BAB 2

Romance Completed 46485

Qashrina terus memandang ke arah zip seluar slack berwarna putih yang dipakainya. Memang zip seluarnya terbuka. Cepat-cepat dia menarik zip seluarnya. Mukanya sudah merah kerana malu.

Lelaki itu tersenyum kecil padanya.

" Pervert! Daripada tadi awak pandang zip seluar saya yang tak tutup ni kan? Eiii gatal! " Qashrina memukul bahu lelaki itu dengan begnya.

" Eh apa ni, sakitlah " lelaki itu menepis.

Beberapa penumpang lain yang berada di dalam bas itu sudah memandang ke arah mereka berdua.

" Ada apa ni dik? " soal seorang lelaki berusia lingkungan 40 an.

" Lelaki ni gatal. Dia perhatikan saya. Saja nak ambil kesempatan " balas Qashrina.

" Eh mana ada. Saya tak buat apa-apa pun dengan dia " lelaki itu bersungguh-sungguh menafikan tuduhan Qashrina.

" Jangan nak menipu! Betul pakcik, lelaki ni nak ambil kesempatan dekat saya " Qashrina sudah bangun daripada tempat duduknya.

" Ada apa bising-bising ni? " soal seorang lelaki.

" Ni ada budak buat hal " balas lelaki berusia lingkungan 40-an tadi.

" Apa lagi, belasah lah. Tak guna betul" dia itu terus menumbuk muka lelaki itu.

Qashrina terkedu. Rasa serba salah lah pulak. Ah lantaklah. Ntah-ntah memang betul lelaki tu ada niat jahat padanya.

Beberapa orang penumpang yang lain turut membelasah lelaki itu. Qashrina cepat-cepat turun daripada bas apabila bas berhenti di hadapan kolejnya.

" Oi Qash, kenapa kau ni? Gelisah semacam jer aku tengok " soal Nisa.

" Nisa, aku takutlah " luah Qashrina.

Sejak daripada tadi dia rasa tidak tenang apabila memikirkan soal lelaki di dalam bas tadi. Pasti teruk dia dibelasah dengan penumpang yang lain.

" Kau takut apa? Siang-siang macam ni mana ada hantulah " .

" Ish kau ni. Bukan hantulah " .

" Habis tu apa? " .

" Macam ni, tadi kan aku ada beritahu kau pasal lelaki yang duduk sebelah seat aku tu " .

" Haa. Kenapa dengan lelaki tu? Dia ada buat apa-apa dekat kau ke? " .

Qashrina terus menceritakan apa yang terjadi daripada awal sehinggalah dia turun daripada bas.

" Ya Allah Qash, kau ni pun satu. Mungkin niat dia cuma nak tegur kau jer. Takkanlah dia nak ambil kesempatan dekat kau pulak " .

" Entahlah Nisa. Aku malu sangat lepas dia tegur zip seluar aku terbukak tu. Ya Allah " Qashrina meraup wajahnya.

" Nanti kalau kau jumpa dia lagi, haa dia buat benda tak senonoh dekat kau betul-betul baru kau tahu " .

" Nisa! Ish janganlah cakap macam tu. Aku harap sangat yang aku takkan terserempak lagi dengan dia " .

Nisa hanya mampu menggelengkan kepalanya. Macam-macam lah si Qash ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience