3

Family Series 2956

“Airil..Suci…” Doktor Arif menyebut nama mereka satu persatu.

“Pa…” gagap Airil. Suci masih terkejut matanya tak terlepas memandang Doktor Arif.

“Apa kamu dan Suci rancang ni?...” soal Doktor Arif.

“Airil...ingat...kalau apa-apa berlaku kepada Rahman...hidup kamu jadi pertaruhan…” Doktor Arif seperti memberi amaran kepada anak lelakinya.

“Pa…” belum sempat Airil menghabiskan ayat Puan Seroja datang.

“Abang...keluarga belah abang dah sampai...jom…”

“Oh… kejap..nanti abang datang..Seroja layan mereka sekejap..”

Sebaik sahaja Puan Seroja berlalu. Doktor Arif memandang Airil dan Suci dengan penuh makna dan tanda tanya. Dia risau dan bimbang...ada apa antara mereka berdua?...Rahman?..

“Airil...jumpa ayah lepas semua selesai…” Doktor Arif terus berlalu dan tanpa berkalih lagi. Airil dan Suci termati kata. Kedua-duanya gelisah.

“Hei..Airil...engkau jangan pecah mulut...walau sepatah…” Suci memberi amaran kepada Airil. Hanya itu sahaja sempat dia berkata sebelum Rahman mendapatkan mereka berdua.

“Suci.. abang dah berbincang dengan Puan Seroja...Suci boleh kerja dengan Puan Seroja. Tapi teman Puan Seroja di rumah sementara abang cari rumah sewa...lagi pun Airil akan pindah dari rumah ni..jadi Suci tak perlu risau...betulkan Airil kau nak hidup dengan Alia kat rumah lain?..” soal Rahman kepada Airil.

“Ah...ya..” gagap Airil. Tapi pada masa yang sama hatinya gembira. Suci akan berada di depannya pada kebanyakkan masa selepas ini.

-------------------------------------------------------------------------

Sudah 3 bulan Suci bekerja dengan Puan Seroja di syarikat pakaian milik wanita bekerjaya itu, Seroja Sdn. Bhd. Berdekatan sahaja dengan rumah Puan Seroja dan Doktor Arif. Suci menyusun fail-fail ke dalam rak mengikut susunan huruf dan penanda warna. Buat masa ini, Suci hanya boleh membuat kerja dalam pejabat, hendak turun padang memang dia tak larat seperti pertunjukkan atau peragaan baju. Seorang wanita menghampiri Suci.

“Suci...Puan ada?...dia ok tak hari ini?...” soal Monny, seorang model syarikat ini.

“Rasa macam tak sesuai juga hari ini Monny. Puan arah tiada siapa boleh jumpa hari...kesian kau...nak perbaharui kontrak...sekejap...Suci tengok semula..” Suci cuba membantu Monny. Kalau kontraknya tamat, maka Monny tidak boleh jadi model untuk syarikat ini lagi.

Dia mengetuk pintu pejabat Puan Seroja. Tapi tiada jawapan, Suci memulas tombol pintu. Tiada sesiapa di dalam pejabat. Suci masuk ke dalam untuk melihat sekeliling.

“Astaghfirullah...Puan!...Monny tolong!” terkejut Suci apabila melihat Puan Seroja terkulai di atas lantai dibalik meja kerjanya. Monny yang mendengar jeritan bantuan terus meluru masuk ke dalam pejabat milik Puan Seroja. Dia juga turut terkejut.

“Suci...er...er...nak buat apa ni?...” soal Monny.

“Er...er...talipon Doktor Arif…atau ambulan” cadang Suci.

---------------------------------------------------------------------------

Doktor Arif melihat isterinya yang tidak sedarkan diri terbaring atas katil hospital, sengaja dia menempatkan isterinya di bilik VIP. Bersamanya Doktor Azri, sahabatnya sefakulti sejak mereka di universiti lagi.

“Seroja sakit, Arif…kanser dulu muncul semula” beritahu Doktor Azri

“Hmm...aku tahu…” mengaku Doktor Arif.

“Lepas tu..kenapa kau tak pujuk dia ambil rawatan?” tanya Doktor Azri

“Kau tahu kan...penyakit dia lagi satu tu...puas aku pujuk…”

“Hmmm...masih macam tu lagi ke perangai dia, Arif? “ soal Doktor Azri lagi

“Masih… tapi Seroja beritahu aku awal-awal lagi...ini bukan salah aku…aku dengar dia cakap macam tu, sedih Azri...kenapa lah dia tak berubah walaupun aku dah korban untuk kahwin dengan dia” luah Doktor Arif

“Airil..Airil..macamana?..” soal Doktor Azri apabila teringat akan Airil yang mengidap penyakit ‘satu lagi’ seperti Puan Seroja.

“Dia Ok...selagi ada Rahman, aku kurang risau sikit..haha..” hambar gelak Doktor Arif.

“Rahman..nasib baik kau ada Rahman. Bagus keputusan kau bawa Airil ke pulau dulu..”

“Itu lah Azri… tapi aku risau kalau Rahman jauh dari Airil...mereka bukan boleh kahwin macam aku dengan Seroja..”

“Kau gila apa...mereka tu lelaki…haha..” tegur Doktor Azri.

“Itu aku tahu lah Azri...hmm...berapa lama Seroja boleh bertahan?..” tanya Doktor Arif

“Aku tanya pakar kanser...mungkin dalam setahun...sebab belum merebak ke organ penting lagi Arif..”

“Siapa doktor kau rujuk ni...setahu aku, kau ni doktor orang gila…”

“Amboi..sedap mulut kau Arif...memang aku doktor orang gila..aku ada ilmu gak tau penyakit lain...haha...aku letak Seroja bawah Doktor Kamariah..” beritahu Doktor Azri.

“Oh.. Kamariah..aku kenal…”

“Bawa bersabar…. Engkau bincang dengan Seroja dan Kamariah dulu… kalau operation boleh buat… mana tahu… Tuhan itu maha mengasihani…” Doktor Azri cuba memberi kata semangat.

-------------------------------------------

Airil sabar menunggu diluar bilik bersama Alia. dia terpaksa menunggu luar kerana ayahnya hendak sedikit ruang berbincang dengan Doktor Azri. dia kenal sangat Doktor Azri, selain sebagai kawan baiknya, Doktor Azri merupakan doktor peribadinya. Sementara menunggu ayahnya keluar kelihatan Doktor Kamariah menuju kearah mereka dari jauh. Airil bangun dan bersalam dengan Doktor Kamariah.

“Apa khabar Doktor..” tegur Doktor Kamariah.

“Baik...ayah kamu ada di dalam?”

“Ada doktor...dengan Doktor Azri…” balas Airil

“Kamu nampak sihat Airil…”

“Baik..baik sahaja doktor…” beritahu Airil

“Eh...Kamariah?..” tegur Doktor Arif sebaik sahaja dia keluar dari bilik bersama Doktor Azri.

“Hai Arif, Azri..”

“Panjang umur kau...kami baru cadang nak jumpa kau..” jujur Doktor Azri

“kejap...Kamariah...aku nak bawa Airil dan Alia jumpa Seroja…” pinta Doktor Arif.

“Eh tak pa...aku saja lalu sini, ternampak Airil duduk sini...bukan nak bincang apa-apa...kalau ada apa-apa aku panggil kau kat pejabat aku… aku nak pergi dah ni” jelas Doktor Kamariah

“Kalau macamtu aku sambung kerja dekat wad dulu...pergi dulu ya…” Doktor Azri juga meminta izin.

Doktor Azri dan Doktor Kamariah berlalu meninggalkan keluarga itu untuk bersama. Doktor Arif mengajak Airil dan Alia masuk melawat Puan Seroja.

“Pa..kenapa?” soal Alia

“Mak kamu ni..kanser datang semula..” jujur Doktor Arif dengan tenang.

“Pastu pa?...ada ubat tak..” giliran Airil pula bertanya. Dia pernah hadapi keadaan seperti ini dahulu, apabila Puan Seroja di sahkan menghidap penyakit kanser hati buat pertama kali. Tapi untuk kali ini Airil tenang menerima berita ini, tapi hatinya ada sedikit sedih.

“Tak pasti lagi Airil...ayah perlu bincang dengan Dokor Kamariah terlebih dahulu...kamu Ok Airil…”

“Huh?..” bingung Airil sekejap.

“Ada rasa apa-apa?” soal Doktor Arif. dia tidak menyangka reaksi setenang ini dari Airil. Dahulu, pertama kali Puan Seroja menghidap kanser hati, Airil menjadi tidak waras dan tidak ke haluan. Sejak itu baru dia sedar Airil menghidap penyakit ‘satu lagi’.

“Sikit pa…” jujur Airil akan status keadaannya.

“Pergilah jumpa Rahman…” Doktor Arif memberi cadangan.

“He...baik ayah…” suka Airil apabila mendengar nama Rahman di sebut.

Alia yang setia mendengar perbualan ayah dan anak itu syak sesuatu. Sejak dia berkahwin dengan Airil dia merasakan seakan ada orang ketiga antara mereka. Tapi dia tahu itu sangat mustahil. Airil sangat baik, penyayang, kasih dan tiada apa cacat cela. Rupa kacak, badan jejaka melayu tiada apa yang kurang. Airil sangat setia. Tapi… kenapa Rahman?...setiap tindak tanduk Airil..mesti ada Rahman...walau bukan secara fizikal Rahman di hadapan matanya..Rahman mesti ada dalam ingatan Airil. Ini, mak sendiri terlantar atas katil..masih Rahman dalam fikirannya. Pelik Alia. Tapi, Alia masih memendam rasa syak dia buat masa sekarang oleh kerana dia sedang membawa zuriat Airil. Baru berusia 3 bulan.

“Lagi satu Airil...kamu jaga syarikat mak...ayah dah tua...tak macam dulu nak urus klinik dengan syarikat…”

“Boleh..” senang sahaja jawapan Airil.

--------------------------------------------------

Alia memakir kereta di hadapan jeti. Dia melihat suaminya keluar membeli tiket ke pulau. Airil kelihatan ceria dan gembira setiap kali hendak ke pulau. Kelihatan senyuman lebar menghiasi muka Airil sambil mengibas tiket seperti kipas. Alia membalas senyuman itu walaupun dia tahu senyuman itu bukan kerana dia.

“Alia balik dulu...abang nak jumpa Rahman, abang balik lewat harini..” jelas Airil tanpa selindung. Begitulah jujurnya Airil sampai Alia tidak tahu apa salah Airil dan kenapa ...Rahman...Alia sedikit tidak puas hati.

“Baik bang..” balas Alia melalui tingkap kereta.

Airil terus meluru ke kawasan feri. Dia menaiki feri dengan girang walaupun sebenarnya dia baru sahaja melawat maknya sakit di hospital.

--------------------------------------------------------

Rahman melukis sesuatu di atas buku lakaran di hadapan Encik Johan. Mereka berdua berada di bengkel milik Rahman. Semenjak akhir ini Encik Johan kerap melawat bengkel Rahman, dia tertarik dengan usaha lelaki muda ini menyara hidupnya dengan hanya membuat keychain. Dia teruja dengan bakat Rahman sehingga hari ini. Sekarang dia dan Rahman sedang melakukan satu kerjasama iaitu mempromosi keychain rekaan Rahman ke tanah seberang.

“Maksud Encik Johan..Rahman perlu buat dua lubang seperti ini ke?” soal Rahman sambil menunjukkan lakaran lukisannya.

“Hmm...rasa betul dah…” beritahu Encik Johan sebaik sahaja melihat lakaran yang di perbaiki oleh Rahman.

“Rahman...nak tak kamu kerja dengan saya kat seberang…disana semua kelengkapan ada..pekerja pun ada…” ujar Encik Johan

“TAK BOLEH…” satu suara tegas menyampuk dari belakang.

“Airil..” Rahman memandang kawannya yang tiba-tiba muncul di bengkel dia. Rahman pantas bangun dari kerusi mendapatkan Airil. Dia meninggalkan Encik Johan sebentar.

“Bila kau datang?” soal Rahman sambil menepuk dada Airil

“Engkau nak keluar dari pulau ke Rahman?..” soal Airil risau

“Aku tak pikir lagi lah...dah sini aku perkenalkan...ini Encik Johan….Encik Johan ini Airil, kawan Rahman…” Rahman memperkenalkan mereka berdua

“Hai saya Johan…” Encik Johan menghulur tangan untuk bersalam dengan Airil

“Saya Airil… tapi saya bagi amaran...jangan ambil Rahman saya…” beritahu Airil sambil menyambut salam perkenalan dari Encik Johan sebagai dia menghormati orang yang lebih tua darinya. Encik Johan mungkin sebaya dengan ayahnya, Doktor Arif..fikir Airil

“Airil… Encik Johan ni ahli perniagaan… tak da lah dia ambil aku..” tegur Rahman akan sikap Airil.

“Habis?...” bingung Airil

“Dia nak beli bakat aku…” belum sempat Rahman menghabiskan kata Airil memotong

“Aku boleh beli kau, Rahman…”

“Airil!!!... engkau kenapa ni?...” soal Rahman sedikit tegas. Pelik dengan sikap Airil.

Rahman...engkau jangan jauh daripada aku. Tolonglah Rahman. Aku tak boleh berpisah dengan kau. Tolonglah Rahman. Aku waras bila kau ada Rahman. Tolonglah Rahman. Airil seperti mahu menjerit memberitahu Rahman segalanya. Tapi dia tidak berani, dia tidak mahu Rahman anggap dia pelik, aneh atau gila. Kalau Rahman tahu pasti dia akan tinggalkan aku. Dia sanggup buat apa sahaja untuk Rahman, kalau tidak kenapalah dia berani mengugut Suci. Adakah Encik Johan hendak menjadi mangsa seterusnya seperti Suci.

“Mak aku masuk hospital….” helah Airil, dia cuba sembunyikan apa yang ada di hatinya dari Rahman. Rahman terkejut mendengar berita itu termasuk Encik Johan.

“Rahman...saya rasa saya pulang ke chalet dulu..nanti apa-apa saya jumpa kamu semula..” Encik Johan mengalah dan meminta izin untuk pulang. Rahman hanya mengangguk.

Sekarang hanya tinggal Rahman dan Airil di dalam bengkel. Rahman mengemas bengkel yang penuh dengan habuk kayu. Dia mengajak Airil duduk dimeja kerjanya dengan muka simpati. Tapi Airil kembali gembira.

“Kenapa gembira pulak kau ni Airil. Mak kau masuk hospital kot. Tak paham aku..dah duduk sini..cerita dengan aku apa jadi…” arah Rahman dengan serius.

-----------------------------------------------------------

Encik Johan pulang ke chalet sendirian. Dia melihat langit, sudah merah kehitaman. Dia pantas menuju ke lobi apabila merasakan ada rintik hujan menimpa dirinya. Dia menuju ke kaunter setelah terlihat kotak tisu di situ. Kelihatan dua orang lelaki sedang bertengkar dihadapan kaunter dan seorang maid berdiri tegak seperti menunggu arahan dari majikannya.

“I want my night girl ! “ beritahu lelaki berkulit putih itu. Mungkin berasal dari barat

“Sorry sir...we never serve night girl..” lelaki seakan berbangsa India itu memberi penjelasan.

“Last time I came...there is night girl...a beautiful Malay girl…” tambah lelaki putih itu lagi.

“Sir… no..no...we don’t have night girl….no Malay no Chinese no Indian girl…”

“Wait...wait...the name...the name...let me remember the name...hmmm...haha...hmmm…”

“Sir you drank !...let us sent you to the room…”

“nope...I want my night girl....hah...Suci!...the name...Suci…yup..I want Suci…” pinta lelaki itu dalam keadaan mabuk.

Encik Rohan dan Wan yang mendengar nama Suci disebut dari mulut Sir David seakan terkejut. Mata mereka silih berganti dan fikiran mereka ligat memikir sesuatu. Suci dan Sir David?...kenal ke mereka berdua?...eh bukanlah Suci..Suci lain...Tiba-tiba sahaja Sir David rebah di atas lantai sambil mengamit sesuatu yang tak dapat difahami lagi. Wan pantas mendapatkan tubuh lelaki putih itu. Berat dan besar.

“ Wan...hantar Sir David ke bilik…” arah Encik Rohan.

Encik Johan yang melihat situasi itu seakan jijik. Dia tidak suka mereka yang mabuk. Melanggar perintah tuhan yang Esa sesuatu yang tidak patut baginya. Matanya dengan Encik Rohan bertembung. Mereka saling ganti senyuman seperti kenal satu sama lain.

“Ya Encik Johan mahu apa?” soal Encik Rohan kepada pelanggangnya. Dia kenal muka Encik Johan. Ini sudah lapan kali dia melihat Encik Johan datang ke pulau. Tujuannya sama sahaja mahu berjumpa dengan Rahman. Kalau boleh mahu rekrut Rahman bekerja di syarikatnya.

“Hmm...saya nak tisu..basah kena hujan…” beritahu Encik Johan.

------------------------------------------------------------

Rahman dan Airil saling bersalaman setelah selesai solat maghrib di ruang tamu. Airil menjenguk ke luar jendela, hujan rintik menjadi lebat. Airil tersenyum sambil bermain air hujan. Rahman masuk ke dapur mencari uncang teh. Sejuk begini sedap minum air panas, hangat sikit badan.

“Airil...kau tak sejuk ke?” soal Rahman sambil membawa dua mug berisi air teh

“Sejuk..” mengaku Airil

“Dah ku..kenapa main hujan..tutup jendela tu..nanti lantai rumah aku basah..” ujar Rahman

Airil mendengar nasihat Rahman. Dia menutup semua jendela sebelum mendapatkan Rahman di yang sedang bersila atas tikar.

“Nah air teh...kesian kau Airil...Alia tunggu lama nanti…”

“Tak pa...aku dah pesan awal tadi dengan Alia..aku balik lambat...kau jangan risau...aku balik gak seberang nanti..” beritahu Airil.

“Hmm..kau dah ok sekarang?” tanya Rahman. Terkejut dia tadi apabila diberitahu keadaan Puan Seroja. Nasib baik isterinya jumpa Puan Seroja di pejabat. Semakin bertambah rindu dia kepada isteri tersayang.

“Rahman...kau kerja dengan aku ja..tak perlu ikut Encik Johan tu…” ujar Airil.

“Ish..kau ni Airil...cukuplah isteri aku kerja dengan Puan...tak kan aku nak kerja dengan Puan juga?..terhutang budi pulak aku dengan keluarga kau..”

“Apa salahnya...mak ayah aku pun dah anggap kau macam anak mereka…”

“Itu la masalahnya...mak ayah kau baik sangat...ingat lagi Doktor Arif minta keluarga aku pindah...duduk sebelah rumah kau...alahai...masa tu baru berapa minggu aku kenal kau Airil...dah macam-macam keluarga kau bantu keluarga aku…” jelas Rahman.

Pernah sekali Doktor Arif mahu biaya pengajiannya di universiti di luar negara oleh kerana dia tidak mahu Airil keseorangan. Akhir sekali, Rahman tidak sambung belajar termasuklah Airil pun tidak sambung. Walaupun Airil tidak sambung belajar, Airil tetap akan mewarisi perniagaan keluarganya. Tapi Rahman perlu usaha sendiri untuk teruskan hidup.

“Baik...aku jadi jahat...aku berhentikan Suci..engkau kerja dengan aku…” cadang Airil, seboleh mungkin dia mencari jalan supaya Rahman tidak bekerja dengan Encik Johan.

“Airil...engkau ni kenapa?... aku kalau kerja dengan kau...satu habuk pun aku tak pahan pasal fesyen..haha..aku bankrup kan lagi syarikat tu adalah…” lawak Rahman.

“Hmm...macamni...aku jadikan Suci model syarikat aku...kau jadi pengurus Suci…” cadang Airil lagi

“Errrr… apa?..Suci model...Airil...tengok lah perut Suci tu….dah membesar daa...model apanya Airil...haha..” hampir tersembur air teh Rahman.

“Kau tak marah?...jadi...jadi...kalau Suci jadi model..kau kerja dengan aku...betul ni?” gembira Airil tiba-tiba.

“Kesitu pulak...suka hati wat kesimpulan sendiri…”

“Tak… aku tak buat kesimpulan sendiri...aku paksa kau Rahman…” beritahu Airil.

“Hai… kawan aku ni..” mengeluh Rahman dengan sifat kawan dia seorang ini.

-----------------------------------------------

Suci ternganga seorang diri. Dia tidak percaya kenapa dia dihantar ke bahagian pemodelan. Dia bingung seorang diri sambil berdiri ditengah-tengah pejabat. Sebentar tadi, sebelum makan tengahari Airil memanggil dia masuk ke bilik Puan Seroja. Tanpa melihat muka Airil memberi sekeping notis yang menyatakan dia akan berpindah ke bahagian pemodelan.

“Suci...welcome…” tegur Monny

“Er..hehe...terima kasih Monny…” balas Suci teragak-agak

“Mesti kau pelikkan...haha...jangan risau...sini Ok ja…” Monny cuba menenangkan Suci. Walaupun mereka tidak rapat tapi Suci telah membantunya semalam. Pagi tadi Airil memaggilnya untuk memperbaharui kontrak dan dia perlu bantu Suci apabila Suci berpindah ke sini.

“Jom Suci...aku bawa kau jumpa ketua bahagian…” beritahu Monny sambil menarik tangan Suci takut Suci tersungkur. Tak pasal-pasal gugur kandungan pulak

Monny mendapat Tennie, seorang wanita berketurunan cina di bilik solek. Sebaik sahaja terdengar namanya dipanggil, Tennie berpaling. Dia melihat Suci dari atas sampai ke bawah. Oh ini ke perempuan yang Encik Airil beritahu dia pagi tadi. Hmm… cantik…

“Tennie...ini Suci...ahli baru kita…” ceria Monny memperkenalkan Suci kepada Tennie

“Hai.. I’m Tennie…” Tennie menghulur tangan sebagai tanda hormat

“Er..saya Suci..”beritahu Suci

“Kerja you mudah sahaja Suci… sebelum kau jadi model… engkau belajar dulu cara hidup model…” terang Tennie.

“Mo..mo...model..model?..” bingung Suci sebentar

“Bukan saya jadi pembantu ke?” tanya Suci

“Yup...masa you tengah mengandung kau jadi pembantu model-model...tapi setelah kau bersalin engkau jadi model… So, for the time being...belajar make-up diri sendiri dulu..”

“Make-up?” soal Suci

“Yup.. jangan risau… juru make-up akan ajar kau… ataupun model-model sini pun boleh ajarkan… “ jelas Tennie lagi

“Ok girls...let me introduce our newcomer...Suci…” Tennie memperkenalkan Suci kepada para pekerja lain.

“Suci?..what the name Tennie…” seorang juru solek menyampuk

“Hmm.. ok let give a name…” ucap Tennie lagi

Satu Sunny, dua Summer, tiga Suzy, empat Sassy, lima Cici, enam Cutie...macam-macam nama mereka cadangkan

“So, Suci… yang mana you nak?” soal Tennie

“Sekarang ke?” soal Suci kurang pasti

“Yup...you perlu practise dari sekarang… sebab Encik Airil beritahu debut you after you bersalin…” beritahu Tennie lagi.

“er..er..Su...Su...Suzy?” Suci memilih sahaja yang terpancul di otaknya

“Okay done...SUZY ok girls” ucap Tennie lagi

“SUZY...SUZY...welcome…” semua staf seperti bersorak untuknya.

“Hehe…” sengih Suci dalam keadaan segan.

Apakah aku buat sebenarnya?...bingung Suci. Rahman tahu ke?

“You due bila Suzy?” soal Tennie

“huh..er..er...lagi empat bulan...tapi bulan Januari tahun depan dah masuk hospital..” kekok Suci apabila dia dipanggil sebagai SUZY.

------------------------------------------------------------

Airil memandang kalender diatas meja dia. Dia memangkah tarikh hari ini 11/11, dia memangkah sejak bulan September hari itu. Ini kerana, janji Rahman kepada dia, Rahman akan bekerja dengan dia selepas Suci bersalin. Sejak hari dia melawat rumah Rahman dia mengira setiap hari berlalu. Setelah memangkah dia meletak semula markerpen di dalam bekas dan mencapai kot. Hari ini dia perlu jumpa dengan seorang ahli perniagaan dari luar negara. Semua hal syarikat kini dibawah tanggungjawabnya, ayahnya melarang maknya bekerja atas faktor kesihatan. Dia akur sahaja. Airil keluar menuju ke kafe syarikat yang terletak dibawah.

“Hai...sir David..” tegur Airil.

“Hai..Airil…” balas Sir David.

“Come… Tennie already wait for you…” beritahu Airil. Tujuan Sir David hari ini hendak mencari model yang boleh menjadi duta kepada produk kain terbaharunya. Syarikat Sir David merupakan pembekal kain-kain kepada Seroja Sdn. Bhd. Sir David tidak tua seperti yang difikirkan, dia juga merupakan usahawan muda seperti Airil.

“Of course..lets go..” ceria Sir David.

Mereka berdua berjalan diiringi dua orang setiausaha dan seorang rakan kerja Sir David, Madam Huan. Seorang setiausaha Airil, Fauzi dan seorang lagi setiausaha Sir David, Miss Kath. mereka menuju ke bahagian permodelan dimana kebanyakkan model berkumpul disitu. Tennie sudah diberitahu dengan kehadiran Sir David untuk membuat ujibakat mencari duta syarikat Sir David di Asia Tenggara.

“Hello..Tennie...nice to meet you...again…” Tennie menyambut teguran Sir David dengan senyuman.

“Come sir..we may start now...let sit on judge table…” ajak Tennie.

Kelihatan Suci sedang mengatur botol minuman di meja pengadil. Tiga orang pengadil akan mengadili ujibakat hari ini, Airil, Sir David dan Madam Huan. Mereka bertiga duduk lalu menyelak beberapa dokumen mengenai maklumat para peserta di atas meja. tiba -tiba sahaja alas meja pengadil ditarik.

“Arghhh…” Suci mengerang kesakitan sambil rebah ke lantai. Semua terkejut. Tangannya genggam kuat alas meja.

“Suzy..kenapa?” Tennie mendapatkan Suci yang sedang menahan sakit. Tennie merasakn sesuatu basah di tapak tangannya

“DARAH!!!” jerit Tennie.

“Cepat bawa Suci ke kereta I, Tennie…” arah Airil

“Sorry Sir David… I need to grab my car… Suci in pain…” beritahu Airil pendek, pantas kakinya keluar mendapatkan kereta.

----------------------------------------

“Suci…?” Sir David seperti mengingatkan akan sesuatu. Nama yang baru didengarinya seakan biasa baginya. Suci?...I think I know her...bisik Sir David.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience