Bab 3

Detective Completed 4051

faruk da johar bertanggungjawab melindungi anggota-anggota perempuan dalam keluarga mereka.

sambil memandu kereta wajah faruk kelihatan hairan"saya tak senang dengan peristiwa ini johar,"katanya.

"mari kita jenguk melalui tingkap sebelum kita masuk,"cadang johar.

kami ingat tak apa kata bapa.lebih elok kita mengintip dulu sebelum kita masuk.

"bagus cadangan kamu itu."

apabila mereka hampir dengan rumah mereka,faruk memandu dengan berhati-hati."kita berhenti di sini."katanya lalu mematikan enjin dan memberhentikan kereta lebih krang sembilan puluh meter dari rumah kereta.

mereka masuk ke pekarangan rumah jiran sebelah lalu menghampiri rumah mereka dari belakang.

"kita jenguk dari tingkap tepi bilik kamu,"bisik faruk.johar mengangguk.

mereka merapatian diri kepada dinding rumah di bawah tingkap dengan hati-hati mereka menegakkan badan mereka hingga mata mereka selaras dengan bingkai tingkap.

seorang lelaki sedang berdiri bersendirian membelakangkan mereka.

tiba-tiba johar tersentak lalu berbisik,"dia mengambil sesuatu dari meja mak!"

"apa dia?"tanya faruk.

"saya tak nampak.oh ya,itu dompet anak kunci bapa!"

tanpa menyedari bahawa gerak-gerinya sedang diperhatikan,orang itu membuka dompet itu lalu mengeluarkan sebatang anak kunci.

faruk dan johar tidak berlengah-lengah lagi.mereka berlari ke pintu hadapan lalu meluru masuk.

"ha faruk,johar."sapa cik halimah ibu mereka dengan lembut.dia sedang turun dari tingkat atas."kenapa awal sangat kamu berdua balik?"

johar segera berteriak,"orang ini yang buat kami pulang cepat."

"eh,eh kenapa pula?"tanya emaknya, sementara orang itu merenung mereka dengan terperanjat.

"kenapa kamu ambil anak kunci bapa saya?"bentak faruk.

"apa ini?"tanya orang itu,marah.

"faruk,johar!"teriak cik halimah terperanjat melihat tingkah laku anak-anaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience