Aku dan Mr. Luke # 17

Humor Completed 46245

Terbuka sahaja pintu, Ain meluru keluar.

"Apa awak buat kat sini?" Soal Ain cuba menutup malu.

"Nak pinang awak!" Jawab Luqman tanpa berselindung. Tuan Omar dan Puan Saodah hanya tersenyum. Luqman sudah gila bayang. Sudah angau. Jika ditahan mahunya menjadi penghuni Hospital Bahagia.

Entah apa lah istimewanya Ain ni sampai mereka terpaksa membuat misi gila ini, meminang di tengah malam buta begini.

"Maafkan kami mak cik.... Datang tak bagi tahu," ujar Tuan Omar.

Nenek yang mengerti menjemput tetamu masuk. Manakala Ain sudah berlari ke dapur, menyembunyikan merah di pipi, melindungi getaran di hati. Dia membiarkan sahaja nenek melayan tetamu itu. Dia pula segera menyediakan minuman namun apa yang dipegang bagai tidak lekat. Diri terasa melayang layang. Hatinya berdebar debar.

"Saya dah pujuk dia dah kak, tapi tak jalan. Malam ni juga dia nak datang. Takut orang lain potong trip katanya," cerita Puan Saodah. Nenek hanya ketawa.

Ain melihat jam didinding. Tepat pukul dua belas malam aku dipinang Luqman. Terima sajalah nek, agaknya memang dah tersurat cucu nenek ni dilamar orang dalam keadaan berbaju tidur, bisik Ain sambil ketawa kecil. Tak romantik langsung! Sudahpun begitu tak ada pun cincinnya. Bunga sekuntum pun tiada.

"Mahu ke kau?" Usik nenek sewaktu dia keluar menghidang makanan. Hampir sahaja terlepas dulang yang dipegangnya. Terketar ketar dia meletakkan dulang di atas meja itu. Ain tunduk. Malu.

Ain pucat. Nenek ni..... Sudah geharu cendana pula. Nenek dah tahu jangan lah tanya tanya lagi, getusnya dalam hati. Pertanyaan nenek hanya dijawab dengan senyuman. Niat hati hendak melarikan diri dari tetamu itu tetapi tidak berjaya apabila Puan Saodah mengajaknya duduk bersama. Malu malu dia duduk. Bertuah aku dapat mak mertua yang baik. Cuma anaknya saja yang nakal tak boleh di ajar. Teruklah aku disakatnya kelak.

"Jadi sajalah nek" celah Luqman. Pantas Puan Saodah mengetap bibir merenung anak bujangnya.

"Ginilah kak, esok kami akan hantarkan wakil ke mari," ujar Puan Saodah sambil melirik ke arah bakal menantu yang tunduk malu.

"Eloklah kalau gitu. Insyallah, saya akan tunggu rombongan cik ni. Bila tu? Pagi ke petang? Jangan datang waktu macam ni sudah la." Gurau nenek. Mereka gelak.

Puan Saodah mengangguk faham. Luqman tersengih memanjang. Hujung kakinya dikuis kuis ke kaki Ain. Ain buat buat bodoh. Hairan dengan sikap Luqman yang tidak tahu malu. Selamba badak je mamat ni. Tunang pun tak lagi. Mujur nenek sporting kalau tak teruk kena belangkung ni.

"Eloklah sebelah petang. Kalau takda apa apa aral kami bertolak dari sana pukul tiga setengah," sahut Tuan Omar pula.

Luqman memandang kekasih hati di sebelah, lega hatinya bukan kepalang. Perlahan lahan tangan Ain digenggamnya. Pandangan mereka saling menyatu. Pada kala itu perbualan orang tua sudah tidak menjadi apa. Ain sebak, gembira hatinya tidak terucap.

Luqman tersenyum bahagia. Lihatlah dunia, aku akhirnya berjaya merebut hati gadis berjiwa keras. Luqman tahu niat yang suci sentiasa diberkati Allah.

_________________TAMAT_________________

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience