Bab 30

Detective Completed 4051

suku jam kemudian barulah johar bergerak.kepalanya terasa berdenyut-denyut.dia berjalan terhuyung-hayang.bagaimana pun akhirnya dia tiba juga di perkampungan ranai.di situ dia ternampak chandran tergesa-gesa berjalan.

"chandran!" dia cuba berteriak.

tetapi suaranya amat perlahan.chandran membelok ke penjuru sebuah rumah dan menghilang.johar mulai berjalan ke arah rumah Tok Batin dengan berkali-kali berhenti rehat.tiba-tiba dia terdengar orang berteriak di belakangnya.

"johar kenapa kamu?"

"Ted! oh syukurlah kamu datang."

"siapa pukul kamu?"tany Ted,cemas apabila di lihatnya darah dan bengkak di kepala johar.

"entahlah,"bisiknya lemah.ted memapahnya ke rumah.

Tok Batin keluar.dia membantu Ted mengangkat johar dan meletakkan di katil.

Ted tergesa-gesa pergi mamanghil doktor.setelah memeriksa johar secara menyeluruh doktor menyatakan tengkorak johar tidak retak.tetapi johar akan berasa pening kepala buat beberapa jam.

dia berpesan supaya mereka memanggilnya sekiranya ada apa-apa terjadi kepada johar.dia mengubati luka di keoala johar dan kemudian meminta diri.

tiba-tiba chandran meluru masuk.seorang budak telah memberitahunya doktor sedang merawat budak melayu.

"johar,"teriaknya.

mukanya pucat lesi ketakutan. "kenapa?"

sementara Chandran mendengar cerita johar.faruk pula terus berjalan di lorong hutan dan akhirnya tiba di simpang jelai.dia segera berjalan menuju ke rumah tumpangan itu.

"kami nak keluar,"katanya kepada kerani tempahan.

"Hai cepat benar nak keluar?"ujar kerani itu.

"tidak.kami nak tinggal bersama puak ranai.kalau ada apa-apa surat atau pesanan,tolonglah hantar ke rumah Tok Batin di sana.kami akan bayar nantu."

setelah membuat bayaran dan menguruskan supaya beg-beg mereka kecuali sebuah beg dapat disimpan di rumah tumpangan itu.faruk mengambil keputusan untuk menelefon ibunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience