Aku dan Mr. Luke # 11

Humor Completed 46245

Luqman terkedu seketika. Namun, akhirnya dia menguntumkan senyuman manis. Tiba tiba hati Ain berdetik. Jantungnya bergetar hebat. Terasa kehadiran gadis itu mengganggu agendanya. Sibuk saja. Aku nak bermesra dengan ibu Luqman pun tak boleh! Meluat aku tengok dia ni lah.

"Shalin! What a surprise! Bila you balik?" Luqman bangun menghampiri gadis itu. Di wajahnya jelas terpancar kegembiraan yang teramat sangat. Sementara Puan Saodah ke dapur mereka berpelukan mesra. Luqman seolah olah terlupa akan sakitnya itu.

"Pagi tadi. Macam mana dengan you? Dah okay?"

"Okey. Lebih lebih lagi you dah ada, terus sihat!"

"Aww.. Luke!" Manja. Kepalanya terletak di bahu Luqman. Mereka berdua berbual sambil berpegang tangan. Sesekali mata Luqman melirik ke arah Ain.

Eleeeh. Nak menunjuk lah tu konon! Mengada ngada! Kot iya pun nak bermesra pergi la tempat lain. Meluat aku tengok. Apa, nak tayang kat aku ke? Nak bagi aku cemburu? Sorrylah, kita tak kisah la. Awak tu bukan boyfriend kita pun. Nak cium ke nak peluk ke apa kita tak peduli la!

Tapi.. Yang aku nak marah sangat ni kenapa? Shalin tu kan bakal isteri dia biar lah dia orang ish.

"Kenapa tiba tiba saja you balik? did you miss me?"

"Mestilah! Eh siapa ni Luke?" Soal Shalin.

"Oh ini Ain."

"Ain siapa?"

Ain buat tak dengar. Sambil mengenakan beg ke bahu, dia meneliti jam ditangan. Dia mencari bayang Puan Saodah untuk meminta diri.

"Bakal tukang masak dan tukang cuci I... Kalau my mom berkenan boleh tetapkan hari," jawab Luqman sambil memerhati gelagat Ain.

Ain tidak tunggu lama, dia terus bangun tanpa meminta diri. Sekerat jalan dia bertembung dengan Puan saodah.

"Nak ke mana ni?" Sapanya. Gelas yang ditatang segera diletakkan di atas meja sebelah pintu.

"Dah lama saya kat sini mak cik. Saya minta diri dulu lah. Dia menhulurkan tangan, bersalaman dengan orang tua itu.

"Baik baik jalan ya Ain. Kalau ada masa datanglah lagi." Maaflah takkan aku jejakkan klagi kakiku ke sini. Aku tak sanggup melihat kelakuan Luqman.

"Insyallah, mak cik."

Pada ketika itu, Luqman menghampiri mereka, menghantarnya hingga ke muka pintu.

"Ain.... Thanks for coming. Kedatangan awak membahagiakan saya," bisiknya. Ain buat tidak dengar. Malu dengan ibu Luqman yang turut memerhati. Dia lantas menyarung kasut.

"I mean it!" Kata Luqman lagi.

"Balik dulu ya, mak cik" ujar Ain tanpa memandang Luqman. Puan Saodah hanya mengangguk. Dia kemudian mencuit pinggang Luqman. Entah apa yang dilihatnya sejak tadi tidak puas puas!

Puan Saodah duduk berborak dengan Shalin, sementara Luqman mengelamun sejak dari tadi. Haih tadi bukan main lagi layan Shalin mesra, sekarang buat tak nampak saja kenapalah anak aku ni. Memang dapat dilihat perubahan Luqman. Betapa cerianya Luqman sebaik sahaja terpandang Ain. Gadis itu cantik. Kesederhanaannya membuatkan Puan Saodah senang memandangnya.

Tetapi.. Bagaimana dengan Shalin? Apa kurangnya dia? Wanita itu juga cantik, berpelajaran, tingkah laku menawan tetapi... Hati Luqman telah dilukainya. Barangkali kerana itulah. Luqman pun satu perangai tak ubah seperti kanak kanak. Tidak mahu berfikir lebih matang.

"Okay lah auntie Shalin balik dulu.." Kata Shalin mengejutkan Puan Saodah.

"Eh taknak lunch sekali ke? Marilah."

"Takpa lah auntie, lain kali sahaja lah. Luqman bukan nak layan Lin pun. Lagipun Lin nak pergi shopping nak beli souvenir sikit.." Sahutnya terus terang. Luqman sudah berubah. Siapa perempuan itu sehingga Luqman boleh tidak layan aku. Mesti ada sesuatu ni.

"Baiklah.." Balas Puan Saodah sambil mengetap bibir melihat perangai anaknya yang buat tak dengar sahaja dengan kata kata Shalin tadi.

"Pergilah Akim.. Temankan dia." Bisiknya ke Luqman.

"Ibu ni.. Kan Akim sakit. Doktor pun suruh Akim rehat saja di rumah ni." Jawab Luqman pula. Dia hanya melihat Shalin terjengah jengah mencari teksi. Malas dia hendak memperkukuhkan kan lagi hubungan yang telah terlerai. Hatinya sudah tawar benar dengan gadis itu.

"Pergilah.. Kesian dia. Jika taknak dijadikan isteri sekalipun janganlah tunjuk sangat. Tak baik." Pujuk si ibu.

Luqman diam. Seketika kemudian dia menyarung selipar dan berlari ke arah Shalin.

Puan Saodah tersenyum. Luqman mudah dipujuk jika kena dengan gayanya. Hanya Shalin saja yang tidak pandai dan tidak faham dengan perangai anaknya itu yang cukup sensitif mengalankan perempuan.

Apakah gadis tadi bakal menggantikan Shalin? Ah Luqman memang ramai kawan kawan perempuan. Tapi yang tadi lain gayanya. Biasanya kawan kawannya bergaya seperti Shalin.

Yang ini biasa saja macam gadis kampung. Orangnya pun manis dan sopan. Hati Puan Saodah terpikat dengan kesederhanaan Ain. Cuma dia keliru apa yang terjadi sebenarnya antara mereka berdua. Akim tu seperti sangat sukakan gadis itu sehingga boleh buat tak endah saja terhadap Shalin. Ain pula seperti menyimpan perasaan jengkel terhadap Akim. Haih.. Biarlah budak budak tu selesaikan masalahnya sendiri. Akim tu dah besar pandai lah dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience