BAB 7

Romance Completed 46485

" Nisa, sorry hari ni aku tak dapat lunch dengan kau. Aku ada lunch dengan client. Datuk mintak aku uruskan pemilik RF Group yang nak melabur dalam syarikat kita " jelas Qashrina.

" What? Seriuslah RF Group nak melabur dalam syarikat kita? " soal Nisa seakan tidak percaya.

Qashrina mengangguk.

" Ya. Tapi tu lah aku kena deal balik dengan dia. Manalah tahu kan kalau hujung-hujung dia ubah fikiran. Kau tahu tak, Datuk bukan main happy lagi bila dapat tahu RF Group nak melabur dalam syarikat kita " .

" Of course lah dia happy. RF Group tu bukannya syarikat biasa. RF Group tu syarikat yang terkemuka dekat Malaysia ni. Berapa banyak syarikat lain yang tawarkan RF Group melabur dalam syarikat diorang, Alhamdulillah dia pilih syarikat kita. Jadi kau kena make sure dia betul-betul confirm nak melabur dalam syarikat kita. Kalau lah jadi kan, confirm Datuk naikkan gaji kau " .

Qashrina tergelak kecil.

" Bagus jugak kalau Datuk naikkan gaji aku kan " .

" Boleh belanja aku Qash " Nisa tersengih-sengih.

" Tu pun kalau jadi. Datu ada cakap dengan aku, anak Datuk Rafi ni tak sama macam Datuk Rafi. Susah sikit nak berbincang dengan dia " .

" Firas Uzair? Uihh untungnya kau Qash dapat jumpa dia " .

" Kenapa? " soal Qashrina pelik.

" Kau tak pernah ke tengok muka dia dekat mana-mana majalah atau TV?".

Qashrina menggelengkan kepalanya.

" Dia tu hensem sangat. Sekali pandang dah buat orang jatuh cinta ".

" Iyalah tu. Dah lah aku nak pergi siapkan kerja aku. Doakan aku semoga dapat pujuk dia melabur dalam syarikat kita " .

" Bereh boh! Amin " .

Qashrina terus kembali ke meja kerjanya.

Qashrina berlari anak masuk ke dalam sebuah restoran mewah. Dia sudah terlambat lima minit. Sepatunya dia tiba di restoran itu pada pukul 12.00 tengahari tapi sekarang sudah pukul 12.05 minit. Datuk Lokman ada pesan padanya Firas Uzair sangat menepati masa. Dia paling pantang jika orang tidak menepati masa.

Dalam hati Qashrina tidak henti-henti berdoa semoga Firas masih belum lagi tiba di restoran itu.

Matanya melilau mencari susuk tubuh lelaki itu. Dia terpandangkan seorang lelaki yang memakai kemeja berwarna biru gelap yang duduk membelakanginya. Dia yakin itu Firas. Firas ada memberitahunya tadi dia memakai kemeja berwarna biru gelap.

" Hai " sapa Qashrina. Dia menarik kerusi di hadapan Firas dan terus melabuhkan punggungnya di situ.

" Waalaikumsalam " balas Firas selamba.

Qashrina mengetap giginya. Erk, dia nak perli aku ke apa?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience