Bab 38

Detective Completed 4051

sementara johar dan faruk menerkam ke arah penyerang mereka.salah seorang dari orang-orang yang bertopeng itu mencekup mulut ted.apabila dia cuba meminta pertolongan dengan menggunakan bahasa puak ranai.

johar dan faruk melawan musuh mereka dengan sepenuh tenaga mereka.tetapi akhirnya mereka tewas juga.

"ikat tangan dan tutup mata mereka,"perintah salah seorang dari penjahat itu.

"Ha jalan,"ketua samseng itu memerintah.

semasa mereka melangkah ke hadapan johar dan faruk dengar bunyi tapak kaki berjalan ke arah yang bertentangan.

"mereka memisahkan kita dari ted,"bisik johar kepada faruk.

sebentar kemudian johar dan faruk diperintahkan berhenti.kemudian mereka merasa tangan mengangkat mereka masuk ke dalam kolek.

"baiklah,"kata ketua penjahat itu.

"mari kita pergi."

selepas lebih kurang sejam perut kolek itu menggesel tanah.johar dan faruk ditarik berdiri lalu di hela berjalan.

kemudian mereka di angkat naik ke sebuah kereta.enjin kenderaan itu di hidupkan.mereka pun mula bergerak melalui jalan yang buruk.

hampir-hampir sejam kemudian kereta itu berhenti.faruk dan johar di tarik keluar.mereka terdengar bunyi naik ke kapal terbang itu lalu meluncur ke udara.

apabila kapal terbang itu mendarat mereka dibawa keluar dan dicampakkan ke dalam sebuah kereta.setelah beberapa lama kereta itu berhenti.johar dan faruk di tolak menaiki tangga.

"tutup muka kamu semua dan buka ikatan mata mereka,*perintah ketua penjahat itu.

mata johar dan faruk terkelip-kelip menentang cahaya yang samar-samar itu.mereka mendapati diri mereka berada di dalam sebuah bilik gelap.

penjahat-penjahat yang bertopeng itu mengepung mereka.tiba-tiba kedua-dua pemuda itu terlihat sehelai langsir jarang di hujung bilik itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience