14

Family Series 2956

Airil dan David merancang sesuatu dihadapan Alia. mereka bertiga di kafe chalet. Alia dapat merasakan sesuatu yang tidak kena. Dia kenal dengan Airil dan David semasa belajar di luar negara. Kelakuan dua sahabat itu sangat curiga. Mereka tidak peduli dengan kehadiran Alia.

Alia mengalihkan pandangannya ke arah lobi. Dimana dia bertemu dengan Rahman, Suci dan Wan. tiga sekawan itu seperti menuju ke kioks. Disitu mereka bertemu dengan peniaga perempuan. Seperti kawan mereka juga. Peniaga itu menyerahkan sejumlah wang kepada Rahman. Manakala sebuah beg kepada Suci. mereka berempat gelak seperti kawan lama.

“Alia.. “ panggil David.
“Huh.. hmmm… yup?... “ balas Alia, dia memberi perhatian kepada David.
“Malam ni you ikut I nak.. “
“Pergi mana?”
“jalan-jalan keliling pulau… “
“Airil tour guide kita?... “ soal Alia, dia seakan mengatakan Airil perlu ikut sekali.
“Nope… kita dua sahaja… Airil ada hal lain… “
“Engkau tahu jalan ke?” perli Alia.
“Tak”
“Dah tu?”
“Kita ajak orang sini lah… “
“Who?”
“Rahman.. “ cadang Airil tiba-tiba.
“Nanti aku cakap dengan dia… “ tambah Airil.
“Kalau Rahman follow… Airil mesti follow… “
“Aku ada hal malam ni... “

---------------------

Suci cuba membuka matanya, perit. Kepalanya sakit seperti baru sedar dari pengsan. Dia cuba mencari tenaga untuk bangun dari pembaringan. Dia tidak ingat apa yang berlaku pada dirinya. Dari jauh dia nampak cahaya matahari mencelah di celah-celah tingkap.

“Aku dimana ni?” bisik Suci seorang diri. Kepalanya berat. Dia meraba katil. Tangannya tersentuh sesuatu yang bulat.

“Apa bola putih ni?”

Suci memaksa diri untuk bangun sambil memegang kepala yang sakit. Kakinya terjuntai ditepi katil. Dia melihat sekeliling ruang bilik. Bola-bola putih berselerakkan. Bahkan kerongsang buatan Iffah juga jatuh di merata tempat.

“Ini macam chalet.. “ bisik Suci lagi.

Suci menelan air liur cuba membasahkan tekak, dia terasa kelat. Perlahan-lahan dia bangun dari katil. Sejuk. Badannya terasa sejuk. Dia melihat dirinya.

“Arghhhhhh… “ dia terlanjang bulat tanpa sehelai benang.

“Airil?... “ nama lelaki itu keluar dari mulut Suci apabila ternampak Airil memasuki pintu chalet yang entah dimana dia berada sekarang.

“Hai… dah bangun… “ Airil menyapa dalam sinis.
“Nah amik baju ni… keluar dari bilik ni sekarang!... “ arah Airil.
“Airil… Airil.. Engkau buat apa dengan aku?” Suci memberanikan diri dalam gagap.
“Kau nak aku jujur atau kau nak aku biarkan engkau berimaginasi?” soal Airil sinis lagi.

“A.. A… Airil… ENGKAU BUAT APA DENGAN AKU!” jerit Suci.
“Hei… jangan jerit lah.. Rahman kat bilik sebelah tau… nanti dia bangun.. Tengok bakal isteri dia tidur dengan aku… mana aku nak letak muka?“ balas Airil sambil campak baju ke lantai. Suci segera ambil baju lalu menutup sebahagian badannya sudah lama telanjang.
“Rahman?... Engkau buat apa dengan Rahman?” soal Suci sambil menyarung baju.

“Aku bagi dia bola. Bola putih… aku bagi kau bola putih… aku tidur dengan kau… pastu aku teman Rahman… “ jawab Airil bersahaja.
“Airil… ENGKAU NAK APA DARI AKU DENGAN RAHMAN!... “ marah Suci. digapai bantal berdekatan dicampak ke muka Airil. Bengang. Marah, malu semua rasa sedang bercampur baur. Dia menahan bunyi tangisannya. Rahman dibilik sebelah.

“Aku nak Rahman. Tapi Rahman nak kau. Kau perampas… Aku akan buat Rahman tinggalkan kau… dah KELUAR!... “ Airil menarik kasar tangan Suci. diheret wanita itu keluar pintu. Kelihatan Suci begitu serabai sekali, tapi hatinya puas.

Suci keluar dari chalet nerakanya. Langit, matahari belum tinggi tapi sudah cerah. Jelas dia dapat melihat David sedang menjaga pintu bilik sebelah. David senyum ke arahnya, tapi Suci bencikan senyuman itu.

‘Rahman… selamatkah dia?… ‘ bisik benak Suci. Air matanya tetap mengalir. Ini bukan masa dia risaukan Rahman. Dia.. dirinya sendiri… apa dia perlu buat. Airil durjana.

----------------------------

Rahman terjaga dari tidur. Kepalanya sakit, berdenyut.

“Ah.. “ mengaduh Rahman. Dicari jam pada dinding. Tiada. Dia mula merasakan dia bukan berada bilik tidurnya. Tapi di tempat lain. Dimana?. Di lihat sekeliling. Seperti chalet.

“Chalet?... Ah!... Airil!... “ terkejut Rahman apabila terlihat Airil baring disebelahnya.
“Airil… bangun… dah cerah ni… “ Rahman mengusik lengan Airil yang tak berbaju itu.
“Hmmm… ngantuk lagi… “ balas Airil dalam tidur.
“Engkau tidur.. Aku dah lewat nak jumpa Suci kat warung Mak Penah.”
“Pukul berapa dah?... “ soal Airil dalam tidur lagi.
“Tak tahu.. Macam 7, 8 pagi… aku balik dulu… “
“Ok.. “ Airil masih memejamkan matanya.

Rahman bangun dari katil. Terasa pening berkurangan. Dia merasakan dia terlepas solat subuh. Dia mengimbas semula hal semalam mencari punca sakit kepalanya.

Dia membawa Alia dan David jalan-jalan keliling pulau atas permintaan Airil. Kemudian hantar Alia ke bilik chalet. Kemudian dia hantar David. Terserempak dengan Airil. Airil minta dia teman semalaman. Sepanjang malam mereka berbual lama sambil makan dan minum. Kemudian dia tertidur.

‘Hmmm… aku penat kot sebab tak rehat seharian…’ fikir Rahman.

--------------------------------

Rahman pulang kerumah. Kelihatan ayahnya, Pak Abu dan ibunya, Ibu Anis sedang bersarapan di ruang tamu.

“Pulang juga kamu. Kamu dengan Airil ke semalam?” soal Pak Abu.
“Ya… dia ajak teman… “
“Kamu kerja tak harini?...” soal Ibu Anis.
“Kerja… ada sejam lagi nak masuk keje bu… “
“Rahman… ayah dah sampaikan hajat awak ke Pak Karim dan Ibu Kasih… “
“Ya!... terima kasih ayah… Rahman nak siap-siap jumpa Suci kat Warung Mak Penah… !” Rahman tiba-tiba ceria.
“MasyaAllah anak awak ni Anis… tak sabar benar… “ usik Pak Abu dengan teletah Rahman.

----------------------------

“Ayah…Suci tolak” berat Suci memberi jawapan.
“Betul ke Suci. Ayah tahu Rahman tu tak hebat orangnya. Walaupun tak hidupnya tak mewah tapi ayah sejuk tengok dia. Rahman kan kawan baik Suci…” beritahu Pak Karim
“Ayah rasa… Suci fikir dulu… lagipun elok juga nikah awal… tahun depan Suci sudah 20 tahun” tambah Pak Karim lagi.

2 MINGGU KEMUDIAN

“Ayah.. Suci mahu nikah dengan Rahman… “ beritahu Suci ke Pak Karim. Suci sudah fikir masak-masak. Dia memang tiada ada jalan penyelesaian lain.

Rahman sahaja yang dia boleh percaya. Hendak beritahu Iffah, dia lebih sayangkan maruah keluarganya. Biarlah rahsianya terbongkar dalam kalangan ahli keluarga sahaja. Bila dia menikah dengan Rahman. Rahman, Pak Abu dan Ibu Anis akan jadi keluarganya. Dia tahu Rahman tak akan salahkan dia. Udangan menikah dari Rahman memang datang pada waktunya. Peluang ini takkan datang dua kali. Ini sahaja jalan yang dia ada.

---------------------------

Doktor Arif memaklumkan Suci mengandung 2 bulan. Tapi berita gembira itu tidak lama apabila Doktor Arif memberitahu kematian kedua orang tua mereka berdua.

“Doktor bohong?...mak ayah kami berdua ada di rumah. Tak beritahu pula mahu ke seberang.
“Airil tak beritahu kamu ke?. Harini dia bertunang. Jadi mak ayah kamu berdua tolong wakilkan Doktor untuk melihat majlis sebab Doktor sibuk dengan kempen derma darah di pulau.”
“Airil...tunang...apa ni Doktor?...semua tipu!!!!” bengang Rahman.
“Rahman tenang… tenang… Doktor saran kamu berdua ke seberang segera...Airil kata keadaan tenat..Suci cepat...Rahman cepat..” tegas Doktor Arif
---------------------------------
KENDURI NIKAH AIRIL DAN ALIA
Wan, Ifah, Suci dan Rahman duduk semeja. Satu meja boleh menempatkan 5 orang. Memandangkan Airil dan Alia perlu melayan tetamu mereka layan diri sendiri kerana Suci juga terlibat dalam majlis ini.

“Aku suka makanan kenduri… “ beritahu Wan
“Sebab percuma… “ balas Ifah pula
“Haha.. hihi .. “ ketawa Rahman dan Suci.

Ketika mereka bergurau seorang lelaki datang mengambil tempat di sebelah Rahman. Segak. Seperti seorang usahawan.

“Assalamualaikum.. Saya Johan… boleh tumpang duduk sekali“ sapa lelaki itu.
“Waalaikum… Encik Johan“ balas mereka berempat.

Mereka berlima berbual. Rupanya Encik Johan wakil dari pihak perempuan. Encik Johan baru pulang dari Tanah Teluk singgah ke sini. Bak kata ‘makanan percuma’ disukai ramai.

--------------------------

AHMAD ZUFIRMAN & AHMAD ZUFIR AISH

“Alia dah berapa bulan?... tahu ke lelaki ke perempuan?... tak lama lagi jadi atuk la doktor” tanya Rahman sambil mengusik Doktor Arif.
“Dah 5 bulan… tadi doktor scan katanya lelaki, Rahman… oh ni baju dan seluar Zufir… nampak comel tadi… tu la beli…” jawab Alia.
“Terima kasih Alia… berseri nampak nak jadi ibu ni… nanti ada kawan lah Zufir tu…” balas Rahman sambil tangannya menyambut pemberian Alia. kemudian Rahman meninggalkan dua wanita itu berbual mengenai keibuan.

“Dah fikir ke nak bagi nama apa?... “ tanya Suci sambil mengusap-usap perut Alia

Tapi jauh dari lubuk hatinya, dia merasakan nyawa yang dikandung oleh Alia adalah seperti anaknya sndiri. Terlintas sesuatu yang tak patut dia fikirkan.

‘Zufir akan dapat adik… adik lelaki’

“Airil kata nak sama macam Zufir. Bagi nampak macam kembar… “

Kembar!. Sebaik sahaja mendengar perkataan itu. Tangan Suci terhenti dari mengusap perut Alia. matanya terus tertumpu pada Zufir yang masih kecil.

“Huh!... kembar?... kembar beza 8 bulan?... “ teragak-agak Suci meluahkan rasanya.
“Aish akan jadi adik. Zufir abang Aish… “ ucap Alia.
“Aish?... “ pelik Suci
“Itu nama dalam perut… Aish adalah hidup… satu kehidupan… ``Beritahu Alia.
“Kalau Alia meninggal. Aish akan teruskan hidup. Itu doa Alia setiap kali sebut Aish… “ tambah Alia lagi.
“Kenapa cakap macam nak mati ja Alia… “
“Suci.. Kalau ada apa-apa berlaku pada aku dan Airil. aku nak kau dan Rahman jaga Aish… jadi ibu kepada anak aku” pinta Alia tiba-tiba.

“Alia!... janganlah macamni… “ terkejut Suci.
“Suci… engkau sahaja aku percaya. Engkau tak dapat tangkap ke maksud aku… “ tanya Alia.
“Maksud apa?” bingung Suci.
“AISH AKAN JADI ADIK ZUFIR. ZUFIR ABANG AISH… “ ulang Alia semula.
“Aku tak faham Alia… “ Suci cuba menangkap petunjuk yang diberi oleh Alia.
“Suci… faham betul-betul ayat aku… AISH AKAN JADI ADIK ZUFIR. ZUFIR ABANG AISH… “

Suci menatap wajah Alia dengan penuh tanda tanya. Dia ligat memikirkan segalanya. PAP!. sesuatu terlintas. Mata Suci terbeliak. Dia hendak mengatakan sesuatu, tapi seperti sesuatu tersekat pada kerongkongnya. Segera ditangkap kedua-dua tangan Alia. Alia mendekatkan bibirnya pada telinga Suci. dia membisikkan sesuatu untuk Suci sahaja.

“Malam tu… Alia tak ambil bola putih… Aku dibilik sebelah engkau Suci… bilik lain… Alia sedar “ bisik Alia.

--------------

PUAN SEROJA

Zufir dan Aish bersama Doktor Kamariah ditemani oleh Rahman diluar pintu masuk ICU. Manakala Airil dan Doktor Arif bersama Puan Seroja yang semakin tenat dan tidak sedarkan diri di katil ICU, hanya dibantu dengan bantuan pernafasan. Sekarang waktu melawat. Suci dan Alia hilang berdua di kafe di lobi hospital.

“Rahman… nanti bawa Aish follow up… “
“Keisan saya dengan Aish. kecik lagi. Setahun jagung. Nanti saya pesan dengan Alia dan Airil… “ Rahman melihat Aish berjalan terkedek-kedek mendekati anaknya Zufir.

“Setakat ni belum ada apa-apa tandakan doktor?” soal Rahman pula
“Alhamdulillah… walaupun kanser ni boleh keturunan… tapi syukur Airil tiada. Tapi itulah Doktor Arif minta selalu buat ujian… “
“Tapi kalau ujian positif akan dapat terus ke kanser tu?”
“Kanser ambil masa untuk menjadi kanser… ada cepat ada lambat… ada tak ada pun… dah lah Rahman… tak sedap pulak cakap hal ni depan budak-budak ni “ Doktor Kamariah cuba mengelak.

“Hmm… macamana dengan Puan Seroja… “ soal Rahman ingin tahu.
“Nanti kamu masuk dalam tahulah… Tapi saya tunggu keputusan keluarga… umurnya panjang sempat lihat cucu walau sangkaan saya lebih awal. Tuhan atur dengan cantik untuk Puan Seroja. Semua saya dah jelaskan. Airil masih dengan kamu lagi ke?”

“Tu la… Tunggu giliran nak masuk ni. 2 orang sekali masuk ICU. Bagi Alia dengan Suci masuk dulu nanti. Ya, Airil macam bukan diri dia… Ini pun saya paksa dia datang“ beritahu Rahman. Tapi matanya tumpu ke arah Aish. Hatinya sayu, tapi entah kenapa dia bersyukur Aish masih kecil tak tahu apa-apa, masih dunia mainan bersama Zufir.

----------------------

Suci beriringan dengan Alia menuju ke kafe.

“Alia… “ panggil Suci. kelihatan Alia tidak keruan. Dari tadi Alia kelihatan seperti kosong, tak fikirkan apa-apa.
“Hmm… “
“Aish suka gula-gula apa?” soal Suci.
“Heh… budak tu apa yang Zufir dia suka… lagi-lagi Rahman… “ balas Alia.
“Kesitu pulak. Aku ambil lolipop ni… “ balas Suci dengan usikkan Alia. Tapi betul apa Alia katakan. Budak kembar lebih selesa dengan Rahman.
“Betul apa… diorang lagi suka dengan Rahman. Main-main di bengkel. Duduk rumah kampung. Tak macam kat seberang, suasana semakin muram sejak ibu Seroja tenat setahun lalu. Airil… Airil… aku tak tahu… dia sayangkan sangat ibu. Aku hanya boleh disisi dia.. Teman dia… tapi Suci engkau tahu apa… “
“Tahu apa?.. “ tanya Suci sambil membayar jajan yang dibeli di kauanter.

“Apa janji Rahman dengan Airil?... “
“Janji?... “
“Setiap kali aku melawat Ibu Seroja dengan Airil dan Rahman… Airil selalu beritahu ibu yang ‘Dia ada Rahman… Rahman dah janji dengan dia’... ‘Ibu percayakan Rahman’... kenapa tak percayakan aku sebagai isteri dan menantu dia? “ Curiga Alia.
“Aku tak tahu… engkau ada tanya Airil ke Rahman ke?”

“Jawapan Airil pelik... Dia kata Rahman nyawa dia selepas ibu… Rahman pula beritahu aku yang ibu minta dia temankan Airil setelah ketiadaan ibu… bagi aku jawapan Rahman lagi logik dari jawapan Airil. Rahman janji dengan Ibu Seroja. Bukan berjanji dengan Airil. Ataupun Rahman lupa janji dia dengan Airil… “

“Alia… engkau banyak sangat andaian… risau aku dengan curiga kau yang berlebihan ni… “
“Suci kita berdua banyak rahsia yang tak patut kita ungkapkan. Rahsia kau. Baru setahun aku bersama dengan Airil. Dan kau baru setahun juga bersama Rahman. Engkau tak curiga ke setelah apa Airil buat dengan kau… “
“Alia!... “
“Rahsia kau selamat dengan aku. Aku takut. Takut masa depan aku. Takut masa depan Aish” luah Alia tanpa ragu dia beritahu perasaan kepada Suci tanpa lapik.
“Tapi!... kenapa kau tetap berkahwin dengan Airil setelah tahu apa yang dia lakukan ke aku?” soal Suci tajam.

Tapi pertanyaan Suci tidak dijawab sebaliknya dia membuat satu permintaaan. Permintaan yang sama sejak dahulu.

“SUCI… KALAU BERLAKU APA-APA KEPADA AKU. ENGKAU JAGA AISH… BUKAN AIRIL… “ kata Alia tiba-tiba.
“Alia… engkau jangan buat pelik-pelik. Airil masih sayangkan kau. Masih sayangkan Aish.” pujuk Suci.
“JANJI SUCI. ENGKAU AKAN JAGA AISH.” pinta Alia. kata-kata Suci diendahkan.
“Baik… tapi kalau betul-betul Airil tu teruk seperti apa yang kau andaikan.” balas Suci.

-------------

Doktor Arif dan Airil keluar dari ICU. Doktor Arif mendapatkan sahabatnya Doktor Kamariah. Manakala Airil mengambil Zufir dibawa ke dalam dakapannya. Aish dibiarkan. Rahman pelik, segera didukung Aish pula bila budak itu minta didukung.

“Ibu macamana?” soal Rahman.
“Sama. tak sedarkan diri. Engkau nak masuk ke. Aku jaga kembar.” tawar Airil.
“Tak. bagi Alia dengan Suci masuk dulu. Panjang umur dah sampai.” beritahu Rahman apabila terlihat kelibat Alia dan Suci.

“Beli apa?” tanya Rahman kepada Suci
“Roti… gula-gula… air kotak… eh… kenapa Zufir dengan Ayah Airil?” beritahu Suci sambil menghulur tangan dapatkan Zufr dari dakapan Airil. Sebenarnya dia tidak selesa dengan Airil.
“Tak. Kau berdua masuk dulu. Biar kembar kami jaga.” beritahu Airil sambil melarikan sikit Zufir dari Suci.

“Huh… baik..“ pelik Suci.
“Jom Suci… daftar nama dulu kat kaunter.. “ ajak Alia.
“o..o..oh… “ gagap Suci sebentar.

-------------

Suci dan Alia menuju bilik ICU 4 dimana Puan Seroja ditempatkan. Belum sempat mereka tiba kedengaran bunyi penggera mesin kuat dari ICU 4. Jururawat bertugas yang berada di hadapan bilik segera masuk, kemudian menjerit meminta tolong. Suci dan Alia terkilan.

Mereka berdua perlahan menapak ke tepi dinding. Lain pula dengan pegawai kesihatan lain. Mereka berlari pantas menolong ni ICU 4. Tak lama kemudian kelihatan Doktor Kamariah datang tergesa-gesa. Sekilap mata ICU 4 ditutup dengan langsir.

Innalillah… Puan Seroja meninggal dunia.

-------------

Airil dan Rahman keluar dari tanah perkuburan menuju ke parkir kereta. Alia dan Suci masing-masing melayan kerenah Zufir dan Aish yang kotor bermain tanah. Marah mereka berdua kepada kembar.

“Hehe… “ Rahman merasakan situasi itu agak lucu.
“Kenapa?.. “ soal Airil
“Kembar… lucu… macam tak pernah jumpa tanah… “ balas Rahman.

“Rahman duduk dengan aku… tinggal dengan aku… “ pinta Airil tiba-tiba.
“Ish… rumah aku kat pulau.. Bengkel aku kat pulau… “ Rahman cuba mengelak.
“Aku pindah pulau… “ balas Airil tanpa sebarang ragu-ragu.
“Huh?... “ pelik Rahman.

“Airil.. Engkau ada Alia… ada Aish… “ balas Rahman sambil terus menghidupkan enjin kereta miliknya.
“Aku tak da engkau… Rahman… kenapa?... sebab aku ada Alia… sebab aku ada Aish… engkau tak nak aku… ?”
“Airil… apa kau cakap ni… dah aku kena balik pulau. Encik Johan nak jumpa aku. Engkau balik rumah.. Teman ayah kau… dia perlukan kau lagi dari kau pindah ke rumah aku… “

Suci dan Zufir berlari keanak-anakkan setelah dipanggil oleh Rahman. Begitu juga Alia dan Aish mendapatkan Airil.

Tapi sambutan dari Rahman dan Airil terhadap isteri dan anak mereka berlain reaksinya.

Rahman senyum melebar apabila Suci dan Zufir berlari kearahnya.

Tapi…

Airil tidak senyum dan mukanya jelas menunjukkan perasaan tidak suka apabila Alia dan Aish datang menghampiri dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience