BAB 6

Romance Completed 46485

Telefon di atas meja Qashrina berbunyi. Tanpa menunggu lama dia terus menjawab.

" Qash, masuk bilik saya sekarang " arah Datuk Lokman.

" Baik Datuk " jawab Qashrina akur.

Dia terus bangun dan berlalu ke bilik majikannya.

" Eh Qash nak ke mana? " soal Nisa.

" Nak jumpa Datuk " balas Qashrina.

" Nak buat apa jumpa Datuk? " soal Nisa lagi.

Qashrina mengangkat bahu tanda tidak tahu.

" Dah lah sembang lain kali. Aku nak pergi jumpa Datuk dulu " Qashrina terus melangkah ke bilik Datuk Lokman.

Tok..tok..tok..

Pintu bilik Datuk Lokman diketuk terlebih dahulu.

" Masuk " laung Datuk Lokman daripada dalam bilik.

Qashrina memulas tombol pintu, kakinya terus melangkah masuk.

" Assalamualaikum Datuk " .

" Wa'alaikumussalam. Duduk Qash " pelawa Datuk Lokman.

" Terima kasih. Ada apa ya Datuk nak jumpa saya? " soal Qashrina. Dia menarik kerusi di hadapan Datuk Lokman. Punggungnya dilabuhkan di situ.

" Macam ni, saya nak awak jumpa dengan client baru kita tengahari ni. Sepatutnya saya yang jumpa dengan dia, tapi saya ada emergency, kena balik kampung sekejap lagi. Jadi saya nak mintak tolong awak handle boleh? " .

Qashrina mengangguk.

" Boleh Datuk ".

" Client kita petang ni daripada syarikat RF Group. Awak pun tahu kan betapa gahnya syarikat tu. RF Group bukan calang-calang syarikat. Jadi bila dia beritahu nak melabur dalam syarikat kita, ini satu peluang besar. Kita tak boleh sia-siakan peluang ni " .

Qashrina mengangguk faham.

" Saya akan berurusan terus dengan pemilik RF Group ke Datuk? " .

" Ya. Awak akan terus berurusan dengan Encik Firas Uzair " .

" Bukan pemilik syarikat tu Datuk Rafi ke? " soal Qashrina.

Firas Uzair? Dia tak pernah dengar pun nama itu.

" Itu dulu. Dah setahun Encik Firas Uzair ambil alih RF Group " .

" Anak dia? " .

" Yes. Datuk Rafi nak berehat jadi dia serahkan semuanya pada anak dia " .

Terangguk-angguk kepala Qashrina.

" Jadi Qash, saya harap sangat RF Group jadi melabur dalam syarikat kita " .

" Insya Allah Datuk. Saya akan cuba yang terbaik untuk Datuk " .

" Terima kasih Qash. Saya percaya awak boleh uruskan semua ni sebab tu saya serahkan pada awak " .

" Sama-sama Datuk. Datuk tak perlu risau, saya akan cuba yang terbaik untuk Datuk dan CK Cooperation " .

" Nanti saya bagi awak nombor telefon Encik Firas. Nanti pandai-pandai lah awak cari tempat untuk jumpa dengan dia " .

" Baik Datuk " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience