Bab 33

Detective Completed 4051

faruk memperkenalkan diri mereka kepada seorang sarjan dan meminta kebenaran untuk menemui ketua polis di balai itu.mereka pun dibawa masuk ke biliknya.

"faruk abdul hadi,ya?"sapa ketua polis itu.

dia menyuruh mereka memanggilnya pak cik mamat.

"ada kena mengena dengan abdul hadi.mata-mata gelap yang masyhur itukah?"

"saya anaknya,"sahut faruk.

"adik saya ada di perkampungan puak ranai."

"apa yang menyebabkan kamu datang ke hutan ini? misteri?"dia bertanya.

dengan serba ringkas faruk menjelaskan tujuan mereka hendak mencari seorang pencuri bernama durham.apabila dia memberitahu pegawai itu apa yang telah terjadi kepada johar.beliau kelihatan termenung berfikir panjang.

"ada sebarang petunjuk?"tanyanya.

chandran mengeluarkan kayu tadi dan menjelaskan bahawa dia menjumpainya di tempat johar di serang.

"mungkin kesan jari orang itu ada pada kayu ini,"tambahnya.

"tak lama untuk kita mengetahuinya,"kata pak cik mamat.dia membawa kayu itu ke sebuah bilik belakang.

"chandran,"katanya.

"betul sangkaan kamu.kami dapat kesan jari seorang yang pernah dipenjarakan pada kayu ini."

"kesan jari siapa,"tanya faruk.

"orang yang bernama miskon,"jawabnya.

faruk dan chandran pulang semula ke perkampungan orang asli itu.faruk tidak sabar-sabar hendak menemui adiknya.dia merasa syukur melihat johar beransur sembuh.

keesokan harinya johar berbincang tentang dokumen-dokumen dan pisau berpermata itu dengan faruk, chandran dan ted.tok batin ben buana telah pergi ke simpang jelai kerana satu urusan.

"tertanam dalam bayangan melintang tatkala bulan selepas menuai mengambang penuh,"kata chandran setelah johar menamatkan ceritanya.

"bayang apakah agaknya yang melintang itu."

dia dan johar membuat berbagai-bagai tekaan.tetapi ted menggeleng kepala."cerita itu begini,"katanya.

"tok batin menanam pisau yang mempunyai ribuan permata itu berserta dengan kertas-kertas yang bertulis itu ketika dia tinggal di pondok menuainya semasa bulan mula mengambang."

"pondok menuai!"teriak faruk.

"saya tahu!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience