BAB 20

Romance Completed 46485

" Qash, biarkan jer pinggan tu dekat situ. Nanti mama basuh " tegah Datin Mastura apabila Qashrina ingin membasuh pinggan mangkuk yang digunakan tadi.

" Eh takpa mama. Qash boleh tolong " balas Qashrina.

" Terima kasih banyak-banyak Qash sebab datang. Qash banyak tolong tadi" ucap Datin Mastura.

" Sama-sama mama. Tak ada apalah. Qash cuma tolong sikit-sikit jer " .

" Qash " .

" Ya? " .

" Mama happy sangat kenal dengan Qash. Walaupun kita baru jer kenal, mama rasa mama dah mula sayangkan Qash macam anak mama sendiri " .

" Qash pun happy sangat kenal dengan mama. Mama buatkan Qash teringat pada mak Qash dekat kampung. Hilang sikit rindu " .

" Qash boleh anggap mama macam mak Qash. Mama tak sabar nak tunggu bila Qash jadi sebahagian daripada keluarga mama " bahu Qashrina diusap perlahan.

Qashrina tersenyum nipis. Dia rasa bersalah pula kerana menipu Datin Mastura. Sorry mama, Qash terpaksa.

" Oh ya Qash tidur sini jer lah malam ni. Dah lewat ni " pelawa Datin Mastura.

" Eh takpalah mama. Qash tak bawak baju " tolak Qashrina.

" Alah baju mama banyak. Takpa guna jer baju mama. Saiz kita lebih kurang jer " Datin Mastura tergelak kecil.

" Qash segan lah mama " .

" Tak ada apa yang nak disegankan Qash. Tidur jer sini. Esok bukannya kerja kan. Tak payah segan, tak lama lagi Qash pun akan jadi ahli keluarga mama jugak " .

Qashrina terpaksa akur. Dia tidak sampai hati untuk menolak.

Jam sudah menunjukkan pukul 1.45 pagi, Qashrina keluar daripada bilik dan turun ke tingkat bawah untuk minum air. Tekaknya terasa haus pula.

" Tak tidur lagi? " soal satu suara.

Hampir terlepas gelas di tangan Qashrina kerana terkejut. Dia menoleh ke belakang. Firas sedang memandangnya sambil tersenyum kecil.

" Hish awak ni, buat saya terkejut jer lah " dia mengurut dadanya perlahan.

" Sorry. Kenapa tak tidur lagi? " .

" Saya dah terlelap tadi. Tersedar sebab haus. Awak pulak kenapa tak tidur lagi? " .

" Belum mengantuk. Oh ya tolong buatkan air untuk saya boleh? " .

Qashrina mengangguk.

" Nak air apa? " .

" Nescafe " .

" Okay " .

Qashrina terus membancuh nescafe panas untuk Firas.

" Qash " panggil Firas.

" Ya? " .

" Boleh kalau kita berborak sekejap? Saya tak mengantuk lagi lah. Boleh temankan? " pinta Firas.

" Tapi saya mengantuk " .

" Ala sekejap jer. Please " pujuk Firas.

" Okay fine " Qashrina setuju juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience