BAB 22

Romance Completed 46485

" Firas, jom breakfas " ajak Qashrina.

Firas yang sedang duduk di buaian itu terus bangun.

" Qash " .

" Ya? " .

" Saya nampak yang mama memang dah betul-betul sayangkan awak. Kalau lah dia tahu yang kita cuba berpura-pura jer, saya tak tahu apa yang dia rasa. Jauh di sudut hati saya, saya rasa bersalah sebab dah tipu mama " .

Qashrina diam seketika.

" Janji dengan saya yang awak akan terus anggap mama saya macam mama awak walaupun nanti kita dah ada haluan masing-masing. Boleh? " pinta Firas.

Kolam mata Qashrina mula bergenang. Tiba-tiba rasa sebak di dada. Dia mengangguk perlahan.

" Tergamaknya Firas tipu mama " .

Firas dan Qashrina serentak menoleh. Mereka terkedu. Mati kata.

" Mama.. " panggil Firas perlahan.

Air mata mengalir di pipi Datin Mastura.

" Kenapa Firas? Kenapa Firas sanggup tipu mama? Sampai macam ni sekali Firas sanggup buat dekat mama " .

" Mama, Qash minta maaf " .

" Qash kenapa Qash? Bila mama dah mula sayangkan Qash, mama dah anggap Qash macam anak mama sendiri. Mama dah berharap Qash jadi menantu mama. Tak sangka rupanya ni semua lakonan kamu berdua. Sampai hati buat mama macam ni " Datin Mastura memegang dadanya. Terasa sungguh sakit apabila mengetahui kebenarannya.

Air mata Qashrina juga mengalir.

" Maafkan Qash ma. Qash tak ada niat nak tipu mama " .

" Cukup. Mama tak nak dengar apa-apa lagi. Mama kecewa dengan kamu berdua " Datin Mastura terus berlalu masuk ke dalam rumah.

" Firas, macam mana ni? " soal Qashrina.

" Qash saya hantar awak balik dulu. Nanti saya akan selesaikan dengan mama " .

Qashrina serba salah. Sungguh dia tiada niat untuk mempermainkan Datin Mastura. Dia sendiri rasa bersalah kerana menipu wanita itu.

" Mama, tolong maafkan Firas. Firas memang tak ada niat nak tipu mama. Firas buat semua ni sebab Firas tak nak kahwin dengan calon pilihan mama. Kalau boleh Firas nak kahwin dengan orang yang Firas cinta " jelas Firas.

Datin Mastura sikit pun tidak memandang padanya. Wanita itu begitu kesal dengan apa yang Firas telah lakukan.

" Mama, maafkan Firas ma. Jangan diam macam ni. Firas mengaku Firas salah sebab tipu mama. Mama, Firas dah buat keputusan. Firas akan kahwin dengan calon isteri pilihan mama. Siapa pun dia, Firas akan terima. Firas tak kisah " .

Datin Mastura masih sama. Diam seperti tadi.

" Mama tolong maafkan Firas ma.. " rayu Firas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience