BAB 14

Romance Completed 46485

Tepat jam 8 malam, kereta mewah milik Firas berhenti di hadapan rumah sewa Qashrina. Dia sudah berjanji untuk menjemput gadis itu.

Firas terpaku seketika melihat Qashrina. Gadis itu kelihatan begitu cantik pada malam ini. Dress berwarna merah jambu yang tersarung di tubuhnya itu menyerlahkan lagi kecantikannya. Ditambah dengan sedikit solekan. Perfect!

" Kenapa awak tengok saya macam tu? " soal Qashrina sebaik masuk ke dalam kereta.

Firas menggeleng perlahan.

" You look different. Macam betul-betul nak pergi jumpa bakal mertua " Firas tergelak kecil.

Qashrina menjeling geram. Nak perli aku lah tuh. Kalau tak disebabkan Nisa yang paksa aku pakai macam ni, jangan haraplah aku nak pakai dress bagai ni. Gumamnya sendiri.

" But it's okay. You look beautiful " puji Firas. Dia menekan pedal minyak.

Entah ikhlas atau tidak pujian tu Qashrina sendiri tidak tahu. Sepanjang perjalanan ke rumah keluarga Firas, mereka hanya diam. Hanya sesekali Qashrina menjawab bila Firas bertanya.

Saat kereta yang dipandu Firas berhenti di hadapan sebuah banglo mewah tiga tingkat, Qashrina mula berdebar. Jantungnya berdegup laju. Dalam hati dia tidak henti-henti berdoa semoga semuanya baik-baik saja.

" Jom " ajak Firas.

Qashrina keluar daripada kereta. Matanya memerhati sekeliling rumah banglo mewah itu. Jauh beza jika nak dibandingkan dengan rumahnya di kampung.

" Family saya dah tunggu dah tu. Jom masuk " .

Qashrina mengangguk. Entah mana silapnya sewaktu melangkah dia hampir terjatuh. Tapi cepat-cepat Firas menahan tubuhnya daripada terjatuh.

" Are you okay? " soal Firas.

" Err okay " merah padam wajahnya kerana malu. Aduh Qash kau ni buat malu betul lah. Dia mengutuk dirinya sendiri.

Mereka berdua melangkah beriringan masuk ke dalam rumah banglo mewah itu.

" Assalamualaikum " Firas memberi salam sebaik melangkah ke dalam rumah.

" Wa'alaikumussalam. Haa dah sampai pun " Datin Mastura menyambut kedatangan mereka berdua sambil tersenyum ceria.

Qashrina membalas senyuman wanita itu. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Datin Mastura.

" Hai aunty. Aunty sihat? " sapanya ramah.

" Hai. Alhamdulillah sihat sayang Qashrina right? " soal Datin Mastura.

Kelmarin Firas ada memberitahu nama bakal menantunya itu.

" Ha'ah. Aunty boleh panggil Qash jer" balas Qashrina.

" Tak payahlah panggil aunty. Panggil mama jer okay? " .

Qashrina mengangguk. Firas hanya menjadi pemerhati. Nampaknya Qashrina langsung tidak kekok apabila berhadapan dengan Datin Mastura.

" Papa mana mama? " soal Firas.

" Papa ada kat atas. Tadi katanya ada hal sikit. Sekejap lagi turunlah tu. Jom Qash, kita makan " ajak Datin Mastura. Dia terus menarik Qashrina ke ruang makan. Firas mengikut daripada belakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience