9

Family Series 2959

Sudah hampir setahun mereka berlima berkawan. Airil sudah tidak agresif seperti pertama kali mereka berjumpa. Segala kelakuan, perhubungan dan bicaranya semuanya nampak baik dan tidak keterlaluan. Semua kerana Rahman. Sekarang musim peperiksaan. Hari ini ujian sejarah. Meja Airil bersebelahan meja Rahman.  

Airil membaca soalan subjektif.

Siapakah pengasas Seberang dan Pulau?... Airil menulis nama seseorang ‘Rahman’ kemudian dipotong ditulis jawapan sebenar ‘Aliy Ferta’. Dia ketawa seorang diri kemudian berpaling ke arah Rahman yang khusyuk menjawab soalan.

Dia beralih ke soalan seterusnya.

Senaraikan satu mitos terkenal pada zaman pembentukkan Pulau?... Airil menulis sekali lagi tanpa berpikir panjang.. ‘Rahman Handsome’. Dia ketawa lagi seorang diri. Bukan dia tidak tahu jawapan sebenar. Mitos Pulau sangat popular dalam negara ini dan kebanyakkan percaya mitos itu benar.

Rahman tidak peduli dengan jawapan yang baru sahaja ditulis. Sampailah cikgu meminta mereka semua berhenti menulis.

----------------------------------------------

Airil menghampiri Rahman yang sedang mengulangkaji pelajaran ditempat mereka selalu memancing. Dia duduk sebelah disebelah tanpa menganggu Rahman. Saja dia hendak duduk diam-diam ditepi Rahman. Rahman pula membiarkan sahaja apa yang dilakukan oleh Airil. Sejam mereka berdua menyepi. Tak seorang pun berganjak dari tempat duduk masing-masing.

“Rahman bila engkau nak kawin?” soal Airil tiba-tiba.

“Er… kita budak lagi… “ jawab Rahman seakan pelik dengan pertanyaan Airil yang jauh kehadapan.

“Bila engkau boleh bagi jawapan?”

“Er… aku kawin bila aku rasa aku nak kawin la… “jawab Rahman acuh tak acuh.

“Ok… aku ingat… bila rasa nak kawin “

Rahman memandang Airil pelik. Tapi Airil tidak peduli dia terus menguis tanah dihadapannya dengan jarinya.

“Kotor la… “ nasihat Rahman.

“Tak pa… bukan darah pun.. tanah ja… “ balas Airil.

“Airil jangan main-main dengan darah… mudah ja kau sebut darah“ teringat Rahman peristiwa pada awal perkenalan mereka.

“Ok… aku ikut cakap kau… “balas Airil dengan senyuman. Semua apa Rahman mahukan akan diturutkan.

----------------------------------------------

Hari ini merupakan hari terakhir mereka bergelar sebagai pelajar sekolah menengah. Mereka berlima berkumpul di puncak air terjun. Katanya hendak membincangkan hal masa depan masing-masing. Tapi, hanya merancang sahaja akhirnya semuanya lupa dek kerena seronok bermandi-manda.

“Rahman!... sini lah tolong aku… “ panggil Airil dari jauh. Hanya Airil sahaja berada dikawasan cetek. Ini semua kerana Airil tidak tahu berenang.

“Tak nak… “ Rahman mengusik.

“Rahman… sini… bawa aku ketengah… tolong” rayu Airil.

“Tak nak… minta Wan tolong… “ usik Rahman lagi sambil menggunakan nama Wan.

“Aku pula… Rahman kau pun tahu. Airil nak engkau sahaja. Dengan aku… kirim salam… di tendang adalah… “ balas Wan yang berenang disebelahnya.

“Rahman!” jerit Airil lagi apabila melihat Rahman semakin jauh ke tengah.

“Rahman! Aku terjun ni!” jerit Airil lagi. Dia cuba mendapatkan perhatian Rahman. Tapi tidak dipeduli oleh Rahman. Dia teringin berendam dalam air tapi dia takut.

Airil berdiri dari duduk. Dia cuba berjalan kedalam air perlahan-lahan. Terasa batu dikaki tajam dan ada yang licin. Bila terasa hendak jatuh dia duduk. Air terjun deras mengalir seperti memukul-mukul kakinya.

“Rahman!” nama Rahman dipanggil lagi.

Rahman masih tidak endahkan panggilan Airil. Dia terus bermain ditengah-tengah air terjun. Airil kecewa. Dia naik semula ketebing. Mengasingkan diri dari kawan-kawannya termasuk Rahman.  

---------------------------------------------------------  

Rahman dan Wan risau hendak mati. Mereka berdua meredah kawasan sekitar air terjun. Airil hilang. Dia hilang tanpa pengetahuan mereka berempat. Suci dan Ifah diminta mendapatkan bantuan penjaga air terjun dibawah.

“Rahman… Airil pergi mana?... “ soalan yang sama berkali-kali Wan tujukan kepada Rahman.

Rahman tidak dapat soalan Wan. Dia merasakan kehilangan Airil adalah disebabkan dia. Dia tidak pedulikan Airil sejak mereka tiba disini. Dia biarkan Airil ditebing walaupun diminta oleh Airil berkali-kali untuk berenang bersama.

“Engkau rasa… Airil masuk tak kawasan Istana?” soal Rahman kepada Wan apabila melihat satu laluan kecil yang ditandai dengan kain kuning. Kawasan larangan untuk siapa-siapa dinegara ini.

“Ish… kawasan larangan tu… Airil tak bodoh Rahman. Dia belajar sejarah kot. Kalau dia langgar kawasan kuning tak pasal-pasal makan sumpah Aliy Ferta”

“Kan…tapi aku risau la “ Rahman cuba yakin kan dirinya.  

“Kau jangan Rahman… nak masuk Istana ke?” soal Wan, dia takut apa yang dia syak itu betul.

“Haah… “

“Rahman… kita tunggu Suci dan Ifah dulu… masuk Istana main dengan nyawa tau“ Wan cuba memberi langkah selamat dahulu.

---------------------------------------------------------

Puan Seroja mundar-mandir diruang tamu rumah Ibu Anis. terkejut mereka apabila mendengar Airil hilang di air terjun. Puan Seroja tahu anaknya tidak pandai berenang, mustahil Airil berani bermain seorang diri didalam air. Lagi pun tiada berita pun menyatakan seseorang lemas. Rahman turut menjadi serba tidak kena. Dia asyik menyalahkan dirinya secara diam. Dadanya terasa sesak.

Mereka menunggu berita dari suami mereka. Doktor Arif, Pak Abu dan orang kampung berusaha mencari Airil. Dari puncak air terjun hinggalah keseluruh pulau. Hari hendak gelap. Matahari semakin menurun dan langit merah jingga.

“Rahman… Rahman… “ kedengaran suara Pak Karim mengah memanggil Rahman.

Rahman yang mendengar namanya dipanggil segera keluar rumah. Dia mendapatkan ayah Suci dengan penuh harapan, membawa berita mengenai Airil.

“Pak Karim… jumpa dah ke Airil?” laju sahaja soalan itu ditanya.

“Dah… dah… jumpa… tapi kamu kena pergi sana… cepat sebelum dia buat hal… “

“Dimana?... “ soal Puan Seroja.

“Depan pagar Istana… “

“Istana!... “ terkejut Ibu Anis.

“Rahman… cepat… cepat… cepat… sebelum Airil masuk Istana… “ gesa Ibu Anis.

-----------------------------------------------------

Airil berdiri diatas tembok Istana yang tinggi tanpa alas kaki. Dia hanya berkaki ayam. Selipar ditinggalkan di kawasan air terjun. Dia melangkah beberapa tapak kemudian dia duduk. Tak lama kemudian dia bangun berjalan lagi diatas tembok, bila penat dia duduk sambil menghayun kakinya.

Dia nampak gembira. Tapi orang kampung dihadapannya gelisah dan risau teramat sangat. Mereka takut sekiranya Airil jatuh dari tembok tinggi itu. Kalau jatuh diluar kawasan Istana mereka bersyukur. Tapi jika Airil jatuh dalam kawasan Istana, hanya pada Tuhan sahaja mereka bertawakkal untuk menyelamatkan Airil.

“Airil… anak ayah… turun nak… “ Doktor Arif cuba memujuk anak tunggalnya. Airil menggeleng.

“Airil, turun Airil… “ pujuk Pak Abu pula. Airil menggeleng lagi.

Setiap mereka yang berada dibawah berusaha memujuk Airil. Tapi semuanya tidak mahu didengari oleh Airil. Dia masih bermain berdiri dan duduk diatas tembok Istana. Matahari mula hilang. Kawasan menjadi gelap gelita. Orang kampung menjadi gelisah.

“Mana Rahman ni Pak Abu?” soal Doktor Arif kepada Pak Abu, ayah Rahman.

“Dah minta Pak Karim panggil Rahman di rumah…. Hah itu mereka… “ lega mereka berdua apabila nampak tubuh Rahman dengan Pak Karim.

“Rahman pujuk Airil turun. Dah gelap ni. Nanti Istana menyala dah tak sempat dah… cepat sebelum bulan jadi terang“ beritahu Pak Abu.

“Haah… Rahman… cepat… “ gesa Pak Karim juga.

------------------------------------------------

“Airil… “ panggil Rahman. Dia mendongak sambil tangan menyuluh lampu suluh kearah Airil.

Airil yang kenal dengan suara Rahman mencari Rahman diantara semua orang kampung dibawah. Dia tersenyum melebar.

“Rahman… “

“Turun…”

“Tak nak… “

“Kenapa?... “

“Engkau tak nak mandi dengan aku…”

“Airil!... jangan jadi budak-budak… turun sekarang!” tegas Rahman. Alasan apakah itu. Seluruh orang kampung menjadi bengang.

“Tak nak… “

“Bila engkau nak turun?… aku mati baru kau nak turun?… “ ugut Rahman.

“Tak!... Tak!... Rahman tak boleh mati… “ bebelan Airil masih didengari oleh semua orang.

“Turun sekarang… “ tegas Rahman lagi.

“Tak nak… “ degil Airil.

“Okay… malam ni tidur sini. Tak boleh tidur rumah aku… “ Rahman cuba mengugut lagi.

“Okay… “ balas Airil berani menandakan ugutan Rahman tidak berjaya.

“Airil!... engkau nak apa?” buntu Rahman.

“Mandi dengan aku… “ akhirnya Airil memberitahu keinginan sebenarnya.

“Okay… aku mandi dengan kau. Sekarang turun. “

“Okay… “ setuju Airil dengan mudah.

------------------------------------------------

Doktor Arif, Pak Abu dan Rahman menurut sahaja kehendak Airil. Mereka berempat menuju ke air terjun malam ini. Airil memegang erat tangan Rahman kerana batu-batu disini licin belaka. Manakala Pak Abu dihadapan memimpin perjalanan mereka. Doktor Arif pula berjaga dibahagian belakang sambil menyuluh dari belakang.

“Sini… mandi sini… “ beritahu Pak Abu apabila mendapati kawasan ini selamat.

“Terima kasih… jom Rahman… “ ajak Airil gembira.

“Gila… sejuk… “ Rahman cuba menolak.

“Tak pa… “ Airil tidak mengendahkan alasan Rahman.

“Sekejap ja… “ beritahu Rahman sambil memegang erat tangan Airil. Mereka berjalan memasuki kawasan berair.

“Arghhh… sejuk!” Rahman menjerit kecil. Airil pula tersengih kesukaan.

Pak Abu dan Doktor Arif duduk di satu kawasan. Mereka memerhati Rahman dan Airil dari jauh.

“Pak Abu… aku rasa… Airil tidak boleh sepenuhnya bergantung dengan Rahman… “ luah Doktor Arif.

“Tengoklah… sampai Istana dia pergi… “

“Pak Arif… engkau lagi tahu macamana Airil tanpa Rahman nanti… “ Pak Abu cuba mengingatkan semula mengenai situasi Airil kepada Doktor Arif.

“Tapi… tak kan selamanya Pak Abu… satu hari Rahman akan berkeluarga. Rahman dan Airil bukan boleh kahwin pun… “ keluh Doktor Arif.

“Saya mahu Airil sambung belajar keluar negara… “ tiba-tiba Doktor Arif membuat keputusan mengejut.

-------------------------------------------------

Mereka berempat berjalan beriringan meringiri Airil ke balai pelepasan. Mereka berempat berasa gembira dan bangga dengan tawaran yang diterima oleh Airil. Dia boleh melanjutkan pelajaran di luar negara.  

“Airil tahniah… bertahun disana jangan sisihkan kami… “ nasihat Ifah.

“Rahman!...” sebut Airil, nasihat Ifah tidak dipedulikan.

“Tahniah Airil… “ ucap Suci.

“Ikut aku… “ sebut Airil lagi,  ucapan Suci pun dia tidak dengar.

“Banyak duit kau” perli Wan pula apabila melihat Airil mendesak Rahman.  

“Ikut aku… “ pujuk Airil.

“Airil… kami semua dapat tawaran kolej seberang… bukannya luar negara… “ sampuk Wan lagi sekali.

“Ikut aku… “ Airil mengulang lagi ayat yang sama. Matanya tidak lepas dari memandang Rahman.

“Airil… “ panggil Doktor Arif.

“Ikut aku Rahman… “ Airil mengajak lagi.

“Airil… “ panggil Puan Seroja pula.

“Rahman kenapa kau membisu… “ resah Airil apabila tidak mendengar respon dari Rahman dipegang bahu Rahman kuat.

“Cakap lah… cakap lah sesuatu Rahman… “ gesa Airil.

“No… Rahman shuu… sampai Airil berlepas… “ pesan Doktor Arif.

“Ayah!... “ geram Airil.

“Cepat!... “ panggil Puan Seroja.

“Rahman apa engkau janji dengan ayah aku?” jerit Airil apabila Doktor Arif mula menarik dia masuk kebalai pelepasan.

Rahman tetap membisu. Memang dia ada janji sesuatu dengan Doktor Arif. Kalau ikutkan Doktor Arif dia sendiri tidak dibenarkan datang menghantar Airil. Tapi sebagai kawan, sebagai satu-satunya orang Airil boleh menjadi diri sendiri dia tidak sampai hati melukai Airil yang sememangnya sudah terluka. Walau luka itu bertahun lalu dia yakin Airil masih merasa pedih. Dia, Rahman hanya tempat rehat untuk Airil dalam kehidupan Airil.

---------------------------------------------

Tahun pertama Airil diluar negara, dia terlalu rindukan Rahman.

Tahun kedua Airil diluar negara, dia berkenalan dengan David, dia terlupa akan Rahman seketika.

Tahun ketiga Airil diluar negara, dia ada ‘kawan’ baru yang dipanggil ‘pemutih’

Tahun keempat Airil diluar negara, dia mendapat ijazah dan pulang ke seberang.

------------------------------------------------------

Rahman menunggu ketibaan Airil dijeti. Dah bertahun dia rasa serba salah kerana langsung tidak berhubung dengan Airil. Semua surat Airil langsung tidak dibalas. Bila Airil pulang keseberang waktu cuti dia menghilangkan diri. Kenapa?. Janji dia dengan Doktor Arif adalah satu cara untuk Airil berdikari. Untuk 4 tahun dia berkelakuan sebegitu bagaimana respon Airil apabila melihat dirinya nanti.

Rahman duduk disatu kerusi. Tangannya berpeluh. Benaknya seperti berperang. Perlukah dia berjumpa dengan Airil?.. adakah Airil akan terima kehadirannya?... Airil seperti dahulu ke?... Masih mahukan dirinya.

---------------------

Airil mematikan enjin kereta, dia tidak terus keluar sebaliknya merencana sesuatu. Betul, dia terlalu gembira apabila terima balasan surat dari Rahman seminggu lalu. Surat pertama dari Rahman dipegang dibaca penuh kesukaan. Tapi apabila sampai disatu ayat dia menjuih tidak suka.

'..... Aku akan berkahwin dengan Suci…. ‘

Airil tenung kertas seperti hendak tembus. Kemudian surat itu dilipat semula apabila ternampak Rahman duduk disatu sudut. Sabar menunggu kedatangannya. Sebelum keluar dia menelan sebiji 'pemutih’. Baginya 'pemutih'lah kawan penenangnya. Jika dia kacau dia akan telan lebih banyak. Kadang-kadang tidak sedarkan diri.

“Rahman… “ nama Rahman dipanggil dengan gembira dari jauh

“Ai… Airil…” balas Rahman apabila ternampak kelibat Airil. Bertahun dia tidak berjumpa dengan Airil dan wajah dan susuk tubuh Airil turut berubah. Segak dan tampan. Dia pantas berdiri dari tempat duduknya berjalan perlahan kearah Airil. Wajah Airil gembira… tapi tidak terasa apakah Airil dengan dia.

“Airil… “

“Rahman… “

“Airil?... “ Tanya Rahman lagi.

“Ya… Rahman… aku Airil” beritahu Airil sambil tangannya mendapatkan tangan Rahman yang teragak-agak hendak menyentuh dia.

“Airil… “ panggil Rahman lagi.

“Airil… Ai… a..“ Rahman tiba-tiba sebak.

Air matanya mengalir laju. Laju dan laju. Basah pipi dibiarkan. Segera tubuh Airil didakap kuat. Tidak peduli dengan pandangannya orang yang lalu lalang disitu.

“Airil… Aku rindu kau“ mengaku Rahman jujur.

---------------------------

Airil Dan Rahman turun dari bot setelah tiba dipulau. Airil hanya mengikut Rahman dari belakang sambil mencari basikal entah letak dimana. Rahman serba salah dengan Airil, dia terlupa dimana dia letak basikal.

"Rahman… basikal dulu ke?" Soal Airil niat hendak tolong.

"Haah… Sama ja… Aku lupa letak mana " mengaku Rahman.

"Engkau dengan Suci… bila?"

"Belum lagi… aku baru tanya ayah dia… Suci tak balas apa-apa lagi" terang Rahman.

"Kenapa Suci?"

"Kenapa?" pelik Rahman dengan soalan Airil.

"Aku?... aku tunggu kau lama… “ balas Airil. Tapi bagi Rahman kata-kata itu bagai menusuk hatinya. Langkahnya mati. Airil disebelah turut berhenti.

“Aku… “ Rahman tidak tahu hendak memberi jawapan apa. Betul. Dia abaikan Airil untuk bertahun lamanya. Membalas surat tidak apatah lagi bertemu. Memang Airil menunggu dia selama ini. Bukannya dia tidak tahu. Semua surat Airil memang dia baca cuma tidak dibalas.

Mata mereka bertembung. Airil sedikit tinggi dari Rahman. Lama. Rahman masih mencari jawapan untuk Airil. Airil menunggu.

“Dah la… aku dah jumpa basikal kau… “ Airil mengalah. Bertahun dia mengalah dengan Rahman. Ini bukan perkara baru.

“Huh?”

-------------------------------------------

Suci dan Ifah berjalan gembira disisir pantai. Kadang-kadang mereka berhenti mengutip kulit cengkerang yang menarik perhatian mereka. Beg plastik ditangan hampir penuh. Ini semua gara-gara Ifah yang begitu ketagih membuat kerongsang.

“Ifah… banyak ni… berapa engkau nak buat?” soal Suci.

“La… banyak la… “ beritahu Ifah acuh tak acuh.

“Eh nanti engkau kawin dengan Rahman… aku selit kerongsang aku dalam beg buah tangan boleh?” Ifah cuba mempromosi barang kraf tangannya.

“Ish… engkau ni… aku tak bagi jawapan lagi tau… “

“Hmm… sebenarnya engkau memang nak kan Rahman tu?” usik Ifah.

“Ish… “ marah Suci.

“Ke…. semenjak kerja kat chalet tu engkau ada jumpa orang lain?... mana tau ada mat salleh pikat ke?” usik Ifah lagi.

“ mengarut… jom balik… “

“Haha… jom… jom… aku dengar Rahman jumpa seseorang di seberang… dah balik ke belum dia?” usik Ifah lagi.

“Ish… engkau ni… biarlah Rahman nak pergi mana-mana. Aku bukan jiran dia lagi…” Suci seperti terikat dengan usikkan Ifah itu.

“Sudah… sudah… aku balik la macam ni… malas nak layan hobi engkau petang ni… “ Suci cuba merajuk.

“Ala… Suci aku gurau ja… engkau sorang ja boleh layan hobi aku. Orang lain mana da minat nak buat kerongsang ni… nanti engkau lukis aku buatkan kerongsang yang kau nak “ pujuk Ifah.

“Aku nak bintang… yang istimewa punya“ tambah Suci.

----------------------------

David mengikut Encik Rohan dari belakang menuju ke chalet baru. Asalnya dia mendapat chalet jauh dari pantai, dia minta tukar pindah ke chalet yang mengadap pantai. Dia terbayang semua suasana yang diceritakan oleh Airil ketika mereka berdua belajar sama. Memang lama dia berniat untuk datang ke pulau dan bertemu dengan lelaki bernama Rahman.

Airil maklum dia akan bertemu dengan Rahman, maka perjumpaan mereka terpaksa tunda. Makanya dia makan angin seorang diri. Sesampai sahaja chalet baharu dia terus keluar ke beranda yang mengadap pantai.

Kelihatan dua wanita berjalan-jalan santai sambil mengutip sesuatu di sisir pantai.

“Island girl is beautiful… “ bisik David sambil menelan sebiji 'pemutih'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience