Bab 51

Detective Completed 4051

"tak perlu.nanti saya minta bantuan,"jawab pemuda orang asli itu.

sambil menekuo mulutnya,ted memekik.

"Wooo-ooo-ooo! Wooo-ooo-ooo! Wooo-ooo-ooo! itu adalah panggilan perang puak ranai,"jelasnya.

"dengar!"

"bantuan akan tiba sebentar lagi,"kata ted.

"chandran,"kata johar sambil duduk di tanah,berehat.

"siapa yang tawan kamu dan macam mana kamu dapat lepas?"

chandran menunjuk ke arah orang-orang tawanan mereka itu lalu bercerita.

"ted yang menyelamatkan saya dar pokok itu,"katanya, mengakhiri cerita.

"saya berjaya membuka ikatan mulut saya dan memekik-mekik."

beberapa minit kemudian sekumpulan orang-orang ranai tiba.ted memerintahkan enam orang ranai membawa orang-orang tawanan itu ke kampung mereka dan menunggu kedatangan polis.

"kamu berdua tinggal di sini,"dia memberi arahan kepada dua orang lagi."

"ada lagi anggota kumpulan ini di bawah." dia menunjuk ke arah gaung itu.

"saya lupa nak cakap ted,"katanya.

"durham dan yeoh akan membawa geran tanah dan pisau itu naik."

"apa!"

faruk menjelaskan bagaimana dia terpaksa memberitahu durham dan yeoh untuk menyelamatkan nyawa mereka.tetapi ted memuji-muji tindakan faruk.

sementara itu johar merangkak ke pinggir gaung.dia menjenguk ke bawah.

"mereka datang!" dia melaporkan dengan suara yang berbisik.

"kotak itu terikat di pinggang durham!"

ted, chandran dan faruk bersedia untuk menerkam yeoh yang naik dahulu.sebaik sahaja kepalanya muncul mereka menangkap tangannya dan menghelanya naik.

"terima kasih,"katanya riang.

sebelum dia menyedari siapakah yang telah membantunya naik.kemudian setelah melihat dia berteriak:

"durham! mereka terlepas!"

kepala durham menjengah naik.apabial dia nampak ted,chandran,faruk dan johar dia pun mula turun semula.

faruk dan johar mencapai tali itu dan mula menghelanya naik ke atas.ini membuat durham melayang-layang sampai bergayat pada tali itu.

"sudah!"teriaknya.

"kamu dah tangkap saya.tapi kamu tak akan dapat geran ini!"

sambil sebelah tangan memaut tali.durham mulai membuka ikatan kotak di pinggannya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience