7

Family Series 2959

Rahman mengusik pipi bayi kecil yang baru berumur seminggu. Hatinya gembira melihat anugerah tuhan itu. Kelihatan Suci sedang rehat setelah penat menyusu anak pertama mereka itu.

“Rahman… apalah di tenung anak engkau tu… jom sarapan… “ tegur Doktor Arif. Ya betul mereka di rumah Doktor Arif, hendak berpantang di pulau tak sesuai kerana Suci masih tidak boleh berjalan kasar. Biarlah menumpang dahulu disini.

“Sekejap lagi doktor… tunggu Airil datang dengan Alia… mereka pergi beli barang budak ni… lagipun tunggu jururawat datang periksa mereka berdua ni “

“ Alah… sekejap ja.. sementara anak engkau dan Suci tidur ni pergilah kejap dapur sarapan… “ pujuk Doktor Arif.

“Rahman!... “ satu suara jerit dari belakang.

“Airil… Alia… bila sampai… tak dengar pon kereta... jom sarapan… doktor ajak “ beritahu Rahman

“Zufir tidur ya Rahman?... nyenyak ja tidur… mesti lepas menyusu… Suci pun penat nampak tu… alahai nanti tahun depan dapatlah dia adik… “ omong Alia sambil mengusap kepala bayi bernama Zufir itu.

Mereka berempat bergerak ke dapur meninggalkan Suci dan Zufir diruang tamu.

“Alia dah berapa bulan?... tahu ke lelaki ke perempuan?... tak lama lagi jadi atuk la doktor” tanya Rahman sambil mengusik Doktor Arif.

“Dah 5 bulan… tadi doktor scan katanya lelaki, Rahman… oh ni baju dan seluar Zufir… nampak comel tadi… tu la beli…”

“Terima kasih Alia… berseri nampak nak jadi ibu ni… nanti ada kawan lah Zufir tu…” balas Rahman sambil tangannya menyambut pemberian Alia.

---------------------

Airil menghampiri Rahman yang sedang berdiri dihalaman rumah. Di tepuk bahu Rahman.

“Termenung jauh Rahman, ingat aku eh?” usik Airil

“Tak de kena mengena dengan engkau Airil… bukan aku fikir… kalau Suci berpantang di pulau tak ada siapa nak jaga dia… aku mesti sibuk di bengkel buat kerja… “

“Engkau duduk lah sini… lagipun engkau nak kerja dengan aku?. Rahman, engkau jangan buat lupa… engkau janji dengan aku… lepas Suci bersalin engkau akan bekerja dengan aku… “ Airil mengingatkan semula janji mereka.

“Tapi Airil, aku bukan biasa hal-hal syarikat ni… “ jujur Rahman.

“Siapa kata engkau perlu kerja teruk-teruk. Aku takkan seksa kau la Rahman… engkau hanya perlu berada dihadapan aku setiap masa sahaja… itu kerja paling penting untuk engkau… “

“Engkau ni Airil… dari dulu asyik kata benda yang sama… aku dan kau bukan jauh pun… jarak bukan tanda kita berpisah… “

“Tapi Rahman… kau pun tahu… engkau penting untuk aku… dan kau tahu… aku tanpa engkau macamana kan? “

“Aku tahu semuanya… rahsia engkau selamat dengan aku… silaturrahim takkan putus walau nyawa terpisah dari jasad… ia akan kekal sampai berjiran di syurga nanti Airil… “ jelas Rahman.

“Aku sayang kau Rahman…” tulus hati Airil menyatakannya.

Rahman yang mendengar hanya tersenyum. Memang dia tahu segala tentang Airil kerana Airil hanya terbuka kepada Rahman sahaja. Orang yang tidak tahu situasi sebenar akan menyangka mereka ini lebih dari persahabatan. Segalanya berlaku sejak pertama kali mereka bertemu di pulau.

-----------------------

TAHUN 1987

Rahman dan Suci jalan beriringan menuju ke kelas mereka. Kelihatan Wan dan Ifah sedang menyapu kelas. Riuh suasana pagi kerana musim penggal kedua baru sahaja bermula. Jam menunjukkan 8 pagi. Rahman duduk di sebelah Wan manakala Suci duduk bersama dengan Ifah.

“Selamat pagi semua… sihat?... seronok cikgu jumpa dengan kamu semua… “ beritahu Cikgu Anis atau ibu kepada Rahman.

“Selamat pagi cikgu… “ Wan sebagai ketua kelas memberi salam kepada Cikgu Anis.

“Alhamdulillah masih cukup anak murid cikgu… tapi hari ini kamu semua ada kawan baru… mari sini….” beritahu cikgu Anis akan kehadiran seorang pelajar baru.

Seorang pelajar lelaki memasuki kelas sambil menggalas beg berwarna hitam. Kepalanya menunduk ke bawah seakan menyembunyikan sesuatu. Kelihatan ayah dan ibu pelajar tersebut tunggu di luar kelas memerhatikan anak mereka.

“Ok… pelajar sekalian… cikgu perkenalkan ini pelajar baru… nama dia Airil… Airil sila perkenalkan diri kamu… “ beritahu cikgu Anis.

“Hai… nama saya Airil… saya asal dari seberang… selamat berkenalan… “ pelajar bernama Airil perkenalkan diri.

“Baiklah Airil… kamu akan jadi sebahagian dari kelas Tingkatan 2 Raya… termasuk kamu… semuanya 11 orang pelajar. Kamu boleh duduk dimana kamu suka dengan pelajar lelaki…”

Airil tidak menuju kearah sesiapa pun. Sebaliknya dia keluar dari kelas mendapatkan orang tuanya. Semua terkejut dengan tindakkan Airil… Kenapa kah?... selang beberapa minit ayah Airil masuk kelas mendapatkan Cikgu Anis. Setelah berbincang antara mereka berdua, kelihatan Airil di bawa pulang ke rumah.

---------------------

Cikgu Anis menunggu Rahman di depan pagar sekolah. Senang jadi cikgu di pulau, anak murid sikit dan beban kerja sebagai guru juga kurang.

“Ibu!... kejap tunggu Suci sekali… dia tengah ambil basikal” beritahu Rahman kepada Cikgu Anis sambil mengayuh basikal ke arahnya ibunya. Memang kebiasaan mereka bertiga pulang sekali kerana mereka merupakan jiran sejak kecil lagi.

“Baik… nanti ibu nak ke klinik… jumpa dengan ayah Airil… dia doktor baru pulau ni…”

“Ibu Anis sakit ke?... boleh ja nak teman.. “ beritahu Suci.

“Tak pa lah… Suci dan Rahman pulang dulu… Ibu Anis boleh pergi seorang diri… “ balas Ibu Anis.

“Jom Suci… boleh ke air terjun lepas ni… Rahman dah ajak Ifah dan Wan… “ beritahu Rahman dengan gembira.

-----------------------

Rahman mengayuh laju ke tempat air terjun untuk menanda tempat mereka berkelah nanti kerana kebiasaannya petang memang ramai akan berkelah di di kawasan air terjun, terutama para pelancong.

Rahman sampai di dua persimpangan, kanan menuju ke ‘Air Terjun Pulau’ satu lagi ‘Istana Aliy Ferta’. Rahman mengambil jalan kanan tapi dia membelok ke jalan kecil yang dikelilingi semak tidak ikut jalan bertar untuk ke puncak air terjun. Sengaja dia memilih hendak ke puncak petang ini memandangkan kawasan puncak kurang orang berkelah. Dia masih belum tiba di kaki bukit, kayuhan di lajukan.

Rahman menekan brek basikal apabila terlihat sekujur tubuh lelaki keluar dari semak. Nasib baik dia sempat berhenti sebelum melanggar tubuh itu.

“Siapa tu?... “ soal Rahman ketakutan. Lelaki tersebut masih menundukkan kepalanya. Kelihatan serpihan kaca di tangan kanannya manakala tangan kiri kelihatan garisan calar torehan, mungkin torehan dari kaca. Rahman yang cepat memahami situasi terus turun dari basikal dan cuba bergelut merampas serpihan kaca itu.

“Engkau gila apa?... “ marah Rahman sambil bergelut dengan lelaki itu untuk merampas. Sambil bergelut Rahman sempat melihat wajah wajah lelaki tersebut.

“Airil?... “ teka Rahman. Airil terkejut, seseorang mengenali dirinya. Segala tindak tanduknya terhenti. Serpihan kaca terlepas dari tangannya.

“Siapa kau?” soal Airil.

“Rahman… kita sekelas… “

“Aku… tak kenal kau… jangan ganggu aku… “ beritahu Airil sambil menunduk untuk mengambil semula serpihan kaca dari tanah.

Rahman bertindak pantas menendang kaca itu masuk ke semak dan menangkap kasar tangan kanan Airil. Mereka bergelut buat kali kedua.

“Engkau ni kenapa Airil!!!... nak bunuh diri ke! nak mati sangat ke!... kalau nak mati langkah mayat aku dulu… jangan mati dalam semak! “ jerit Rahman marah.

Airil berhenti. Mereka berdua berhenti bergelut.

-----------------------------

Airil duduk di bahagian belakang basikal sambil Rahman mengayuh menuju ke klinik. Airil tak berhenti menangis, esakkannya kadang-kadang perlahan, kadang-kadang kuat. Rahman semakin risau dan takut. Dia tidak tahu hendak buat apa, ini kali pertama dia bertemu dengan orang hendak membunuh diri. Sampai sahaja klinik Rahman menarik tangan Airil memaksa masuk ke klinik. Tapi Airil menurut sahaja apa yang dilakukan Rahman ke atas dirinya.

“Doktor… Doktor!!” jerit Rahman.

Doktor Arif keluar dari bilik doktor apabila mendengar seseorang memanggil dia. Ingatkan kecemasan… ya memang kecemasan apabila melihat keadaan anak lelaki tunggalnya yang penuh dengan darah dan tidak terurus.

“Ya Tuhan… Airil… kamu buat lagi ke!” garang suara Doktor Arif. Dia seakan penat melayan kerenah anaknya. Airil pula perlahan menyorok di belakang Rahman. Rahman merasa pelik.

“Kamu siapa?” soal Doktor Arif apabila menyedari kehadiran Rahman.

“Saya Rahman doktor… saya jumpa Airil di semak ke air terjun...” beritahu Rahman seakan ketakutan.

“Kamu gaduh dengan dia ke Rahman?... calar banyak ni” soal Doktor Arif.

“Err… err… saya… saya… “ gagap Rahman. Perlukah dia menceritakan hal sebenar, hal tentang serpihan kaca dan mereka bergelut berulang kali. Belum sempat dia menjawab Doktor Arif bersuara terlebih dahulu.

“Kamu kenapa Airil… nak mati sangat ke?...” marah Doktor Arif

“Airil tak nak mati… sebab Rahman tak mati lagi…” tutur Airil.

“Apa Airil cakap ni?” soal Doktor Arif. Pelik.

“ Rahman, Airil punya… Rahman, nyawa Airil mulai hari ini… bukan ibu lagi… Rahman… “ beritahu Airil seperti nekad dengan keputusannya.

Rahman yang mendengar kenyataan itu semakin takut. Dia merasakan Airil seperti satu ancaman. Bukankah seorang ibu lagi penting daripada orang asing. Takut Rahman. Seram, meremang bulu roma.

----------------------

Airil memasuki kelas Tingkatan 2 Raya. Calar ditangannya ditutupi dengan balutan kain. Doktor Arif tidak bersama Airil hari ini, hanya Airil seorang sahaja. Mata Airil melilau mencari Rahman. Itu Rahman, dia menghampiri Rahman yang sibuk berbual dengan Wan, Suci dan Ifah.

“Hai Rahman” tegur Airil. Rahman berpaling, terkejut dia apabila mendapati Airil dihadapannya.

“Siapa Rahman?... “ soal Wan

“Aku nak duduk sini…” beritahu Airil sambil menunjuk tempat duduk Wan.

“Ni tempat aku…”balas Wan, seakan terkejut dan bingung. Siapakah lelaki ini.

“Rahman… aku nak duduk sebelah engkau… “beritahu Airil lagi sekali.

“Rahman..siapa ni?” soal Suci.

“Rahman!... aku tak kira… aku nak duduk sebelah engkau… kalau tak…” ugut Airil sambil tangannya pantas mengambil pembaris besi diatas meja Rahman dan membuat gaya hendak menghiris sesuatu di tangannya.

“Engkau Airil… jangan buat kerja gila… “ marah Rahman tiba-tiba, tangannya cuba merampas pembaris tetapi tidak berjaya.

“Aku nak duduk dengan engkau… “ beritahu Airil buat kali ketiga.

“Er..er.. Wan… aku tambah satu lagi meja sebelah aku… tiga meja gabung… “ beritahu Rahman akan cadangannya kepada Wan. Tapi tidak menunggu jawapan daripada Wan. Dia terus bergerak mengambil sebuah lagi meja  dan kerusi kosong di belakang kelas lalu disusun disebelah mejanya.

“Engkau duduk sini… bagi pembaris tu “ beritahu Rahman kepada Airil. Kelihatan Airil tersenyum kesukaan sambil menghulur pembaris besi kepada Rahman.

Suci, Ifah dan Wan yang melihat situasi itu sedikit bingung. Apakah? Siapakah? Bagaimanakah?... pelbagai persoalan muncul di benak mereka termasuk rakan sekelas yang lain.

------------------------

Cikgu Anis mendapatkan anaknya Rahman ketika sesi rehat, dia seakan terkejut apabila memasuki kelas Tingkatan 2 Raya pagi tadi untuk mengajar subjek Bahasa Melayu ketika melihat Airil hadir dan duduk disebelah Rahman. Dia hendak bertanya apa yang berlaku sebenarnya, tidak dapat dibendung rasa ingin tahu lagi. Kelihatan Rahman sedang duduk berdua dengan Airil dibangku dihadapan taman sekolah.

“Rahman…” tegur Cikgu Anis.

“Ibu!... “ terkejut Rahman apabila melihat ibunya dibelakang.

“Tak makan ke?... “ soal Cikgu Anis.

“Ibu kau ke Rahman?... Cikgu Anis?... apa khabar cikgu… saya Airil… kawan Rahman… “ Airil memperkenalkan dirinya tanpa diminta. Rahman dan Cikgu Anis terkejut.

“Airil… ini cikgu kelas kita… engkau tak ingat ke tadi cikgu masuk kelas?” soal Rahman

“Aku nak pergi rumah kau… nak kenal dengan keluarga engkau semua… rumah di mana?” soal Airil ceria. Rahman memandang ibunya seperti meminta satu pengertian. Manakala Cikgu Anis memandang anaknya seperti menanyakan sesuatu persoalan.

“Airil datang bawa keluarga Airil sekali… nanti cikgu boleh masak apa yang patut “ pelawa Cikgu Anis.

“Ibu… “ sampuk Rahman sedikit tidak berpuas hati.

“nak menumpang tidur sekali boleh?” beritahu Airil. Lagi sekali Airil membuat Rahman dan Cikgu Anis saling berpandangan seperti tidak mengerti apakah yang difikirkan sebenarnya dalam kepala Airil ini.

“Er… bo… boleh… “ balas Cikgu Anis.

“Ibu… “ sampuk Rahman lagi sekali.

--------------------------

Doktor Arif bersama Puan Seroja terkejut dengan berita dibawa oleh Airil petang tadi sebaik sahaja pulang dari sekolah. Kini mereka sudah sejam berada dirumah Cikgu Anis dan Pak Abu. Manakala Airil sibuk mengikut Rahman dan Suci diluar rumah.

“Maaflah kalau Airil menyusahkan keluarga Pak Abu dan Cikgu Anis… tapi bagi kami berdua… perubahan Airil sangat menyenangkan kami… dah bertahun kami tak lihat Airil segembira ini… “ ujar Doktor Arif

“Sebelum ni… Airil sangat aktif dan ramah… tapi sejak dia berumur 5 tahun dia berubah degil, tak mahu dengar kata dan akan bertindak luar jangkaan kalau tidak dapat apa yang dia hendakkan… dan doktor menyatakan dia terlalu obses akan sesuatu… dengan kata lain Airil seorang yang obses yang kritikal… “ tambah Puan Seroja.

“Rasa mungkin Pak Abu dan Cikgu Anis dapat tangkap sedikit bayang mengenai Airil… biarlah saya terus terang dengan Pak Abu dan Cikgu Anis… “ ujar Doktor Arif.

“Airil… sifat obsesnya sangat teruk… tapi kata yang lebih elok adalah perasan sayang dia terhadap sesuatu amat mendalam. Kalau dia tahu benda atau siapa yang dia sayang akan hilang… dia akan bertindak diluar jangkaan… diri tak terurus, murung, tidak bergaul… terlalu pasif… kadang-kadang memberontak“

“Sudah banyak cara kami cuba dan ikhtiar… menjadi tapi tidak ketara dan tidak berpanjangan… tapi sejak bertemu dengan Rahman… Airil seperti mendapat ruh dia yang hilang dulu… kenapa dan sebab saya masih tidak tahu… Airil hanya beritahu saya… ‘Rahman nyawa Airil bukan ibunya lagi’... “ mengaku Doktor Arif akan keadaan sebenar anaknya.

“Ya Tuhan… “ terkejut Cikgu Anis.

“Ya cikgu… saya sendiri pun terkejut dengan pengakuan Airil. Kalau Pak Abu dan Cikgu Anis merasakan itu satu beban dan bahaya kepada keluarga… kami akan cuba jauhkan Airil dari keluarga Pak Abu… “ jelas Doktor Arif.

“Niat kami… mahukan Rahman menjadi sahabat Airil… sampailah Airil boleh berfikir dengan matang… mengajar dia… bukan semua benda akan kekal sampailah dia terima hakikat hidup… barulah kami akan jauhkan Airil dari Rahman… “

“Maksud kamu… jauhkan mereka macamana?... “ soal Pak Abu.

“Mungkin saya sekeluarga akan menetap di luar negara… saya bekerja dipulau ini pun atas saran doktor psikiatrik… sebagai satu rawatan untuk Airil… tapi saya tidak tahu pula… seminggu disini… Airil bertemu dengan Rahman… itulah… sekira merasakan ia sesuatu yang bahaya dan satu bebanan kami berdua memahami… “ jelas Doktor Arif.

“Apa akan berlaku kepada Rahman kalau bersama Airil?” soal Cikgu Anis.

“Tidak akan ada sebarang ancaman. Airil akan sayang Rahman lebih dan lebih tanpa henti sepertimana dia sayang dan obses dengan isteri saya dahulu… itu pengalaman kami… tapi saya tidak tahu sekira ada ancaman lain akan berlaku kepada Rahman kerana dia bukan ahli keluarga kami… Puan Seroja ibunya… Rahman bukan siapa-siapa dengan kami… “ tutur Doktor Arif.

“Kami… kami mungkin bukan orang yang berpelajaran… mungkin kurang memahami apa dari segi perubatan… tapi… “ Pak Abu terhenti dari kata apabila mendengar Airil menjerit.

“Rahman!... siapa Suci tu?... “

-------------------

“Rahman!... siapa Suci tu?... “ marah Airil sambil mengejar Rahman naik ke rumah. Kelihatan Rahman seakan marah dengan Airil. Tapi Rahman tidak mengendahkan soalan Airil terus menghilang ke dalam bilik tidurnya.

Airil yang tidak berpuas hati dengan sikap Rahman berlari kearah meja mendapatkan piring lalu dihempas ke lantai. Serpihan kaca diambil lalu menghiris pergelangan tangannya perlahan. Tidak dalam… tapi tetap berdarah.

“Airil!... “ menjerit semua yang berada di ruang tamu melihat adegan yang tidak dijangkakan itu.

“Airil!... anak ibu berhenti… “ jerit Puan Seroja.

“Rahman!!... siapa Suci tu?... ayah jangan kacau Airil” ulang Airil lagi sambil memberi amaran kepada Doktor Arif yang cuma merampas serpihan kaca itu. Sebaik sahaja mendengar amaran dari Airil. Doktor Arif menukar perancangan, dia bergegas ke bilik Rahman lalu di ketuk kuat pintu itu.

“Rahman… tolong doktor… Rahman… “ jerit Doktor Arif. Rahman yang mendengar ketukan ganas dari luar membuka daun pintu.

“Doktor.. kenapa?...” soal Rahman yang tidak tahu situasi sebenar.

“Airil… hiris lagi tangan dia… “ beritahu Doktor Arif. Sebaik sahaja mendengar kata dari Doktor Arif, Rahman terus keluar mendapatkan mereka diruang tamu. Baru dia memahami situasi sebenar.

“Airil.. engkau kenapa?… gila ke apa?... bagi kaca tu!... “ soal Rahman sambil meminta kaca dari Airil.

“Siapa Suci… kenapa Suci lebih dari aku?... “

“Suci kawan baik aku… kawan dari kecil lagi… bagi kaca tu“ balas Rahman.

“Aku?... “ soal Airil

“Airil buang kaca tu… ibu sayang Airil… “ sampukkan Puan Seroja didengarinya.

“Ibu… Airil tahu ibu sayang Airil… tapi Rahman tak… Rahman marahkan Airil… “ beritahu Airil mengenai perasaannya.

“Airil… dengar cakap ibu… ayah sayang Airil…  kalau orang lain tak sayang Airil… kami berdua sayang Airil… “ pujuk Doktor Arif.

“Airil… buang kaca nak… “ pujuk Cikgu Anis. Masing-masing terkedu dan berdebar dengan tindak tanduk Airil.

Rahman bingung, ini kali ketiga dia diugut oleh Airil. Apa salah dia sebenarnya, kenapa Airil begini dengan dia, dia tidak tahu siapa Airil, baru sahaja kenal tiga hari sudah banyak darah dipermainkan. Geram Rahman. Dia hanya seorang budak sekolah yang baru tingkatan 2. Dugaan apakah ini.

“Engkau nak apa Airil?... Suci tu kawan baik aku… engkau… aku tak tahu… jadi beritahu apa kau mahu… engkau nak jadi kawan baik aku jugak ke?”

“Tak nak…” balas Airil tegas.

“Habis tu?” bingung Rahman.

“Aku nak kau… “

“Ye… aku faham… engkau nak aku… kita bukan boleh kawin pun… engkau nak apa dari aku… beritahu… bagi kaca tu… “

“Kalau aku bagi kaca engkau jadi milik aku… “

“Ya ya… engkau buatlah apa engkau suka… jangan bunuh diri sebab aku sudah“ cepat sahaja Rahman membalas.

Airil tersenyum, kaca di tangan di beri kepada Rahman. Pada masa yang sama dia menghulur tangan kirinya yang berdarah kepada Rahman.

“Sakit… Balutkan… “ ujar Airil.

“Hmm… doktor, Rahman nak buat macamana ni?” soal Rahman seperti meminta tunjuk ajar dari Doktor Arif.

----------------------------

Seperti yang dijanjikan oleh Cikgu Anis, Airil mula membawa beg galas yang sudah diisi dengan pakaiannya ke bilik Rahman. Hujung minggu ini dia akan menumpang tidur di rumah Pak Abu dan Cikgu Anis. Rahman masih boleh terima kehadiran Airil tetapi masih belum boleh menyesuaikan diri dengan sikap pelik Airil, yang terlalu mahukan dirinya.

“Rahman… jom pergi jumpa Suci…” ajak Airil

“Huh… kenapa?... bukan engkau tak suka Suci ke?” pelik Rahman. Bukankah gara-gara hura hara dirumahnya tempoh hari kerana Suci.

“Bila aku kata aku tak suka dia?... aku hanya tanya siapa Suci dengan kau?” jelas Airil.

“Engkau nak jumpa buat apa?” risau Rahman.

“Main macam semalam… “

“Engkau nak memancing lagi ke?... nanti mengamuk pulak Suci dapat ikan lebih” pelik Rahman.

“Tak… hari ni tak… “ balas Airil.

“Betul ni… kalau tak aku halau kau balik seberang… “ ugut Rahman.

“hihi… “ Airil hanya sengih apabila mendengar ugutan Rahman.

“Suci… pergi rumah Ifah… nanti aku pesan ke Mak Kasih minta Suci pergi parit… “ Rahman turut sahaja permintaan Airil. Buat masa ini dia tidak mahu ambil apa-apa risiko yang boleh membuat Airil tidak tentu arah kerana dia sudah tahu kenapa Airil jadi begini. Kerana obses.

----------------------------

Suci turun dari basikal lalu mendapatkan Rahman yang sedang duduk dibawah pohon bersebelahan parit besar. Memang situ tempat mereka melepak. Kalau rajin mereka akan membawa peralatan memancing. Setelah pulang dari rumah Ifah, maknya memberitahu Rahman menunggunya di parit.

“Rahman!... kenapa?... rindu aku ke?... eh Airil!” terkejut Suci apabila melihat kelibat Airil disebelah Rahman.

“Hai… “ sapa Airil.

“Engkau marah aku lagi ke?... “

“Bila aku marah engkau… aku marahkan Rahman…”

“Aku tak faham?... “ ujar Suci bingung.

“Rahman tak jujur dengan aku… “ balas Airil.

“Jujur?... Airil… aku baru kenal kau seminggu.. “

“Tidak Rahman.. sekali engkau jadi milik aku… engkau akan jadi selamanya.. segala tentang engkau aku perlu tahu.. jadi engkau perlu jujur dengan aku kalau engkau tak nak apa-apa berlaku kepada aku.. “ Rahman yang mendengar kata-kata dari Airil sedikit tidak diendahkan.

“Arghh…” geram Rahman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience