Bab 10

Detective Completed 4051

mereka menghampiri seorang wanita yang membawa setimbun cadar dan menjelaskan bahawa mereka sedang mencari durham.

"durham....durham,"kata wanita berulang-ulang.

"rasa-rasanya saya ingat orang itu.orangnya garang.pernah dia halau saya keluar dari biliknya.pelik betul gerak-gerinya."

tiba-tiba wajahnya menjadi berseri-seri."ya saya ingat sekarang!"teriaknya.

"ada secebis kertas minyak."

dia pun menghampiri sebuah almari dinding lalu menyelongkar setimbun sampah di dalamnya.sebentar kemudian dia memekik kegembiraan.

"ini dia!"teriaknya.

"saya keluarkan ini dari bilik durham."

johar dan faruk melihat kertas itu."ada nama tertulis di sini!" teriak faruk.

"Philip yeoh!tapi alamatnya dah kabur!"

Philip yeoh,"kata johar.

"jangan-jangan dia kawan durham tak?"

faruk menayang kertas itu di tingkap.biasanya dia dapat membaca tulisan kabur dengan cara itu.

"ya saya dapat baca,"katanya."dua puluh empat jalan tanjung sementing."

"lekas faruk!"desak johar.

"mari kita pergi cari Philip yeoh!"katanya.

lebih kurang setengah jam kemudian faruk dan johar telah pun berada di sementing lalu memandu ke jalan tanjung.setiba mereka di jalan tersebut mereka terus mencari rumah bernombor empat puluh empat.

rumah itu mengandungi beberapa buah bilik sewa.sedang mereka berjalan masuk melalui pintu yang luas terbuka.seorang lelaki berperawakan gempal dan kotor merempuh mereka dan masuk ke dalam.

mereka pun segera mengikuti orang itu menaiki tangga.

"Er encik,"laung johar."kami nak tanya encik sikir."

"encik kenal tak durham wahab."

"tidak."

"encik ini Philip yeoh ya?"

orang itu nerenung johar dan faruk lama-lama."bukan,"jawabnya.

"apa hal?"

faruk mengangkat bahu."kami dengar mereka tinggal di sini.jadi kami fikir elok juga kamu datang melihat mereka."

"oh itu lainlah,"ujar orang itu.

"sebenarnya saya kenal durham wahab.tapi Philip yeoh tinggal di tingkat dua."

faruk dan johar menuruni tangga.lorong ke anjung begitu gelap dan berbau hapak.mereka mengetuk pintu bilik Philip.

apabila pintu dibuka kedua-dua mereka berdiri tegak."apa kamu mahu?"tanya seorang lelaki yang berjanggut liar dan memakai baju panas biru muda.dia bukan durham.

"kami mencari durham wahab dan Philip yeoh,"jawab faruk sambil perlahan-lahan rapat ke pintu.

"durham? Philip yeoh?"tanya orang itu dengan suara garau.

"tak pernah dengar nama itu."

"kami cuma nak jumpa mereka,"jawab faruk.

"barangkali encik ada nampak durham di sini."

"tak pernah nampak dia,"kata orang itu.

tiba-tiba orang itu memandang ke belakang mereka.faruk dan johar berpaling.sedang pintu ditutup di belakang mereka.johar dan faruk nampak dua lembaga meluru ke arah mereka.

"jaga-jaga!"teriak johar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience