Bab 28

Detective Completed 4051

"bapa saya takut kalau-kalau pihak musuh akan mencari geran harta akami serta rekod-rekod puak ranaiyang amat berharga itu.jadi beliau menanamnya secara rahsia bersama dengan sebilah pisau bertatah permata yang bernilai beribu-ribu ringgit.pisau ini telah menjadi milik puak ranai sejak turun-temurun."

"di mana bapa tok batin tanam pisau dan dokumen-dokumen itu?"tanya faruk.

Tok Batin Ben Buana menggeleng. "itulah yang menjadi misteri.tidak lama kemudian bapa saya jatuh sakit dan sedar dia akan mati."

nafasnya kian sesak.tapi digagahinya juga memberitahu saya dengan satu bisikan:

"anakku-anakku surat dan piasu tertanam di tempat bayangan melintang dalam cahaya bulan menuai."

sejurus kemudian Tok Batin Ben Buana meneruskan ceritanya. "itu sajalah petunjuk yang diberikan oleh bapa saya.saya tak dapat mencari tempat itu."

"bukan itu saja," celah Tok Batin Ben Buana. "tak beberapa lama dulu dua orang asli muncul di perkampungan ini.kata mereka,mereka nak beli tanah kami dan sanggup membayar dengan harga yang berpatutan."

"walau bagaimana tinggi sekalipun harga yang ditawarkan kami tak akan menjualnya."

"tapi perkara ini tidak berakhir setakat itu saja,"sampuk ted.

"orang-orang itu begitu degil.akhirnya salah seorang dari mereka naik meradang lalu mulai memekik. "dengar sini Tok Batin,'katanya kepada bapa saya, 'saya beri amaran kepada kamu! elok kamu jualkan tanah ini kepada kami kalau tidak kamu akan dapat susah."

"ya," tok batin mengaku.

"apa maksud kamu?"saya tanya mereka.

"maksud saya cuma ini!"jawab orang itu.

"tanah ini bukan milik kamu !"aku tertawa tapi katanya, 'Oh kamu ketawa ya? Hah kami bileh buktikan kamu tak ada hak milik yang jelas!"

kemudian mereka keluar dari rumah ini.saya bimbang kalau-kalau orang-orang itu menjumpai geran tanah ini sebelum kita dan mencarinya,"kata Tok Batin Ben Buana.

"malangnya kami tidak ada bukti hak milik yang lain.pejabat tanah yang mencatatkan geran kami itu dah terbakar dan semua dokumen-dokumen di dalamnya turut hangus."

"kalau begitu memanglah orang-orang itu berpeluang membuat kacau,"celah johar.

"ya.selepas kebakaran itu,pejabat tanah meminta semua pemilik tanah membawa geran masing-masing untuk mencatatkan semula.tapi kami tak dapat membawa geran kami."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience