Bab 49

Detective Completed 4051

"rancangan kami berjalan lancar sehinggalah kamu berdua datang mengacau,"sambung durham.

"kamu hampir-hampir merosakkan segaka rancangan kami.tapi sekarang kami dah tawan kamu dan juga rakan kamu yang gemuk itu."

"chandran di tawan?"teriak faruk.

"ya."

faruk dan johar membisu.

"sekarang kamu berdua dah tiba ke hujung jalan,"kata durham,suaranya begitu garang.

"kamu berdua dan juga bapa kamu.

"mana bapa?"teriak faruk.

"kamu takkan tahu.sekarang macam mana pula tawaran kamu berdua? di manakah harta itu tersembunyi?"

"kamu mahu harta karun itu ya?"tanya faruk.

"lekas cakap!"

"jalan iku permatang batu itu.kemudian kamu akan jumpa sekeping batu terjulur keluar.belok di situ dan terus berjalan.cari batu tajam yang terjulur keluar dan mula kira dari situ.bila tiba di batu yang kedua belas raba ke atasnya."

johar merasa sungguh geli hati.tidak sanggup rasanya dia menahan ketawa.cerita rekaan faruk berbunyi begitu munasabah.

dengan pantas mereka melompat ke seberang sana gaung itu.lalu memanjat naik ke tebing tinggi itu sambil menarik tali ke atas.

tiba-tiba kedengaran bunyi orang marah-marah dari bawah.

"hei,penipu! tunggu!" durham dan yeoh memaki hamun dari bawah.

"kita selamat!"keluh johar sebaik-baik saja dia menghela badannya naik ke atas tebing tinggi itu.

"oh selamat ya?"kata satu suara.

mereka mengangkat muka.tiga orang lelaki yang tidak dikenali dan bersenjata mengepung mereka!

pengelutan yang berat sebelah itu segera berakhir.sekali lagi faruk dan johar setelah mengamati orang-orang itu.

"tengok orang yang memakai cawat itu!

dialah orang yang saya ekori pada hari saya diserang oleh miskon itu!"

sementara itu tali yang di tarik naik oleh faruk dan johar tadi telah diturunkan semula.durham dan yeoh menjenguk keluar dari gaung itu.

hari telah mulai siang.dalam cahaya samar-samar.faruk dan johar dapat melihat muka mereka dengan jelas.

"kamu berbohong fasal harta itu!"teriak durham.

"kami tak suka bergurau.mari yeoh kita ajar mereka."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience