BAB 9

Romance Completed 46485

" Saya minta maaf. Saya ingat awak nak ambil kesempatan dekat saya waktu tu." pinta Qashrina. Dia menundukkan kepalanya. Tidak berani memandang wajah Firas.

" Kalau saya nak ambil kesempatan dekat awak, baik saya biarkan jer zip seluar awak tu terbukak. Buat apa saya nak tegur " balas Firas.

Qashrina mengakui benar juga apa yang Firas katakan itu. Tetapi waktu itu dia tidak tahu nak buat apa. Sudahlah malu, ditambah lagi dengan Firas yang tersenyum-senyum padanya ketika itu.

" Again, i'm sorry " ucap Qashrina perlahan.

" Awak tahu tak, kalaulah waktu orang-orang tu pukul saya then saya mati ke apa ke, awak kena bertanggungjawab tau. Disebabkan fitnah awak, saya kena pukul. Nasib baiklah tak cacat. Kalau tak, habis muka handsome saya ni " sempat Firas memuji dirinya sendiri.

Qashrina menggaru kepalanya yang tidak gatal. Aduhh habislah aku. Macam mana lah kalau tiba-tiba Firas ubah fikiran, dia tak jadi melabur dalam CK cooperation? Kesian Datuk Lokman.

" Macam mana Qash? " soal Nisa sebaik Qashrina pulang saja ke pejabat.

Wajah Qashrina kelat saja.

" Entahlah Nisa. Dia belum bagi kata putus lagi. Dia cakap tengoklah macam mana nanti. Geram jer aku dengan mamat tu " jawab Qashrina.

" Yeke Qash? Kau rasa dia jadi tak nak melabur? " .

Qashrina mengangkat bahunya. Lepas apa yang Qashrina lakukan padanya empat tahun lalu, susah untuk dia menjamin Firas jadi melabur dalam syarikat mereka.

" Nisa, kau tahu tak rupanya Firas tu lelaki yang pernah aku cerita dekat kau dulu " .

" Yang mana? " soal Nisa.

" Lelaki yang tegur aku zip seluar aku terbukak dalam bas tu " .

Terlopong mulut Nisa.

" Kau biar betul Qash? Kau yakin tu dia? " soal Nisa.

" Iya. Dia sendiri yang ingatkan aku apa yang jadi 4 tahun lepas. Aku hampir tak cam muka dia " .

" Gila lah Qash. Kecik jer dunia ni kan. Mesti kau malu kan? " .

" Of course lah aku malu Nisa. Aku ingat aku dah tak jumpa lelaki tu lagi, haa sekali terjumpa pulak " .

" Boleh pulak dia cam muka kau kan Qash? " .

" Mestilah dia ingat Nisa. Aku ni penyebab dia kena pukul dalam bas dulu " .

Nisa tergelak kecil.

" Iya tak iya jugak kan. Habis sekarang ni macam mana? " .

" Entahlah Nisa. Aku takut disebabkan aku dia tak jadi melabur. Kesian Datuk Lokman " Qashrina rungsing memikirkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience