BAB 10

Romance Completed 46485

Firas termenung jauh di balkoni rumah. Langit yang gelap menjadi tatapannya malam itu. Tiba-tiba bibirnya mengukir senyum apabila teringatkan gadis itu. Qashrina Aisha. Ya dia sudah hafal nama Qashrina. Sengaja dia buat-buat tidak dengar.

" Qashrina Aisha " Firas menyebut perlahan nama itu.

Peristiwa empat tahun lepas bermain semula di fikirannya. Sejujurnya dia tidak pernah menyangka dia akan bertemu lagi dengan Qashrina. Pernah dia naik bas yang sama semata-mata ingin berjumpa dengan Qashrina semula tetapi gadis itu tiada. Dan kini setelah empat tahun dia dapat berjumpa semula dengan gadis itu.

" Lebarnya senyum. Sampai ke telinga" tegur Datin Mastura.

Serentak dengan itu mematikan lamunan panjang Firas.

" Eh mama. Tak tidur lagi? " soalnya.

" Belum. Anak mama ni tersenyum seorang-seorang kenapa? Dah jatuh cinta? " soal Datin Mastura.

Firas menggelengkan kepalanya tanda menafikannya.

" Tak adalah mama. Saja senyum " .

" Iya ke? Anak mama ni dah gila ke senyum sorang-sorang? " .

Pecah tawa Firas. Sampai ke situ Datin Mastura fikir.

" Firas, tahun ni umur Firas masuk 28 tahun. And you still single. Bila agaknya mama boleh dapat menantu?" soal Datin Mastura. Kedengaran serius bunyinya.

" Belum sampai jodoh mama. Bila dah sampai jodoh nanti, Firas akan kahwin. Mama jangan risau ya? " .

" Tapi bila? Jodoh ni kena usaha jugak. Tak boleh nak duduk diam dan tunggu jer. Mama carikan ya? " .

" Tak perlulah ma. Firas boleh cari sendiri. Mama tak perlu carikan " .

" Are you sure? Okay macam ni, mama bagi masa dua minggu lagi. Kalau dalam masa dua minggu ni Firas masih lagi tak bawak calon menantu mama jumpa mama, mama akan carikam calon untuk Firas. Okay? " .

Firas diam. Dalam masa dua minggu? Mana mungkin dia boleh cari kekasih hati dalam masa dua minggu. Dia bukannya ada rapat dengan mana-mana perempuan pun. Hidupnya hanya sibuk dengan kerja. Tapi dia tidak mahu Datin Mastura carikan bakal isterinya untuknya. Kalau boleh, biarlah dia yang cari sendiri.

" Macam mana Firas? Setuju tak? " .

" Okay fine " Firas mengangguk setuju.

Datin Mastura tersenyum kecil.

" Good. Mama tunggu. Okaylah mama nak masuk tidur dulu. Jangan tidur lewat sangat. Good night " .

" Okay. Good night too " .

Datin Mastura terus berlalu ke biliknya. Firas mengeluh perlahan. Bagaimana dia hendak mendapatkan calon isteri dalam masa dua minggu? Tiba-tiba dia mendapat idea. Bibirnya tersenyum penuh makna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience