Bab 55

Detective Completed 4051

semasa mereka di situ menoleh ke pintu.tetapi johar dan faruk segera mengenali suara itu.

"bapa!"

"seng hua!"

faruk dan johar berlari ke arah bapa mereka dan pembantunya.seng hua berjalan dengan bantuan tongkat.

"syukurlah bapa dan seng hua datang!"

"macam mana bapa tahu kami di sini?"tanya faruk.

"kami singgah di rumah tadi,"jawab hadi.

"mak kamu beritahu.jadi kami ikut ke mari.tetapi nampaknya kamu sudah selesai kerja."

dia merenung kedua-dua orang tawanan itu.

johar berpaling kepada seng hua. "eh kenapa kamu keluar dari hospital begitu cepat?"

"sebab,"jawab seng hua sambil merenung mazlan dengan penuh makna.

"ada orang kononya pakar bedah tulang datang melawat saya.penjahat-penjahat itu membuat kerja mereka dengan begitu teliti."

"maksud kamu,*kata faruk hairan.

"seorang dari anggota kumpulan itu datang berjumpa kamu dengan cara menyamar sebagai seorang doktor?"

"ya,"jawab seng hua.

"dengan cara itu dia dapat masuk ke hospital.itu cara bijak untuk mengorek maklumat dari saya.tapi dari gaya cakapnya saya tahu di bukan seorang doktor.saya berjaya mengelak dari menjawab soalan-soalannya dengan tepat.tapi dia tak tahu saya kenal dia."

"saya terpaksa keluar dari hospital sebelum kumpulan itu menghantar seorang lagi untuk mencuba cara lain pula lagi mendapatkan maklumat dari saya,"sambung seng hua.

"mazlan berbohong kepada kamu berdua,"kata encik hadi.semua mata tertumpu kepada peguam itu semula.

"dia bukan peguam yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan.dia menganggotai kumpulan pengkhianat yang mengganas di negara ini! tapi sekarang kesemua mereka dah tertangkap."

"kumpulan ini mahukan tanah puak ranai,"sambung encik hadi.

"supaya mereka dapat menjalankan rancangan mereka.kampung itu terpencil.amat sesuai untuk dijadikan tempat persembunyian pengkhianat-pengkhianat itu.mazlan kamu mengupah orang bernama yeoh untuk membantu kamu.dia itu seorang penjenayah kecil-kecilan,"encik hadi berhenti sejurus.

kemudian dia menyambung:

"kamu suruh wong berlagak seperti Philip yeoh waris tanah ranai yang hilang itu."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience