BAB 11

Romance Completed 46485

Qashrina baru ingin melelapkan matanya tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

" Siapa pulak telefon tengah-tengah malam ni? " soalnya sendiri. Tangannya meraba-raba mencari telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja kecil tepi katil.

Tanpa melihat nama pemanggil, Qashrina terus menjawab panggila itu.

" Hello, nak apa call orang tengah-tengah malam ni? " soalnya.

" Hello " .

Qashrina terkedu mendengar suara garau di hujung talian itu. Dia cepat-cepat melihat nama pemanggil. Firas Uzair? Gulp! Air liurnya ditelan. Mamat ni pun satu, dah kenapa tengah-tengah malam telefon orang. Dah bosan sangat ke hidup dia?

" Errr encik Firas rupanya. Ada apa telefon saya malam-malam ni? " soal Qashrina.

" Awak dah tidur ke? Maaflah menganggu. Saya cuma nak beritahu esok saya nak jumpa awak. Ada benda yang saya nak bincangkan " .

" Pasal syarikat ke? " soal Qashrina lagi.

" Iya. Kita jumpa dekat tempat biasa ya. And make sure awak jangan lambat. Saya tak suka orang lambat " sempat Firas memerli Qashrina.

Qashrina mengetap giginya.

" Iyalah " .

" Okay see you tomorrow. Good night and have a sweet dream. Assalamualaikum " .

" Waalaikumsalam " Qashrina terus menamatkan panggilan.

Dia meletakkan semula telefon bimbitnya di meja kecil tepi katil. Qashrina menyambung semula tidurnya yang diganggu oleh Firas tadi.

Seperti yang dijanjikan, Qashrina datang awal 10 minit di restoran itu. Kelibat Firas masih lagi belum nampak.

" Assalamualaikum " Firas tersenyum sambil menarik kerusi di hadapan Qashrina.

" Waalaikumsalam. Kenapa awak senyum-senyum? " soal Qashrina pelik.

" Awal awak datang hari ni ya. Bagus" .

" Nanti kalau datang lambat, kena bebel pulak. Kesian telinga saya ni nanti, tak pasal-pasal kena dengar awak membebel " .

" Amboi perli nampak " .

Qashrina tersenyum hambar.

" So macam mana? Awak setuju tak untuk melabur dalam CK cooperation? " Qashrina terus menyoal.

" Nampaknya awak macam tak sabar-sabar ya " Firas sengaja ingin mengusik.

" Masa saya berharga. Saya tak nak bazirkan masa saya " sekali lagi Qashrina memerli.

" Okay fine. Sebenarnya saya nak minta tolong awak " .

" Tolong apa? " soal Qashrina pelik.

" Menyamar jadi girlfriend saya " .

" What? Are you kidding me? " tergamam Qashrina dibuatnya.

Macam tak percaya Firas Uzair meminta pertolongannya untuk menyamar menjadi kekasihnya. Dah terdesak sangat ke? Takkanlah muka hensem tak laku kot.

" No. I'm serious. Kalau awak setuju, saya akan setuju melabur dalam CK cooperation " .

Qashrina buat muka tak puas hati. Mana boleh main ugut-ugut. Ini tak adil!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience