Bab 57 (tamat)

Detective Completed 4051

bapa tersenyum.

"ya,ada.seluruh rakaman itu berbunyi begini:

"pasukan penguatkuasa undang-undang di negeri ini amat kuat.orang-orang ini tak boleh dikalahkan.menyerahlah.kembalilah ke pangkuan masyarakat dan janganlah lagi memikirkan bahawa jenayah mendatangkan faedah!"

"bapa tak tahu siapa yang mencuri pita rakaman itu.tapi kamu berdua dah selesaikan misteri ini.pita itu memainkan peranan yang penting dalam usaha menyakinkan kamu berdua.syukurlah mereka tak berjaya melemahkan semangat kamu berdua untuk menyelesaikan kes ini."

"pada mulanya kami terpedaya juga,"kata faruk.

"kami sangka bapa berada di dua tempat dalam satu masa."

"ya bila bapa dengar tentang gambar yang di curi itu.nyatalah ada orang yang menyamar seperti bapa dan masuk ke dalam loji-loji percubaan untuk membuat pengkhianat.jadi bapa berusaha mencarinya."

"bapa tak mahu orang tahu di mana bapa berada.jadi bapa minta kerani di hotel itu menrahsiakan perkara itu dan juga mata-mata gelap yang kamu suruh cari bapa itu.bapa tak mahu membiarkan sesiapa jua tahu rancangan bapa,"jelas encik hadi.

"kita boleh bincangkan perkara ini di rumah nanti faruk,johar.sekarang ini eloklah kita serahkan orang-orang tawanan kita ini kepada polis."

semasa makan malam cik halimah dan mak cik gayah mendengar dengan penuh minat kisah seluruh misteri itu.

"dari mula lagi saya dah kata durham iti penjenayah!"kata mak cik gayah dengan megah.

"saya dah siasat perkara ini."

dia bangun mengambil beg tangannya lalu mengeluarkan beberapa keping potongan akhbar yang berwarna kekuning-kuningan kerana terlau lama usianya.

"tengok ini,'katanya.

"durham itu memang jahat.pernah sekali dia dipenjarakan kerana menyamar."

"bukti ini sungguh nyata,"puji johar.

mak cik gayah berasa begitu bangga dengan pujian johar itu.tetapi apabila dia membuka mulutnya untuk menyahut kata-kata johar itu, telefon berdering.

faruk bangun menjawab.setelah mendengar beberapa lama dia menletakkan telefon itu semula.

"chandran yang menelefon.johar kamu dan saya mesti pergi ke simpang jelai untuk memberi keterangan mengenai durham dan Philip wong."

keesokan harinya selepas perbicaraan mahkamah dan penjahat-penjahat itu dihukum.ted menjemput faruk,johar dan chandran untuk menghadiri majlis perpisahan.

"jamuan mengikut adat orang asli,"janjinya.

di rumah tok batin,ted membuat satu pengumuman.

"kami dapat tahu datuk chandran dulu pernah menjadi wakil orang asli dan telah menjadi ketua kehormat puak negrito yang tinggal berdekatan di sini.kami kaum ranai ingin memberi penghormatan kepada tok batin Walapatukang yang kononnya bereti:

"makan rusa seekor-seekor."

semua para hadirin tersenyum.

"sekarang chandran,"sambung ted.

"kami harap kamu boleh mengikut jejak datuk kamu,pandak putih."

seekor rusa panggang dibawa dan diletakkan di hadapan chandran.para hadirin di situ ketawa terbahak-bahak.

faruk dan johar dikelilingi oleh hadiah-hadiah yang diberikan oleh orang asli untuk membalas jasa mereka mendapatkan semula geran tanah dan pisau yang bertatahkan batu permata itu.


TAMAT

terima kasih kepada semua yang selalu menyokong novel saya sampailah ke penghujungnya.kalau tersalah bahasa apa yang dikatakan di dalam novel ini saya mohon maaf sangat-sangat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience