Bab 37

Detective Completed 4051

semasa faruk berkawal hujan tidak begitu lebat.ketika dia mengejutkan johar untuk mengambil gilirannya semula hujan pun telah berhenti.

akhirnya hari pun siang.kawasan lapang itu serta kawasan di sekitarnya masih basah.tiba-tiba ted menjenguk masuk ke dalam pondok itu.

"selamat pagi.ada apa-apa berlaku malam tadi?"

"tak ada apa-apa pun."jawab faruk.

johar sedang merenung seorang lelaki yang sedang muncul perlahan-lahan dari sebalik semak-samun.apabila orang itu tiba di kawasan tanah lapang.johar berteriak, terperanjat.

"inilah orang yang menyerang saya dulu!"

"kamu yang memukul saya miskon!"pekik johar.

"baiklah saya memang miskon.tapi saya tak pukul sesiapa pun,"bantah miskon.

"tidak? tapi,kesan jari kamu ada pada kayu yang memukul kepala saya.lagi pula saya nampak kamu mengintai semasa kami menggali malam tadi!"

"saya tak mengintai,"kata miskon.

tetapi semasa johar menyebut kesan jari itu mukanya kelihatan pucat lesi.

"baik kamu ikut kami ke balai polis,"ujar faruk.

"nanti!"teriak miskon cemas.

"saya nak buat tawaran kepada kamu."

"tawaran macam mana?"tanya johar.

"kalau kamu bebaskan saya.saya akan beri beberapa maklumat penting.macam mana?"

johar,faruk dan ted merenung satu sama lain.umpan miskon ini begitu menarik.maklumat daripada mungkin akan membolehkan mereka menyelesaikan misteri itu!

faruk mengangguk. "mari kita cuba gunakan muslihat."

dia berpaling kepasa miskon. "saya tahu apa yang kamu nak beritahu kami.kamu nak cakap orang-orang yang hendak membeli tanah ini mengupah kamu untuk menghapuskan kami!"

"mana kamu tahu?"tanya miskon terperanjat.

sebaik-baik saja habis dia berkata begitu.tiba-tiba suatu suara asing berteriak di belakang mereka.

"tutup mulut!"

faruk dan johar berpaling dan menghadapi tiga orang bertopeng dan bersedia untuk menyerang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience