Bab 50

Detective Completed 4051

apabila faruk dan johar berada hanya enam meter saja dari tebing dan meronta-ronta untuk menahan diri mereka dari ditolak ke arah gaung maut itu, tiba-tiba faruk memekik.

"sabar."

dia telah nampak dua lembaga berlari datang ke arah mereka.chandran dan ted! oleh kerana tidak sabar hendak menyelamatkan faruk dan johar.

chandran tidak menyedari bahawa dia sedang datang ke arah bahaya.

apabila mendengar faruk memekik chandran terhenti lalu menarik ted.

penjahat-penjahat itu terhenti terperanjat mendengar perkataan faruk itu.

"apa pula ini?"bentak durham.

faruk menentang wajah durham.

"kalau kamu masih mahukan harta itu tolonglah jangan tolak kami ke dalam gaung itu.kamu tak tahu di mana harta itu sedangkan kami tahu!"

yeoh membeliakkan mata merenung faruk dan johar.

"kali ini lebih baik kamu bercakap benar! mana harta itu!"

"mula dari tempat kamu sampai tadi,"kata faruk.

"beberapa meter di sebelah kiri,kamu akan nampak satu lubang dalam batu.masuk dua meter di dalamnya,hulur tangan ke atas kepala.kotak itu ada di situ."

mata durham dan yeoh bersinar-sinar.mereka pun mula menuruni tebing tinggi itu dengan bantuan tali.

ketiga-tiga penjahat yang tinggal itu mengambil tempat masing-masing untuk mengawal kedua-dua beradik itu.

tiba-tiba faruk memekik:

"pemain tengah serang!"

permainan bola sepak! chandran ialah pemain tengah! chandran bersedia untuk menyerang.

dengan bantuan ted yang kuat dan tangkas itu mereka berjaya menawan penjahat-penjahat itu!

kemudian faruk tergesa-gesa menghampiri pinggir gaung itu lalu menarik naik tali supaya durham dan yeoh tidak dapat naik.

selepas itu dia kembali mendapatkan mereka yang lain.

"tolong saya ikat orang-orang ini,"katanya.

"kita harus bawa mereka kepada bapa kamu ted,"cadang johar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience