BAB 16

Romance Completed 46743

Firas memberhentikan keretanya di hadapan rumah sewa Qashrina. Jam sudah menunjukkan pukul 10.50 malam.

" Qash, terima kasih untuk malam ni. Saya nampak yang mama dan papa saya selesa dengan kehadiran awak " ucap Firas.

Qashrina mengangguk perlahan.

" Sama-sama. Saya happy kenal dengan diorang. Diorang peramah sangat " .

Firas tersenyum nipis.

" Dan saya rasa diorang pun happy kenal dengan awak " .

" Okaylah saya masuk dulu. Dah lewat dah ni. Esok nak kerja " .

" Okay. Nanti kalau saya perlukan pertolongan awak lagi, saya akan call awak " .

Qashrina mengangguk. Dia membuka pintu kereta.

" Err Qash " panggil Firas.

Qashrina menoleh. Tidak jadi untuk keluar daripada kereta.

" Good night. Assalamualaikum " Firas tersenyum manis padanya.

" Good night too. Waalaikumsalam " Qashrina terus keluar daripada kereta Firas. Langkah kaki diatur masuk ke dalam rumah.

Firas hanya memandang Qashrina sehingga gadis itu masuk ke dalam rumah. Dia menekan pedal minyak. Keretanya laju membelah jalan raya.

" Abang, saya berkenan betul lah dengan Qash tu. Dah lah cantik, lemah lembut pulak tu " puji Datin Mastura.

Dia begitu gembira dapat berjumpa dengan bakal menantunya itu.

" Abang pun berkenan tengok Qash tu. Elok sangat lah kalau nak dijadikan menantu. Pandai Firas pilih " sokong Datuk Rafi.

" Saya tak sangka rupanya selama ni Firas tu dah ada girlfriend. Cuma dia tak pernah beritahu kita kan. Lepas saya ugut dia barulah dia nak kenalkan Qash tu dekat kita " .

" Awak ugut apa? " soal Datuk Rafi pelik.

" Saya ugut dia kalau dalam masa dua minggu ni dia tak bawak calon menantu kita jumpa kita, saya sendiri akan carikan calon isteri untuk dia. Tak sangka pulak dia takut dengan ugutan saya tu. Saya cuma ugut dia jer. Saya bukannya agen cari jodoh " Datin Mastura ketawa kecil.

" Hishh macam-macam awak ni. Patutlah tiba-tiba Firas bawak Qash datang rumah. Saya pun pelik jugak mula-mula " .

" Saya tak sabar lah bang nak tengok diorang tu kahwin. Kalau boleh saya nak cepat-cepat hantar rombongan meminang Qash " .

" Tapi awak kena bincang dulu dengan budak-budak tu. Kot lah Firas masih belum bersedia nak jadi suami" .

" Belum bersedia apanya bang? Firas tu dah 28 tahun, elok sangat lah kalau nak kahwin pun " .

" Kalau Firas okay takpa. Tapi awak kena tanya Qash jugak " .

" Saya yakin Qash mesti okay punya. Nanti saya ajak Firas bincang " kata Datin Mastura teruja.

Kalau boleh dia mahu anaknya itu berkahwin dalam masa yang terdekat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience