BAB 4

Romance Completed 46485

4 tahun kemudian...

Jam loceng milik Qashrina berbunyi saat jarum jam menunjukkan pukul 6 pagi. Dia terus terjaga. Jam ditutup. Qashrina mengeliat kecil. Kakinya melangkah longlai masuk ke kamar mandi.

15 minit kemudian, Qashrina keluar daripada kamar mandi. Dia menunaikan solat subuh terlebih dahulu sebelum bersiap ke pejabat. Sehelai blouse berwarna dusty blue dikeluarkan daripada almari. Seluar palazzo berwarna putih dipadankan dengan blouse itu. Sedikit solekan di tambah pada wajahnya. Shawl berjenama DuCk berwarna putih dililit di atas kepala. Siap!

Qashrina mencapai tas tangannya dan terus berlalu keluar daripada bilik.

" Awal bangun hari ni " tegur Nisa yang sedang memasak nasi goreng.

Hari ini giliran dia pula untuk masak sarapan. Setiap hari mereka akan bergilir-gilir masak.

" Kau perli aku ea? Tahu lah aku selalu lambat " .

Nisa tergelak kecil.

" Baguslah kalau bangun awal. Tak adalah penat aku nak tunggu kau bersiap. Nanti tak pasal-pasal kita lambat pergi office " nasi goreng yang berada di dalam kuali dipindahkan masuk ke dalam mangkuk.

Qashrina menarik kerusi kemudian dilabuhkan punggungnya di situ. Teh o panas yang berada di dalam jug, dituang ke dalam cawan.

" Hari tu aku terlajak tidur lah. Tu yang bangun lambat. Kau pun satu, tak kejutkan aku " .

" Nak terkeluar dah anak tekak aku ni kejut kau Qash. Kau boleh cakap aku tak kejut? Aku rasa kalau letak bom dekat sebelah kau pun, belum tentu kau sedar " Nisa meletakkan mangkuk yang berisi nasi goreng di atas meja makan.

Dia menyendukkan nasi ke dalam pinggan Qashrina dan pinggannya sendiri.

" Hehehe " Qashrina tersengih.

Macam lah Nisa baru kenal dengan dia. Sejak zaman belajar lagi mereka berkawan. Nisa sudah faham benar dengan perangai Qashrina yang kuat tidur itu. Nak kejut bangun, bukan main susah.

" Qash, lepas habis kerja nanti aku ingat nak pergi mall sekejap. Nak carikan baju untuk mak dengan adik-adik aku. Minggu depan aku ingat nak balik kampung " .

" Okay boleh jer. Nanti aku bawakkan. Kau nak aku hantarkan kau balik kampung tak? " .

" Takpalah. Aku boleh naik bas " tolak Nisa.

Kalau boleh dia memang tidak mahu menyusahkan Qashrina. Sejak zaman belajar lagi Qashrina sudah banyak membantunya. Nisa lahir dalam keluarga yang agak susah, bila dia tak cukup duit, Qashrina lah yang membantu.

Nasib mereka baik apabila mereka berdua diterima bekerja di bawah bumbung yang sama iaitu CK Cooperation.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience