BAB 8

Romance Completed 46485

" You're late " .

Qashrina mengangkat wajahnya memandang Firas. Lama dia memandang wajah itu. Kenapa aku macam pernah tengok mamat ni ea? Soalnya dalam hati.

" Saya lambat 5 minit jer kan? " soal Qashrina.

Firas terkedu melihat Qashrina. Ya dia masih ingat lagi gadis ini. Sungguh dia tidak sangka mereka akan bertemu lagi. Tak banyak perubahan pada Qashrina. Yang bezanya cuma sekarang dia sudah bertudung.

" Ehemm " Qashrina berdehem kecil apabila mata Firas tidak berkedip memandangnya.

Cantik sangat ke aku ni sampai tak berkedip mata dia? Getus hatinya.

" Siapa nama awak? " soal Firas.

" Qashrina Aisha " .

" Haa? Apa na? " soal Firas semula.

" Just call me Qash " balas Qashrina.

Firas mengangguk faham.

" Okay Qash, saya nak beritahu awak yang saya paling tak suka orang tak tepati masa " tegas Firas.

" I'm sorry. Tadi waktu nak pergi sini, jalan sesak " .

" Itu bukan alasan untuk awak datang lambat " .

Qashrina memandang Firas bengang. Banyak cakap pulak mamat ni. Eiii geramnya.

" Lagipun ini pertama kali saya datang restoran ni. Agak susah untuk saya cari tadi " tambah Qashrina.

" Itu pun bukan alasan untuk awak datang lambat. Awak tahu tak, masa saya cukup berharga. Dalam satu minit tu saya boleh buat macam-macam " .

Qashrina buat muka bosan. Terpaksa tadah telinga mendengar bebelan Firas.

" Awak datang naik kereta atau bas? " soal Firas tiba-tiba.

" Kereta. Saya rasa kalau saya naik bas, lagi panjang bebelan awak sebab saya datang lambat " .

Firas mengecilkan matanya memandang Qashrina.

" Saya tak membebel. Itu nasihat " .

Qashrina mengangguk.

" Okay " .

" Awak wakil daripada CK cooperation? " .

Qashrina mengangguk kecil.

" Do you still remember me? " .

" Huh? " Qashrina bingung.

" 4 years ago, kita pernah naik satu bas yang sama. And saya tegur awak sebab zip seluar awak err terbuka. Then awak tuduh saya nak ambil kesempatan dekat awak. Orang dalam bas tu terus pukul saya. Do you still remember? " .

Tergamam Qashrina dibuatnya. Jadi Firas lah lelaki itu? Patutlah bila tengok Firas, rasa macam pernah jumpa sebelum ni. Ya Allah malunya aku.

Firas menjungkitkan keningnya.

" Ingat? " soalnya lagi.

Lambat-lambat Qashrina mengangguk. Dia tidak mengecam Firas kerana banyak perubahan pada lelaki itu. Badannya yang dulu kurus sekarang sudah tegap. Wajahnya terlihat lebih matang berbanding dahulu.

" Keciknya dunia kan. Tak sangka kita jumpa lagi " Firas tersenyum kecil.

Riak wajah Qashrina sudah berubah. Ya Allah kenapalah dalam banyak-banyak manusia kat dunia ni, dia jumpa semula dengan Firas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience