Bab 23

Detective Completed 4051

keretapi meluru ke arah johar dan faruk.ramai orang berteriak.pemandu cuba berhentikan keretapi.

dengan cepat faruk bangun dan melompat naik ke platform.tetapi johar masih tersungkur.

chandran segera terjun dari platform laulu mengangkat johar keluar dari landasan sebaik-baik saja keretapi lalu di sisi mereka.

apabila keretapi berhenti orang ramai di stesen itu pun mulailah bercakap-cakap serentak.apa yang telah berlaku? mungkinkah pemuda-pemuda itu terjatuh kerana para penumpang berasak-asak?

"tidak,"jawab faruk.

"kami di tolak."

pada ketika itu pemandu keretapi datang setelah menjelaskan keadaan sebenar kepadanya secara ringkas.faruk memintanya supaya melewatkan perjalanan keretapi untuk beberapa minit.

"saya nak cari orang yang menyebabkan perkara ini berlaku,"katanya.

johar,faruk dan chandran tergesa-gesa bertanya orang-orang di platform itu kalau-kalau mereka ternampak orang yang menolak johar dan faruk tadi.malangnya tidak ada sesiapa pun yang nampak.

setelah ketiga-tiga mereka duduk di dalam keretapi, chandran bersuara, "kamu rasa mungkinkah jeritan tadi itu ada kaitan dengan orang yang menolak kamu berdua?"

"ya,"sahut faruk.

"ini semua dah dirancangkan."

setengah jam kemudian chandran bersuara, "Ah lupakanlah misteri ini buat sementara waktu."

sambil menikmati pemandangan indah yang mereka tempuhi mereka mendengar beraneka rancangan radio.akhirnya berita disiarkan.

suara juruhebah itu lantang kedengaran:

".....satu pengkhianatan berlaku di Ulu Perak.

satu projek penting kerajaan telah di bom oleh pengkhianat-pengkhianat dan memusnahkan segala-galanya.Encik Abdul Hadi seorang penyiasat yang masyhur berada di situ sekarang ini.

ketika di temu ramah Encik Abdul Hadi berkata beliau sedang mengumpul petunjuk tetapi setakat ini masih belum ada seorang pun di tangkap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience