Aku dan Mr. Luke # 6

Humor Completed 46245

"Tolonglah, Mah.. " Rayu Ain. Mahu tak mahu Mimah terpaksa bangun untuk mengandamnya.

"Itulah kau.. Lain kali bila aku make up tengok." Bebel Mimah kerana tidurnya diganggu. Nak cantik punya pasal, bebelan Mimah ni ku telan sajalah. Nak maki ke apa hah sukahatilah aku sanggup. Biar pun kerja kerani sahaja, aku mestilah kena jaga nama baik syarikat tu nanti.

Selesai sahaja make up, Ain terus mencapai baju kurung yang sudah siap digosok awal malam tadi. Inilah satu satunya pakaian ku yang termahal. Niat hendak dipakai sewaktu penerimaan sijil anak anak muridnya tetapi tidak tercapai pula.

"Ain cepatlah turun! Lambat nantii."

"Ye yee.. Dah siap dah ni." Uish cantik jugak minah ni bila dah berdandan macam ni.

"Wah.. Lawa beg. Kasut."

"Mimah punya ni. Aku pinjam aje." Jika Yati yang melihatnya pun boleh terpegun, ini kan lagi Luqman. Terbeliak biji mata mengintai Ain dari birai tingkap pejabatnya. Benar kata Yati, Ain berdandan sakan untuk temuduga kerja ni.

Sampai sahaja, Ain diserahkan kepada Sujiah, setiausaha Mr. Luke. Yang peliknya hanya dia seorang sahaja yang ada untuk temuduga. Mungkin aku diberi keutamaan kerana Yati berkenalan rapat dengan orang kuat di sini, fikir Ain.

"Jawatan ini cuma satu saje.. Jadi kami memang tak siarkan di akhbar.." Jawab Sujiah ramah. Ain hanya menganggukkan kepala saja.

Setelah puas menintai Ain, Luqman menekan interkom ke meja Sujiah menyuruh Ain masuk untuk ditemuduga.

"Masuk!" Panggilnya apabila mendengar ketukan di pintu. Seketika kemudian dia menyuruh gadis itu duduk.

"Nama?" Soalnya pendek dan tegas.

"Ain bt. Abdul Salam" sopan Ain jawab. Sambil itu dia cuba melihat penolong pengarah di hadapannya. Sikap orang itu buatnya resah. Tidak berhidungkah dia? Sebelum masuk tadi dia hanya diberitahu akan ditemuduga oleh penolong pengarah, Mr. Luke. Entah cina atau mat saleh tidak pula dia sibuk tanya.

"Sebelum ni kerja di mana?"

"Tadika Mutiara" jawabnya ringkas.

"Tak bagus ke kerja disana?" Soal Mr. Luke lagi.

"Saya tidak sesuai kerja disana."

"Awak tak suka budak budak agaknya."

"Bukan gitu.. Dah tak ada rezeki saya agaknya encik.."

"Apa pendapat awak tentang Tuan Omar Affan? Tentu awak kenal dia bukan? Pernah ada pengalaman bekerja?"

Tuan Omar? Kenapa tiba tiba pulak.

"Ya saya kenal. Er.. Saya rasa sikap prihatin beliau patut dicontohi oleh usahawan lain. Saya belum pernah ada pengalaman di pejabat. Tetapi dengan kerjasama encik insyallah saya akan berusaha bersungguh sungguh." Katanya yakin.

"Sebenarnya syarikat ni selalu berurusan secara langsung dengan Tuan Omar. Okay ke? Bagaiman pula dengan Encik Luqman Hakim?" Katanya menduga.

"Saya tiada masalah. Encil Luqman? Saya tidak tahu apa apa tentang dia.." Eh apasal pulak tanya mamat tu?! Ish macam ada yang tak kena aje... Kalau Mr. Luke suruh aku bekerja dengan Tuan Omar okay lagi tapi dengan mamat sombong tu.... Ish tak kuasa aku. Bisik hatinya.

"Baiklah, Isnin ni awak boleh datang lapor diri dan mula bekerja. Okey... Itu sahaja. Awak boleh keluar lah ya." Dia ni dah start macam syak sesuatu ni. Baik aku stop sampai sini.

Ain bangun. Hatinya berbunga riang. Dalam pada itu ternanti nanti juga kalau kalau Mr. Luke akan berpaling. Teringin benar dia melihat orang yang telah menyelamatkannya. Seperti mana dia masuk, dia juga berhati hati ketika hendak keluar dengan kasutnya yang bertumit tinggi. Takut juga kalau kalau terjatuh, jatuh jugalah saham aku ni. Namun dalam berjaga jaga, kaki kanannya terpelecok juga. Sakitnya mak aihh.

Pantas dia berpaut pada tombol pintu sebelahnya. Harap harap Mr. Luke tak nampak a.. ku ...

"Ain.., hari Isnin ni hadirkah diri sebagai diri awak sendiri. Lagipun kasut Mimah tu tinggi sangat. Terpelecok lagi nanti saya yang susah."

Wait the minute! Ain terpampam. Dia kenal Mimah? Selain dari mamat tu... Mana ada orang lain dah! Apakah Luqman yang berselindung di situ? Tanpa ingat adab sopan, Ain terus bangkit merapati lelaki itu.

"Encik Luqman... ?" Umpannya. Benarlah, serentak itu, kerusi empuk itu berpusing ke arahnya dilihat Luqman Hakim disitu.

"Awak?!" Jeritnya. Menggigil tubuhnya menahan marah. Bagai nak terkeluar biji mata merenung lelaki itu.

Luqman yang sudah terperangkap tersengih. Dia tidak sangka sampai begitu sekali riak wajah Ain apabila terlihat dirinya yang duduk di kerusi itu. Pada ketika itu dia menyalahkan mulutnya yang lancang berbicara.

"Jangan ingat awak kaya awak boleh mainkan orang sesuka hati! Bak balik sijil saya!" Kata Ain merampas balik sijil sijilnya dari tangan Luqman. Bulat mata Luqman memandang Ain yang sudah menyinga itu. Kecut juga hatinya melihat gadis yang dipuja selama ini begini. Garang gila budak ni, bisik hatinya. Tak sangka ya, orang yang lembut dan baik hati boleh ada hati yang keras sebegini..

"Er.. Ain.. Bukan ini niat saya... Saya cuma nak tebus kesalahan saya. Saya ikhlas."

"Saya tak perlukan belas kasihan awak."

"Tolonglah Ain, jangan biarkan saya terus rasa bersalah.. "

"Itu masalah awak bukan masalah saya." Hah ambik kau.

Amboi. Senangnya dia cakap. Luqman merapati Ain. "Ain tolonglah maafkan saya... Saya mengaku saya salah. Tolonglah beri saya peluang untuk saya tebus kesalahan saya.."

Ain tidak menghiraukan kata kata Luqman, dia terus keluar. Cepat cepat Luqman mengekori Ain dari belakang.

"Ain!" Semakin laju Ain berjalan meninggalkan Luqman.

Sujiah yang terpinga pinga melihat adegan kejar mengejar itu tidak dihiraukan. Pekerja pekerja yang lain berpandangan. Siapa gadis itu? Istimewa sangat kah dia? Tunangnya Shalin yang lagi cantik dulu pun jika bergaduh tidak pernah sampai Mr. Luke berkejar kejar begitu.

Tanpa menoleh, Ain terus berlalu menuruni anak tangga. Dia tahu luqman sedang mengejarnya. Kalau boleh dia ingin berlari dengan lebih pantas tetapi kasut Mimah yang tinggi ini melambatkan perjalanannya dan menyebabkannya banyak kali terpelecok.

"Ain! Tunggu duluu!" Laung Luqman dari tangga atas. Ain tersentak. Tanggal kasutnya sebelah. Dia cuba mengambil kasutnya itu tetapi melihatkan Luqman yang semakin hampir dia membatalkan niatnya itu. Teksi yang kebetulan melintas ditahannya.

"Jalan Limau Manis." Katanya kepada pemandu. Sewaktu teksi mula bergerak, dia menoleh ke belakang melihat Luqman berdiri memerhatikannya dengan memegang kasutnya sebelah. Dalam hati Ain tergelak kecil. Hahahahah cewah! Dah macam cerita dongeng cinderella lah pulak bila tengok Sang Putera terkebil kebil memegang kasut Sang Puteri. Bezanya aku 12pm. Cinderella 12am kekeke Ain ketawa kecil. Ah aku cinderella? Berangan je lah Ain oi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience