BAB 15

Romance Completed 46485

" Qash kerja apa? " soal Datin Mastura.

Ketika itu mereka semua sedang menikmati makan malam yang dimasak sendiri oleh Datin Mastura. Datin Mastura memang handal memasak. Oleh kerana itu dia tidak perlukan pembantu rumah kerana dia boleh melakukannya sendiri.

" Qash kerja dekat CK cooperation " balas Qashrina.

" Ohh " Datin Mastura mengangguk.

" CK cooperation? Boleh tahan hebat jugak syarikat tu " sampuk Datuk Rafi.

" Tapi sehebat RF Group " Qashrina tersenyum kecil.

" Dulu RF Group pun biasa-biasa jer. Lepas Firas yang ambil alih, semuanya jadi luar biasa " Datuk Rafi tergelak kecil.

Qashrina menjeling sekilas ke arah Firas yang duduk berhadapan dengannya. Daripada tadi lelaki itu hanya diam saja. Mujur Qashrina pandai bawak diri. Kalau tak, dia pun jadi patung kat situ.

" Qash memang orang KL ya? " soal Datin Mastura lagi.

" Eh tak. Qash orang Melaka aunty. Tapi Qash dengan KL dah sebati. Sebab dulu Qash belajar pun dekat KL, kerja pun dekat KL kan " jelas Qashrina.

" Ohh orang Melaka rupanya. Dekat jer " .

" Dah lama korang bercinta? Macam mana boleh kenal? " soal Datin Mastura.

Ah sudah! Apa aku nak jawab ni. Qashrina memandang ke arah Firas meminta pertolongan.

" Baru lagi mama. Kitorang kenal dekat cafe. Waktu tu Qash terlanggar Firas. Qash tiba-tiba minta nombor telefon Firas. Dia yang luahkan perasaan dia dekat Firas " Firas tersenyum kecil.

Qashrina mengetap giginya geram. Ceh! Pandai betul mamat ni reka cerita. Saja lah tu nak nampak macam aku ni yang desperate.

" Iya ke? Ala sweetnya. Mama kamu dulu pun, dia yang start luahkan perasaan dia kat papa " Datuk Rafi tergelak kecil.

Datin Mastura buat muka bosan.

" Orang lelaki ni lambat sangat bertindak. Nasib baiklah orang perempuan ni jenis yang jujur pada perasaan sendiri. Kalau tak, tak kahwinlah kita. Kan Qash? " .

Qashrina mengangguk kecil.

" Tambah lah nasi tu Qash " kata Datin Mastura.

" Ha'ah lah awak. Tambah lah lagi nasi tu. Selalunya awak makan banyak, awak malu ea? " Firas sengaja menyakat.

Qashrina pantas memijak kaki Firas. Haa rasakan!

" Aduhh " berkerut dahi Firas menahan kesakitan. Boleh tahan kuat si Qash ni pijak kaki dia.

" Kenapa Firas? " soal Datuk Rafi pelik.

" Err tak ada apa-apa pa. Ada nyamuk besar gigit kaki Firas " Firas tersengih menayangkan barisan giginya yang tersusun.

Qashrina menahan tawa. Padan muka. Cari pasal lagi dengan orang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience