BAB 1

Romance Completed 46485

Pagi itu Qashrina terpaksa menaiki bas menuju ke kolej kerana keretanya rosak. Sudahlah dia tidak biasa naik bas. Tapi nak buat macam mana, itu saja pilihan yang dia ada. Nak naik teksi? Hmm tak pasal-pasal nanti seminggu dia kena ikat perut. Sudah tentu-tentu harga teksi mahal. Lagipun kolejnya bukannya dekat.

Suasana bas yang sesak membuatkan Qashrina tidak selesa. Macam-macam bau yang ada membuatkan kepalanya pening. Dia nampak ada satu tempat duduk kosong, tanpa menunggu lama Qashrina terus mengambil tempat duduk itu.

Di sebelahnya ada seorang lelaki yang berusia lebih kurang sebaya dengannya. Lelaki itu sedang sibuk bermain game di telefon.

Qashrina mengeluarkan telefon bimbitnya daripada dalam beg. Dia sempat melihat jam. Sekarang pukul 8.05 minit kelasnya bermula 8.30 pagi. Dia ada masa lebih kurang 25 minit lagi untuk sampai ke kolej. Qashrina terus menaip sms dan dihantar kepada rakannya.

To : Nisa
Nisa, aku maybe sampai lambat sikit kot. Hari ni aku naik bas. Kereta aku buat hal lah pulak.

Beberapa minit kemudian ada mesej masuk.

From : Nisa
Okay beb. Take care. Elok-elok naik bas tu. Zaman sekarang tak boleh percaya. Banyak kes jadi.

Qashrina menggelengkan kepalanya. Betul juga apa yang Nisa katakan ini. Dia jadi takut pula apabila membayangkan jika perkara itu berlaku. Sekarang ni sudah banyak kes cabul yang berlaku di dalam bas. Tajuk di dada akhbar juga banyak tentang kes pencabulan.

Dia menjeling sekilas ke arah lelaki yang berada di sebelahnya. Qashrina terkedu apabila lelaki itu sedang memandang ke arahnya. Lelaki itu cepat-cepat menoleh ke arah lain apabila perasan Qashrina memandang ke arahnya.

To : Nisa
Nisa aku takutlah. Mamat sebelah aku daripada tadi duk pandang-pandang aku. Apa aku nak buat ni?

From : Nisa
Jangan takut Qash. Kau relax jer. Kalau dia mula bertindak yang bukan-bukan, kau jerit jer. Dalam baa tu kan ramai orang, confirm diorang akan tolong kau.

Qashrina menjeling lagi ke arah lelaki itu. Ya! Lelaki itu masih lagi memandang ke arahnya.

" Kenapa awak tengok-tengok saya ni ha? " soal Qashrina pada lelaki itu.

" Err..err.. " lelaki itu tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan.

Takut nanti Qashrina malu pula.

" Jawab lah! Awak ni perogol ea? " .

Lelaki itu pantas menggeleng.

" Eh tak. Bukan macam tu. Saya cuma nak beritahu zip seluar awak terbukak " balas lelaki itu.

Terbuntang mata Qashrina.

Share this novel

Putri Faiz
2019-09-28 14:37:12 

sambung pliss


NovelPlus Premium

The best ads free experience