Bab 53

Detective Completed 3876

"barangkali kita boleh dapat rahsia dari durham atau pun yeoh!"teriak faruk.

kedua-dua mereka pun berlari pulang mendapatkan orang-orang tawanan itu.pada mulanya durham dan yeoh enggan memberi sebarang maklumat tentang di mana peguam itu berada.

"kamu perlukan mazlan kassim untuk membela kamu kan?"tanya faruk.

"macam mana kamu nak cari dia? dia tak ada lagi di rumah ataupun di pejabatnya."

"Ha agak-agak di manakah dapat kami cari dia?"tanya johar.

tanpa teragak-agak lagi,yeoh berkata:

"saya takkan mengaku salah tanpa di bela! suruh dia datang ke mari! cari dia di pondok motobotnya!"

"di mana pondok itu?"tanya faruk.

"dia tak cakap.tapi saya pasti pondok itu di sementing juga."

kedua-dua orang mata gelap muda itu pun bertolak.

"saya rasa pondok-pondok motobot persendirian terletak di hadapan lagi,"kata faruk.

mereka terus berjalan.faruk dan johar mula menyoal nelayan-nelayan dan tuan punya kapal atau motobot yang mereka temui.

sambil bertanya kalau-kalau orang-orang itu tahu di mana letaknya pondok motobot,mazlan kassim.johar dan faruk juga menerangkan rupa peguam itu.

akhirnya usaha mereka berhasil.seorang pekerja di situ berkata walaupun dia tidak tahu nama peguam itu namun dia pernah melihat orang yang serupa dengan keterangan yang diberikan oleh kedua-dua beradik itu.

"saya selalu nampak dia keluar masuk pondok motobot berwarna hijau itu,"katanya sambil menunjuk ke arah pondok.

johar dan faruk bergegas pergi ke pondok yang ditunjukkan itu.apabila mereka hampir denganya mereka berhenti.

"tengok!"bisik johar.

"di bingkai tingkap itu." di situ terletak sepasang cermin mata yang tebal.

"betullah ini pondoknya!"

tiba-tiba seorang lelaki gempal muncul di depan pondok itu.

"apa kamu mahu?"

"kami nak jumpa encik mazlan kassim,"jawab faruk memberanikan diri.

"ada pesanan dari durham,"tambah johar dengan perlahan-lahan.

mata orang itu terbeliak.

"baiklah.saya tak tahu kamu berdua sahabatnya."

dia menunjuk ke arah pintu. "masuklah."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience