Bab 29

Detective Completed 4051

"memang mudahlah orang-orang itu mengetahui geran puak tok tak ada,"kata faruk.

"ya kami akan mencari geran itu sampai dapat."

"tapi saya rasa tentu mereka sedang mencari geran itu,"kata johar.

"jadi ini akan menjadi satu perlumbaan.mari kita mulakan dengan segera!"

Tok Batin tersenyum. "makanlah dulu.apa kata kalau kamu bertiga pindah ke mari supaya mudah menjalankan kerja?"

"terima kasih,"jawab faruk.

"sambil menyelesaikan misteri tok.boleh juga kami menyiasat kes kami."

selepas sarapan pada esoknya,johar berkata, "mula-mula sekali kita mesti bawa barang-barang kita ke mari."

"ya,"kata faruk bersetuju.

"tapi tak perlulah semua kita sekali pergi.biar saya pergi.kita cuma perlukan satu beg pakaian saja.yang lainnya kita simpan di rumah tumpangan itu."

"kalau begitu saya dan chandran boleh mula mencari petunjuk di sekitar sini,"kata johar.

johar mula berjalan ke perkampungan iru.tiba-tiba dia berhenti.apakah bunyi di sebelah kanan di belakangnya?

dengan hati-hati dia berpatah balik ke arah bunyi itu.dia tiba di satu kawasan lapang.johar tersentak apabila dia melihat seorang lelaki sedang menggali tanah keras di situ.

orang itu ialah orang yang mereka lihat memakai cawat pada hari sebelumnya.

tanpa teragak-agak johar menghampiri orang itu. "saya nak tahu apa yang dia lakukan."fikirannya.

tiba-tiba kedengaran bunyi ranting patah di pijak orang di belakangnya.

johar menoleh lalu ternampak seorang lelaki menerkam ke arahnya sambil memegang sebatang kayu.

dia cuba mengelak tetapi orang itu sempat memukul kepalanya.tanpa sebarang jeritan johor tersungkur ke tanah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience