Bab 34

Detective Completed 4051

"Apa?"teriak johar, chandran dan ted serentak.

"pondok menuai,"jelas faruk.

"boleh jadi pondok yang bersilang-silang itu!"

"ya tak ya!"teriak ted.

"kemudian puak kami tak terfikirkan begitu?"

"sekaranglah bulan itu mengambang,"kata faruk.

"itulah sebabnya bapa kamu desak kita menyelesaikan misteri ini segera!"

"ya."

"mula-mula,"kata faruk.

"mari kita siasat di mana terletaknya pondok Tok Batin semasa dia menanam harta itu.kamu tahu,ted?"

"dekat dengan tempat puak ini mengadakan upacara-upacaranya,"jawab ted.

"rekod mencatatkan batu upacara terletak di tempat anak sungai yang bercabang seperti lidah ular tedung mengalir di tengah-tengah kawasan penghormatan pahlawan."

ted membawa mereka ke kawasan upacara-upacara diadakan pada zaman silam.katanya sekarang ini tempat itu tidak digunakan lagi.

"susahlah nak cari batu upacara dalam semak-samun ini,"kata johar.

mereka yang lain memaksanya duduk tanpa membuat tugas-tugas berat.dengan rasa meradang,johar duduk di sebatang pokok yang tumbang melintang atas cabang-cabang sungai yang disebut di dalam cerita dongeng itu.

"saya tak sanggup cari lagi,"keluh chandran lalu tersepuk duduk di atas seketul batu besar.

"saya nak tahu di mana pondok tok batin lama?"tanya satu suara di belakangnya.

chandran tersentak lalu menoleh ke belakang.seorang tua orang asli berdiri di belakangnya.dia memakai cawat.

"apa khabar Tok Abu?"ted menyapa orang tua itu.

dia kemudian memperkenalkan orang tua itu.katanya beliaulah anggota puak ranai yang tertua sekali.

"dia selalu menceritakan kisah dulu-dulu kepada kami,"tambah ted sambil tersenyum.

"sini,"katanya tegas.

"sini pisang sesikat Tok Batin.kenapa mereka nak tahu?"dia bertanya kepada ted,curiga.

setelah ted menjelaskan bahawa pemuda-pemuda itu cuba mencari geran yang hilang untuk menyelamatkan tanah puak itu.wajah Tok Batin bertukar menjadi berseri-seri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience