BAB 12

Romance Completed 46485

" So macam mana? Awak setuju tak? " soal Firas.

" Ni dah kira awak ugut saya " .

" No. Saya tak ugut awak. Saya cuma bagi awak pilihan. Lagipun bukannya susah sangat. Saya cuma mintak awak menyamar jadi girfriend saya. Tu jer. Bukannya paksa awak kahwin dengan saya pun " jawab Firas selamba.

" Awak cakap senanglah. Kenapa saya pulak yang kena menyamar jadi girlfriend awak? Kat luar tu ramai lagi perempuan lain " soal Qashrina tidak puas hati.

" Kalau awak tak nak takpa, saya takkan paksa. Saya buat semua ni bukan sebab saya terdesak atau tak laku tau, tapi saya tak nak mama saya sibuk-sibuk carikan calon isteri untuk saya " .

" Kalau saya tolak, awak takkan melabur dalam CK cooperation? " .

Firas tersenyum kecil.

" Saya rasa awak tahu apa jawapannya " .

" Mana boleh macam tu " .

" Boleh. Saya yang tentukan semuanya. So macam mana awak nak atau tak? " .

Qashrina diam seketika. Dia keliru sama ada mahu terima tawaran lelaki itu atau tidak. Kalau dia tolak, pasti Datuk Lokman akan kecewa kerana Firas tidak jadi melabur dalam syarikatnya. Tapi kalau dia terima, dia terpaksa berlakon jadi girlfriend Firas. Arghh pening kepala.

" Okay takpa saya tengok awak macam tak boleh buat keputusan sekarang ni. Awak balik, fikir masak-masak. Saya bagi awak masa sampai esok " .

" Habis tu macam mana? Kau terima ke tak? " soal Nisa.

Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Qashrina yang sedang menonton televisyen itu. Mata saja terarah pada televisyen tapi fikiran melayang entah kemana.

" Entahlah Nisa. Aku pening lah. Kalau kau? " .

" Kalau aku, aku setuju. Bukan senang tau nak dapat jadi girlfriend Firas Uzair tu. Walaupun berlakon jer jadi girlfriend dia, tu pun dah kira bagus. Mana tahu daripada berlakon terus jadi girlfriend dia betul-betul. Haa kau jugak yang untung Qash " .

Qashrina mencebikkan bibirnya. Apa yang untungnya dia pun tak tahu. Silap-silap boleh bernanah telinganya dengar kata-kata Firas yang menyakitkan hati itu. Apa yang keluar daripada bibir Firas sentiasa membuatkan dia sakit hati.

" Aku sekarang ni fikirkan Datuk jer. Kesian lah pulak dengan dia. Dia dah berharap sangat Firas tu akan melabur dalam syarikat dia " .

" Haa tahu pun kau, kalau macam tu terima jer lah. Alah berlakon jer Qash. Bukan betul-betul pun " .

Qashrina mengeluh berat. Susahnya nak buat pilihan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience