1

Family Series 2959

Suci menangis sendirian di belakang rumah. Esakkannya cuba ditahan seboleh mungkin, tidak mahu sesiapun mendengar dia menangis. Dia benci dirinya sekarang. Dia buntu dan mati akal, apa yang perlu dia lakukan sekarang. Dia memandang kebun milik ayahnya, kabur dek air mata yang deras mengalir, kebun penuh dengan pokok pisang dan pokok ubi kayu. Keluarganya hanya hidup bergantungkan hasil kebun yang dijual di pasar sayur. Teringat akan kedua orang tuanya, tangisannya semakin laju.

“aku benci kau Suci..aku benci kau Airil…aku benci..aku benci” jerit batin Suci. Kenapa dan apa sebabnya hanya Suci sahaja tahu. Dia tak ceritakan kepada sesiapapun. Dia tahu itu adalah ugutan yang paling dahsyat dalam hidupnya.

“ Suciiii !..o Suci?!” jerit ibunya dari ruangtamu rumah
Suci cepat mengesat air mata yang masih bersisa. Tiga jam menangis tanpa henti membuat matanya sakit sama dengan hatinya. Suci berlari ke telaga sebelahan pokok pisang dan terus cebuk air lalu mencuci mukanya.

“Laa Suci kat belakang rupanya. Ayah nak jumpa kejap..” jerit ibu setelah melihat kelibat Suci di telaga
“Baik bu” pendek sahaja Suci menjawab
“Suci, tadi ayah terserempak dengan ayah Rahman kat surau, Pak Abu”
------------------
“Kenapa ayah?” tertanya Suci

“hmm..Rahman tanya..boleh ke dia nak nikah dengan Suci?” tenang sahaja Pak Karim menyampaikan hajat Rahman. Mendengar sahaja kenyataan itu Suci terus menangis.
Rahman..Rahman..Rahman…engkau tahu ke gundah hati aku ni?. Macamana engkau tahu aku perlukan seseorang buat masa ini. Sudah aku diugut oleh Airil tiga jam yang lalu. Engkau pula datang menyapa untuk menikah dengan aku. Rahman…aku sayang kau.. tapi aku bukan baik untuk kau, hanya Airil sahaja siapa diri aku sebenar.

“Ayah…Suci tolak” berat Suci memberi jawapan.
“Betul ke Suci. Ayah tahu Rahman tu tak hebat orangnya. Walaupun tak hidupnya tak mewah tapi ayah sejuk tengok dia. Rahman kan kawan baik Suci…” beritahu Pak Karim
“Ayah rasa…Suci fikir dulu…lagipun elok juga nikah awal..tahun depan Suci sudah 20 tahun” tambah Pak Karim lagi
------------------
Rahman menunggu Suci di warung Mak Penah seperti biasa. Tapi harapannya untuk berjumpa Suci hari ini punah seperti dua minggu yang lalu, sejak ayahnya menyampaikan hasrat hatinya kepada Pak Karim. Gundah, sedih, takut dan semua perasaan bercampur baur.

“Rahman..aku rasa Suci tu tolak la pinangan kau…ikut kepala aku.. aku tak nak tau kawin dengan kawan baik sendiri. Sebab tak romantik. Semua benda dia dah tahu..” bicara Bakar

Rahman hanya diamkan sahaja sambil menelan nasi lemak. Tak rasa seperti pun nasi lemak dilidah. Memang benar dia dan Suci memang berkawan sejak kecil lagi sebab rumah mereka bersebelahan sahaja, mereka berjiran sehingga keluarga Suci berpindah ke kampung lain dan dia perlu datang ke warung Mak Penah untuk berjumpa dengan Suci. Jarak antara kampung tidak jauh, kalau berbasikal melalui jalan pintas sekejap sahaja sampai kampung Suci, Kampung Terus. Lagipun pulau ini tak lah besar dan hanya ada lima buah perkampungan sahaja. Kampung Rahman, Kampung Bukit berdekatan dengan kawasan bukit manakala Kampung Terus berdekatan dengan Sungai Terus yang berpunca dari bukit.

“Rahman..jom pergi kerja..nanti Encik Rohan cari pulak” Bakar tepuk bahu Rahman sambil memanggil anak lelaki Mak Penah untuk membayar nasi lemak dan teh panas.
“berapa Jan?”
“semua sekali dengan Rahman punya lima ringgit..”
“nah..hei Rahman termenung pulak..jom…banyak tau nak sapu kat chalet tu..cepat sikit”
Bakar mengejutkan Rahman dari lamunannya. Ya mereka berdua bekerja sebagai tukang sapu sampah di sebuah Chalet di kawasan pantai pulau itu, Chalet Rohan.
Daun-daun kering disapu satu kelompok. Rahman ditugaskan menyapu bahagian selatan chalet manakala Bakar di kawasan dapur dan kantin. Matahari belum meninggi lagi, dingin kabus dan angin pagi terasa menyapa kulit Rahman. Ketika ralik menyapu Rahman ditegur Encik Rohan yang merupakan pemilik chalet ini

“Rahman...Rahman…” mengah Encik Rahman sambil memanggil namanya
“Betul ke aku dengar kau nak kawin dengan Suci hujung bulan ni?...majlis wat chalet aku?...pastu Mak Penah yang masak makanan nanti?..” tak berhenti soalan Encik Rohan.
“huh?...” bingung Rahman mendengar kenyataan itu
“siapa sampaikan berita yang aku tak pernah dengar ni Rohan..” sememangnya Encik Rohan dan Rahman amat rapat semenjak Rahman menyelamatkan Encik Rohan dari lemas ketika jatuh dari bot tahun lepas.
“tu..ayah kau..Pak Abu...datang jumpa aku semalam malam..katanya mahu buat kenduri..panggil satu pulau...dan aku cadangkan wat kat chalet aku..alang-alang kau nak akad nikah kat masjid sebelah chalet ni ja..”
“Ish..Suci tak balas lagi pinangan aku...mana kau tahu semua ni Rohan..?” Rahman masih belum percaya lagi dengan kenyataan yang didengarinya
“Laa..ayah kau...ayah kau...Pak Abu...tak percaya ke...jom..aku bagi pinjam talipon pejabat..jom...jom..” gesa Encik Rohan sambil menarik tangan Rahman.
--------------------
“Pa..Rahman ni...betul ke Suci mahu nikah dengan Rahman..” apabila mendengar suara Pak Abu dihujung talia, tiada salam tiada apa-apa laju sahaja Rahman menyoal Pak Abu mengenai status pinangannya
“hehe..mesti kamu terkejut kan Rahman...haah betul Rahman, Pak Karim datang rumah semalam..dia kata mahu nikah hujung bulan ni...lagi dua minggu nak persiapan...dan dia mahu buat majlis belah lelaki dengan perempuan serentak..itula pa dah tanya Rohan...dia setuju…”
“pa..betul ni..Suci nak kawin dengan Rahman…” Rahman mahu kepastian lagi sekali, semalam dia tidur di rumah Wan, jadi dia tidak tahu apa-apa cerita.
“iya..tak percaya pulak budak ni..haiii..nanti habis kerja balik rumah...kita susun apa yang perlu buat…”
“Terima kasih pa...syukur pada tuhan...amin...baik pa…”sebaik sahaja Rahman letak ganggang talipon Encik Rohan bersuara
“betul tak?..”
“betul Rohan…”
“haha...tahniah..tahniah...aku dah agak dah..Suci terima punya pinangan kau sejak kau cerita nak nikah dengan dia...dari kecik sampai ke besar tak pernah nak renggang tau...aku nak wat majlis hebat untuk kau...aku sponsor semua…”
“ish..kesitu pula...kita bincang dulu...mana aku tak mampu baru aku minta bantuan kau Rohan…” ceria Rahman sepanjang hari.
-----------------
Akhir bulan Mac tahun 1993 maka tok imam mengijabkabulkan pernikahan antara Rahman dengan Suci di depan empat orang saksi. Rahman riang sahaja sepanjang hari, begitu juga Suci. Semua tetamu dilayan, jamuan dilakukan di taman chalet milik Encik Rohan, Mak Penah sibuk mengarah anak buahnya menghidangkan makanan atas meja, basuh pinggan mangkuk, bunyi muzik lagu kawin memeriahkan lagi suasana.

“Suci..terima kasih sebab jadi isteri Rahman...suka Rahman..”bisik Rahman sambil membetulkan tudung Suci…
Suci tersenyum malu.
“Alahai..malunya Suci Rahman tengok...malu lain harini...walau tiap-tiap hati jumpa..malu ni paling manis…comel..” tambah Rahman lagi
“Rahman! Suci!...” kedengaran seseorang menjerit nama mereka berdua dari jauh. Rahman dan Suci mengalih
“Hei..Airil..waaa…” teruja Rahman melihat kelibat Airil di majlis perkahwinannya. Yela, masa dia talipon Airil untuk menyampaikan berita mengenai perkahwinannya, Airil kata dia sibuk tak dapat hadir.
“Katanya tak dapat hadir?” soal Rahman
“mana boleh, tak datang majlis kawan karib sendiri...aku dari show terus kesini..memandu tak henti tau…”
“terima kasih la...oh..ni isteri aku...jeng jeng...Suci..” gembira Rahman perkenalkan Suci
“hai Airil..Rahman Suci nak pergi tandas kejap..” Suci berlalu selepas menegur Airil. Hatinya mula resah melihat Airil dihadapannya. Kenapa?..kenapa?..kenapa Airil datang?..nak ugut aku lagi ke?..Suci gegas ke tandas untuk tenangkan dirinya.
“ok..”
“ish..kau ni..aku dah kenal dia nak buat drama pulak...dari kecik kau asyik lepak dengan dia..aku kau tinggalkan...haha..siap ada gelaran aku bagi kat dia…’perampas kawan’..”
“hei kau mulut Airil..nasib naik Suci tak dengar”
“Suci tahu la aku panggil dia macamtu..’perampas’...yela..perampas la...kalau Suci tetiba datang masa aku tengah lepak dengan kau..kau laju aja ikut Suci lepak..pastu tinggalkan aku terkapai-kapai...bukan nak ajak sekali..bukan sekali dua...5 tahun perangai kau macam tu”

“haha..kelakar lah kau ni..cemburu ke apa?..yela..Suci kawan baik perempuan..aku kawan dengan dia sejak aku lahir tau...kau tu aku kawan bila kau pindah masuk pulau ni...boleh la jadi kawan baik lelaki aku..ok?...tapi sekarang Suci da naik status...isteri aku...hihi..”
“habis aku ni bila nak naik status?”
“kau nak status apa?”
“suami la…”
“nanti aku carikan kau jodoh…siapa suruh kerja tak henti…”
“ada-ada ja kau ni Rahman…”
“berapa lama kau kat pulau?...”
“aku balik lama...ayah aku minta aku duduk kejap teman kan dia kat kampung..”
“anak ayah lah kau ni…”
“yela..ayah aku kan doktor..jarang ada masa nak berkumpul dengan anak-anak..sekarang ni dia dapat cuti...seminggu rasanya…mak aku pulak dengan syarikat pakaian dia kat seberang tanah tu”
“bagus anak Doktor Arif ni..bagus anak Puan Seroja ni” usik Rahman lagi
“kau ni Rahman..aku tengok comel pulak kau harini..haha”
“hah nak ngusik aku la tu…” tegas suara Rahman
-----------------
Sudah 2 bulan Suci dan Rahman bergelar suami isteri. Mereka menetap di Kampung Bukit, rumah dibina atas tanah pusaka ibu Rahman, tidak jauh dari rumah Pak Abu. Suci menunggu Rahman di rumah sambil menatap bukit bukau yang hijau, sejuk mata dia memandang. Langit semakin merah, tidak lama kemudian ternampak kelibat Rahman sambil memikul beberapa belahan kayu lalu diletakkan di bengkel bawah rumah.

“banyak kayu dapat hari ni bang?” tanya Suci sambil menghulur segelas air.
“tak sangat..abang tak masuk dalam hutan hari ni...abang cari di kaki bukit ja...sebab penat dengan program derma darah kat chalet pagi tadi”
“oh..program ayah Airil tu ke?...berapa lama kempen tu bang?”
“tiga hari..sekejap ja...sebab bukan ramai pun orang pulau ni..yang ramai derma pun tu ha pelancong-pelancong dari luar…”
“Suci tak mahu derma ke?..jom ikut abang esok..alang-alang Suci boleh jumpa Ifah..hantar semua keychain abang ukir minggu lepas tu..abang tak sempat nak hantar...takut Ifah habis stok pulak..”
“jumpa Ifah...hmm..boleh juga lah bang...abang simpan keychain tu kat mana?”
“dalam laci bengkel tu…dah nak maghrib ni, abang nak mandi dulu Suci..”
-----------
Rahman menyapu kawasan beranda di hadapan taman chalet, semuanya ada lima buah chalet. Sekarang 8.30 pagi, dari jauh dia melihat para jururawat dan staff lain sedang menyusun tempat menderma darah di sebuah dewan.

“eh..Ifah!...jerit Rahman apabila melihat kelibat penjaga kios chalet itu membawa beberapa selimut ke dewan.
“uh..oh..Rahman...Assalamuakaikum...kenapa..” Ifah terberenti langkah apabila mendengar namanya dipanggil. Ifah merupakan kawan sekelas Suci dari sekolah rendah, tinggal di Kampung Sisir Pantai.
“nanti Suci datang bawa keychain baru...kalau dia sampai Rahman tak sempat jumpa..boleh bawa dia pergi derma darah..tolong Ifah..”
“oh...tak da hal...boleh...pukul berapa?..”
“entah..Suci pergi seberang kejap harini...jumpa kawan katanya...dalam tengahari sampai lah sini…”
“tengahari...hmmm...boleh...waktu rehat Ifah tu..”
Sekejap sahaja perbualan Ifah dengan Rahman. Tiba-tiba seseorang menepuk bahu Rahman dari belakang
“Rahman...tepi sikit...aku nak lalu tolak troli ni…” tegur Wan
“eh Wan..maaf...aku sembang dengan Ifah..tak dengar pulak kau dari belakang...maat..maaf..”
“tu la engkau..sembang tak ingat dunia...haha…kacau lagi tunang aku”
“Hehe..lupa pula Ifah tu tunang kau...maaf kalau kacau Ifah..banyak ke sampah bilik tu?...” usik Rahman.
“Usik aku pulak laki ni...tak pon..cuma kemas sikit-sikit ja...minggu ni tak ramai pelancong luar negara...jadi kemas sikit la...tak sepah sangat…” komen Wan. Wan pun pekerja di chalet Encik Rohan ni, sebagai ‘maid’. Dialah yang cadangkan Rahman membuat perniagaan keychain.

“kau da derma darah?..” tanya Rahman
“daa..aku darah O…kau Rahman..”
“sama..aku pon O juga…”
“haha..orang pulau ni...semua O ja...pelancong ja aku rasa darah lain...darah masam manis...haha”
---------
“Hai..Ifah..ada nampak Rahman tak?..” tegur Suci apabila masuk kios chalet.
“sampai da kau Suci...lama aku tunggu...Rahman?...aku tak nampak pulak tengahari ni...pagi tadi sempat tegur..dia pesan..teman kau derma darah..jom Suci...alang-alang aku nak tutup kedai kejap..”
“laa yeke...aku ingat...Rahman nak derma darah sekali dengan aku..kejap..nah ini...50 keychain…”
“ohh..nasib baik kau ingat...aku lupa kot...aku ingat nak ajak kau pergi derma darah ja…” mengaku Ifah sambil mencari sesuatu di dalam laci.
“nah..ini 100 ringgit...selesai ya jual beli ni..”
“terima kasih Ifah..”
“jom..nanti dewan nak tutup..tak sempat nak derma darah…”
“kau darah apa Ifah?...aku O”
“laa...kau ni Suci...orang pulau ni semua O...aku pon O..”
“mana kau tahu…”
“dulu masa nak masuk sekolah menengah..aku tanya Doktor Arif..”
--------
Suci keluar daripada dewan setelah selesai menderma darah. Kelihatan kelibat Rahman di bangku luar dewan sedang bersembang dengan Ifah. Dia menghampiri mereka berdua.
“bang..” tegur Suci
“Suci...baik tak ni?...duduk dulu...Ifah kata lepas derma darah kena rehat...cari tenaga sikit...baru boleh jalan…”
“da bang...tadi kat dalam...Suci dah minum milo dengan biskut...jom bang..Suci nak balik…”
“Suci lupa ke...abang kena solat jumaat...daa pukul 1 ni...Suci balik dengan Ifah...Ifah kerja separuh hari ja...boleh Ifah?..” tanya Rahman kepada Ifah
“boleh...rumah sebelah kampung ja...jom Suci..”
“terima kasih Ifah...nanti minggu depan..aku hantar keychain banyak lagi...haha...eh dah azan...nak pergi masjid dulu…” Rahman gegas keluar dari chalet. Kemudian dia ternampak Wan jalan berseorangan, ditegur Wan lalu mereka beriringan bersama ke tempat wuduk
-------
Selesai memberi salam Rahman mencari kelibat Wan. Tiada. Mungkin sudah keluar. Rahman keluar dari masjid sambil mencari selipar miliknya.

“Rahman!..”jerit seseorang dari jauh. Rahman berpaling sambil menyarung seliparnya. Kelihatan Wan dan Encik Rohan berlari mendapatkannya dengan muka serius.
“Rahman...jom ke klinik sekarang...Doktor Arif talipon chalet tadi...Suci pengsan tengah jalan masa balik dengan Ifah…” terang Encik Rohan
“huh?...” bingung Rahman
“cepat laa..tak pa petang ni aku bagi kau balik awal…Wan kau teman Rahman ni” beritahu Encik Rohan. Mendengar sahaja izin dari Encik Rohan. Rahman patas berlari masuk ke chalet mendapatkan basikal yang diletak bawah garaj begitu juga Wan.
Rahman mengayuh laju menuju ke klinik Doktor Arif. Satu-satunya klinik di atas pulau ini. Hospital semua di seberang.
-------
Rahman tersenyum apabila melihat Suci makan bubur. Gembira dia apabila mendapat tahu isterinya sedang mengandung.
“Suci..Suci..Suci sayang...sayang Suci…” bibirnya tak habis-habis mengungkapkan ayat yang sama sambil mengusap perut isterinya
“Tak sabar nak jadi ayah..hihi..” melebar senyum Rahman.

Sejak tiba di klinik bersama Wan, hati Rahman bagaikan mahu terkeluar apabila melihat isterinya terbaring separuh sedar. Setelah mendapat penjelasan dari Doktor Arif baru lah hatinya tenang sedikit. Dia ikut sahaja apa cadangan Doktor Arif, dari ambil sampel darah, ujian kencing sampailah IV terapi, janji isterinya masih bersama dia.
Suci lucu melihat gelagat suaminya. Dia memandang wajah seri sang suami. Moga anak ini memberi kebahagian kepada mereka berdua.

“Abang nak air…” senyum Suci.
“hihi...Suci comel...kejap ea...abang tanya misi…” Rahman berlalu menuju pintu keluar. Sebelum dia memulas bilik daun pintu terkuak terlebih dahulu. Kelihatan wajah Doktor Arif. Riak wajahnya pucat. Sepertu sesuatu yang teruk sudah berlaku
“Rahman!!!!...Suci!!!..Astaghfirullah!”
“Kenapa Doktor?” tanya Rahman
“Doktor rasa kamu berdua perlu ke seberang sekarang. Pak Karim, Pak Abu, Mak Kasih dan Mak Anis kemalangan...sekarang mereka di hospital besar seberang…”Doktor Arif menyampaikan berita berat kepada pasangan suami isteri itu.
“Doktor bohong?...mak ayah kami berdua ada di rumah. Tak beritahu pula mahu ke seberang.
“Airil tak beritahu kamu ke?. Harini dia bertunang. Jadi mak ayah kamu berdua tolong wakilkan Doktor untuk melihat majlis sebab Doktor sibuk dengan kempen derma darah di pulau.”
“Airil...tunang...apa ni Doktor?...semua tipu!!!!” bengang Rahman.
“Rahman tenang..tenang..Doktot saran kamu berdua ke seberang segera...Airil kata keadaan tenat..Suci cepat...Rahman cepat..” tegas Doktor Arif

Suci, Rahman, Doktor Arif keluar dari bilik rawatan. Mereka mendapatkan Ifah dan Wan. Doktor Arif menceritakan apa yang sudah berlaku. Ifah dan Wan turut terkejut mengenai hal kemalangan, tetapi mereka tahu akan hal majlis pertunangan Airil. Doktor Arif mencadang naik keretanya untuk ke jeti bot.

Rahman dan Suci tak henti bertasbih. Mengharapkan segala baik tiada sebarang buruk yang berlaku. Baru sahaja berita gembira Suci mengandung tiba-tiba keceriaan mereka ditarik sekelip mata dengan berita kemalangan kedua orang tua mereka. Apakah ini semua, hanya tuhan sahaja tahu.

#bersambung#

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience