BAB 5

Romance Completed 46485

Firas membuka almari bajunya. Dia berdiri sekejap di hadapan almarinya. Setelah hampir lima minit dia berdiri di hadapan almarinya, kemaja berwarna biru gelap menjadi pilihannya.

Laci almari ditarik, tali leher berwarna biru terang dikeluarkan daripada laci. Firas terus menyarungkan kemeja itu ditubuhnya. Tali leher diikat. Gel rambut disapukan sedikit pada rambutnya. Kemudian dia menyikat rambutnya pula. Setelah puas dengan penampilannya, Firas menyemburkan sedikit minyak wangi pada tubuhnya.

Beg laptop diambil dan terus melangkah keluar daripada biliknya. Langkah kaki diatur ke tingkat bawah.

" Good morning mama, papa " sapanya.

Kerusi di hadapan Datin Mastura ditarik dan dilabuhkan punggungnya di situ.

" Morning " .

" Amboi hensemnya anak mama ni " puji Datin Mastura.

" Of course ma. Firas always handsome. Macam papa lah kan? " .

Datuk Rafi mengangguk.

" Yes. Like father like son " balas Datuk Rafi.

Datin Mastura buat muka bosan. Mereka berdua ketawa kecil.

" Macam mana kerja dekat office Firas? Okay? " soal Datuk Rafi.

Sejak setahun yang lalu, dia memberi kepercayaan kepada anak tunggalnya itu untuk menguruskan RF Group kerana dia ingin bersara dan berehat. Lagipun kesihatannya kurang baik. Pada awalnya Firas menolak untuk menguruskan RF Group kerana syarikat itu syarikat bukan syarikat biasa. RF Group syarikat yang terkemuka di Malaysia. Jadi bukan benda yang mudah untuk menguruskan RF Group.

Tapi setelah Datuk Rafi dan Datin Mastura memujuk dan meyakinkan Firas mampu menguruskan RF Group, barulah dia terima. Kini sudah hampir setahun dia menguruskan RG Group dan syarikat itu bertambah maju. Datuk Rafi begitu bangga dengan anak tunggalnya itu.

" Alhamdulillah everything is okay papa " .

" Baguslah kalau macam tu. That's why papa bagi Firas yang uruskan syarikat tu. I know you can handle it easily " .

" Thanks pa " Firas tersenyum kecil.

" Tak habis-habis cakap pasal kerja. Waktu breakfast pun nak bincang pasal kerja ke? " soal Datin Mastura.

" Ala biarlah. Bukannya selalu pun. Anak awak ni asyik busy jer. Waktu ni jer lah saya dapat berborak dengan dia " jawab Datuk Rafi.

" Betul tu mama " sokong Datuk Rafi.

" Lepas ni mama rasa mama nak buat rules lah. Waktu makan, tak boleh bincang pasal kerja. Langsung tak boleh " .

" Mama, it's better than mama bukak topik bakal menantu mama tu " .

Datuk Rafi ketawa besar. Dia tahu Firas rimas apabila isterinya itu tidak habis-habis bercakap soal bakal menantu. Kalau boleh dia nak Firas kahwin dalam waktu terdekat.

" Abang! " Datin Mastura membesarkan matanya memandang Datuk Rafi yang galak ketawa itu.

Mati terus tawa suaminya itu. Firas hanya mampu menggelengkan kepalanya. Macam-macam kerenah mama dan papanya itu.

Share this novel

ezmahanim_
2020-05-25 18:46:41 

best lh

ezmahanim_
2020-05-25 18:46:40 

best lh

ezmahanim_
2020-05-25 18:46:40 

best lh


NovelPlus Premium

The best ads free experience