BAB 24

Romance Completed 46485

Qashrina menghempaskan tubuhnya di atas katil. Air matanya mengalir deras. Tersedu-sedu dia menangis.

" Ya Allah bantulah aku untuk redha, dia bukan untukku. Kuatkan aku ya Allah " .

Dia mengambil telefon bimbitnya. Galeri dibuka. Terpapar gambar dia dan Firas.

" Saya cintakan awak Firas " Qashrina seolah-olah mengucapkan kata cinta itu di hadapan Firas sendiri.

Mungkin tak sepatutnya kita berjumpa. Jika daripada awal kita tak berjumpa, kau tak berikan aku harapan, mungkin aku takkan jatuh cinta dengan kau.

" Mama kita nak pergi mana ni? " soal Firas pelik apabila Datin Mastura sudah bersiap-siap dan menyuruhnya bersiap sekali.

" Firas cakap Firas ikut jer kan siapa pun calon menantu pilihan mama? Sekarang ni mama nak bawak Firas pergi jumpa keluarga bakal isteri Firas. Kita pergi merisik " balas Datin Mastura.

" Betul ke ni papa? " soal Firas pada Datuk Rafi.

" Betul lah tu. Dah cepat siap. Lambat pulak nanti " .

Firas akur. Dia naik ke tingkat atas dan bersiap. Sebenarnya dia tidak rela berkahwin dengan perempuan pilihan Datin Mastura. Ini kerana hatinya sudah dimiliki seseorang.

Kereta yang dipandu Datuk Rafi berhenti di sebuah rumah batu. Perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Melaka mengambil masa lebih kurang dua jam setengah.

" Rumah siapa ni mama? " soal Firas.

" Ya Allah budak bertuah ni, rumah bakal isteri Firas lah. Dah cepat turun" .

Mereka bertiga keluar daripada kereta.

" Assalamualaikum " laung Datin Mastura.

Seorang wanita berumur lingkungan 50-an keluar daripada rumah.

" Wa'alaikumussalam. Dah sampai pun. Jemputlah masuk " pelawanya.

" Jom masuk " Datin Mastura menarik tangan Firas.

" Kak Yam, macam mana? Kira setuju lah ni? "soal Datin Mastura.

Mereka baru saja selesai berbincang.

" Kak Yam setuju jer " .

" Kalau macam tu kita cepatkan tarikh pernikahan budak-budak ni boleh? " .

" Elok sangatlah tu. Benda baik, elok dipercepatkan " .

Firas tidak senang duduk.

" Assalamualaikum " .

Empat pasang mata itu terus memandang ke arah muka pintu.

" Waalaikumsalam " .

Firas terus bangun daripada duduknya. Dia terkedu.

" Qash? " .

Qashrina juga terkejut.

" Firas? Mama dengan papa pun ada?" soalnya pelik.

" Sebenarnya ni semua rancangan mama, Nisa dan mak. Mama hubungi Nisa. Dia yang beritahu Qash balik kampung. Jadi mama terus ajak papa dan Firas datang sini untuk merisik Qash " jelas Datin Mastura.

" Merisik Qash? " soal Qashrina terkejut.

" Jangan nak terkejut sangat lah Qash. Mama tahu korang berdua ni saling mencintai kan? Firas, mama tahu Firas pun dah jatuh cinta dengan Qash kan? Itu sebabnya gelisah jer bila mama ajak datang sini. Takut kena paksa kahwin kan? Qash adalah bakal menantu pilihan mama. Firas cakap Firas akan kahwin dengan siapa pun calon pilihan mama kan? " .

Firas tersenyum kecil. Wajahnya merah kerana malu. Dia mengusap lehernya. Qashrina juga tertunduk malu.

" Itulah lain kali kalau suka, cakap suka. Jangan disimpan-simpan perasaan tu " .

Mereka semua ketawa. Riuh rendah rumah itu dengan suara mereka berlima.

" Qash, terima kasih sebab sudi terima saya jadi suami awak " .

Qashrina mengangguk perlahan.

" Terima kasih jugak sebab awak sudi terima saya. Tak sangka kan awalnya kita pura-pura jer bercinta sekali betul-betul jatuh cinta pulak " .

" Takdir Allah tak ada siapa yang tahu kan " .

Qashrina mengangguk setuju.

" Tak sangka perempuan yang saya jumpa empat tahun lepas bakal jadi isteri saya " .

" Janganlah cakap pasal empat tahun lepas. Saya malu " .

Firas ketawa kecil.

" Biarkan itu jadi kenangan terindah buat kita. Saya sayangkan awak Qash".

Qashrina tersipu malu.

" Saya pun sayangkan awak Firas " .

Share this novel

Lieyana Lieya Hazlee
2020-05-01 20:59:42 

Cerita ni tak asa sambungan ke..


NovelPlus Premium

The best ads free experience