ain! Apa awak buat kat sini?"

Ain tersentak. Mahu tak mahu terpaksa dia mengangkat muka. Dilihatnya Shalin kelam kabut memaut lengan Luqman.

Ambillah, aku pun tak hingin. Bisik hatinya. Siapa yang inginkan lelaki yang macam Luqman? Perangai macam lanun. Isk! Aku marahkan dia kenapa? Cemburukah aku? Oh! Tidak, aku tak mahuuuu. Tolonglah mana aku nak sorokkan muka kalau benar benar akhirnya aku juga tergilakn dia. Tentu aku digelakkan dek kawan kawan.

"You kenal dia Luke? I baru nak interview dia." Kata Farhana. Sementara Shalin sudah menarik muka. Luqman pula asyik berbisik sesuatu dengan Farhana. Ain buat tidak pandang. Kata sakit tapi merendek dengan perempuan tu! Dasar lelaki buaya. Waktu boring, frust cari aku. Tapi bila ada Shalin egonya tinggi melangit!

"Maaf ya. Dah lama awak kenal Luqman?" Soal Farhana setelah Luqman dan Shalin hilang di bilik menunggu. Ain kenarik nafas.

"Saya minta maaf Puan, boleh saya bertanya?" Balas Ain, Farhana hanya mengangguk.

"Apakah kerja ada kena mengena dengan dia?"

"Depends," jawabnya ringkas.

"Dulu i sekretari di ofisnya. Sekarang I buka bisnes sendiri, join dengan my husband. Dia best friend Luqman. So, biasanya apa apa saja tender baru, Luqman akan offer kami dulu. Kami jadi supplier utama di syarikatnya."

Sebentar tadi Luqman sudah memujuknya supaya menerima Ain bekerja disitu. Apa hubungan mereka agaknya? Mungkin ni calon terbarunya tetapi kenapa Shalin pula yang dikepitnya? Tidakkah itu akan buat Ain sakit hati? Luke, kau memang cari penyakit!

"Kalau begitu, maafkan saya. Saya minta diri dulu. Terima kasih," ujar Ain bangun meninggalkan Farhana. Ain berjalan pantas ke tempat menanti bas. Hatinya sakit dipermainkan begitu. Sudah tentu dari awal lagi mereka sudah berpakat ingin mengenakan aku. Aku benci kau Luqman!

Namun pada waktu yang sama matanya asyik terpandangkan Luqman. Senyumnya, lagaknya sudah mula dipandang indah. Menarik. Mengapa ini yang aku alami? Nek, apakah cucu mu ini sedang dilanda cinta lagi? Kalau nenek tahu aku menyukai tunang orang, mati aku dileterinya.

Tetapi.. Aku bukan sengaja. Perasaan itu datang secara tiba tiba. Bukan salah aku. Ah! Aku harus melawan perasaan ku ini. Aku tak mahu menjadi perosak! Luqman itu tunangan orang, tidak mungkin akan menjadi milikku. Lalu, kemana harus kubawa diri agar bayangannya tidak menjejaki ku. Sedangkan kemana ku melangkah, di situ ada dia, bagaikan Kuala Lumpur ini sudah dibelinya.

Ah...... Balik kampung sajalah! Di sana bukannya tak boleh hidup. Elok elok jadi kerani kilang disana bawa diri ke KL dah tu apa yang aku dapat? bahagia tak juga. Sedangkan Badrul dan Baizura semakin bahagia.

Balik kampung! Macam mana kalau terseremoak dengan mereka? Alah... Buat tak tahu saja laa.... Yang lepas jangan dikenang. Dah tak ada jodoh nak kat kata apa! Lagipun Badrul dan Baizura sudah ada anak dah pun.

Ain, pulang sajalah ke kampung. Baliklah! Kuala Lumpur bukan tempatmu.

"Aku mesti balik kampung!" Getusnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience