Bab 6

Detective Completed 4051

"ke mana encik durham pergi?"teriak johar hampa.

tiba-tiba johar berteriak."tengok di celah dua buah kereta di tempat letak kereta itu.itu beg kain kan?dan seorang lelaki kan?mari faruk.

"itu dia!tangkap dia johar!"jerik faruk apabila encik durham cuba melepaskan diri.

di saat itu johar ternampak seorang anggota polis sedang meronda di seberang jalan.

"tok zainal!"dia melaung mata-mata yang telah lama dikenalinya itu."kami perlukan pertolongan."

"ada apa?"dia bertanya.

"orang ini mencuri gambar bapa saya dan anak kunci almari failnya,"jawab faruk sambil menunjuk ke arah encik durham.

"kami mahu dia diperiksa,"kata johar sambil menunjuk ke arah encik durham.

"baiklah,"kata sarjan zainal dengan suara garang.

"mari ikut saya ke balai polis."

mereka di sambut oleh DSP chong di balai polis.beliau adalah seorang yang berpengalaman dalam usaha menumpaskan penjenayah-penjenayah.dia dan faruk serta johar seringkali bekerjasama dalam usaha menangkap penjahat-penjahat.

"ha,siapa pulak orang ni faruk ,johar?"tanya DSP chong,"apa dah dilakukannya?"

johar dan faruk cepat-cepat menjelaskan.

"kami boleh buktikan!"teriak johar."tuan periksa dia."

"jangan,"bantah encik durham"saya nak panggil perguam saya dulu.itu hak saya,"tambahnya,mengancam.

"baiklah,"ujar sarjan zainal."siapa peguam kamu?"

"mazlan kassim?tak pernah dengar nama itu.agaknya orang baru datang ke pelabuhan klang."

faruk dan johar merenung encik durham dengan rasa curiga sementara dia memusing nombor telefon di meja DSP chong .setelah bercakap beberapa lama dengan mazlan kassim dia meletakkan telefon.dia kelihatan berpuas hati.

lebih kurang sepuluh minit kemudian mazlan kassim melangkah masuk ke pejabat DSP chong.

"ha apa yang heboh-heboh ini?"tanya peguam itu dengan suara marah."kenapa kamu menahan pelanggan saya?"

"bertenag encik mazlan,"ujar DSP chong."encik durham dituduh mencuri sebatang anak kunci dan seping gambar encik abdul hadi.ini adalah anak-anaknya.mereka mahu kamu periksa dia.

DSP chong memerintahkan sarjan zainal memeriksa durham.setelah memeriksa kocek dan kasut durhan serta begnya secara meyeluruh,sarjan zainal melaporkan."tak ada apa-apa yang disyaki."

mata faruk tidak lepas-lepas merenung satu bonjol pada baju encik durham."apa yang kamu sembunyikan di situ?"dia bertanya.

sarjan zainal memeriksa dan mendapati sekeping gambar encik hadi yang berbingkai.

"kenapa kamu ambil gambar ini?"tanya johar.

"baik kamu berikan penjelasan yang munasabah,"celah DSP chong.

"begini saya memang meminati encik abdul hadi,"jelas durham."jadi hari ini,bila saya nampak gambarnya di piano itu saya tak dapat mengawal diri saya dari mengambilnya untuk kenang-kenangan."

"ha ini dah lain cerita pula,"kata DSP chong.

"ya saya rasa tentu tuan faham,"sambung durham,tergesa-gesa."saya harap budak-budak itu pun faham juga.saya ingin menyimpan gambar ini.besar ertinya kepada saya."suaranya berbunyi jujur.

pemuda dua beradik itu bertukar pandangan.kemudian faruk bersuara,"saya rasa tak apalah sekiranya dia ambil gambar bapa itu asalkan dia betul-betul meminati bapa."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience