13

Family Series 2956

Abang Jan menjadi peneman Firman dalam wad. Doktor Arif terpaksa membawa Airil pulang dengan paksa. Sampai sahaja rumah, Airil terus ke bilik Firman. Selongkar seluruh bilik. Dia mencari sesuatu. Sesuatu yang boleh mengembalikan Rahman kepada dia. Tapi tiada. Dia geram. Arghhhh!!!. Dia benci. Kenapa tak ada apa-apa yang boleh kembalikan Rahman. Kenapa jawapan terakhir adalah Zufir. Ahmad Zufir Aish bin Airil. 

Doktor Arif membiarkan sahaja Airil. Kedengaran Airil menjerit dari bilik Firman. Dia seperti sudah habis kudrat untuk hari ini. Macam-macam sudah berlaku. Direbahkan diri pada sofa di ruang tamu. 

“Pa… jom cari Rahman… “ ajak Airil. Dia masih bertenaga. Tapi jelas badannya penat. 

“Airil… cukuplah… kenapa kamu mahu mungkir janji dengan janji yang Airil sendiri setuju dulu.. Janji yang Airil ajukan sendiri… Rahman, Suci, Alia, Pa.. kami semua ikut segala janji… tapi kenapa Airil sekarang jadi begini” Doktor Arif mula mempersoalkan tindakan Airil sejak akhir-akhir ini. 

“Pa rasa… ini bukan sebab kamu mahukan Rahman… mesti ada sebab lain.. Apa yang kamu nak sebenarnya… kalau ibu tahu apa yang kamu buat kepada Firman dan Zufir mesti dia sedih” tambah Doktor Arif lagi. 

“Kamu… kamu… hina Suci… kamu khianat Rahman… Kamu derita Alia… Kamu pisahkan Firman dan Zufir… apa lagi kamu nak sebenarnya. Cita-cita apa yang kamu mahukan sebenarnya Airil. Kamu anak Pa… tapi seperti ada yang Pa tak tahu… “ luah Doktor Arif. Dia sudah tidak tahu hendak bertanya macamana lagi supaya Airil faham akan tindakkannya. 

“Pulau.. Apa berlaku di pulau kamu mahu cerita dengan Pa?... “

“Tak.. Airil masuk tidur dulu… “ balas Airil. Dia masuk ke bilik. Laci dibuka. Dia ambil beberapa biji pemutih. Penat membuatkan dia tidur nyenyak. 

-----------------------------

Tiga hari Firman di hospital. Tiga hari jugalah dia tidak mahu seorang pelawat. Itu pun Abang Jan senyap-senyap teman dia. Doktor Kamariah mendekati Firman. Firman mula sedar semalam pagi. Hari ini dia buat lawatan susulan seperti biasa. Fail di tangan diberi semula kepada jururawat dan meminta dia bersendirian dengan Firman. Jururawat keluar menunggu dibalik tirai. 

“Firman.. Ayah kamu diluar. Atuk kamu diluar… Doktor panggil masuk ya?” pujuk Doktor Kamariah.  

“Ayah mana?... Ayah Airil ke Ayah Rahman” Firman meminta kepastian.

“Ayah Airil… “ balas Doktor Kamariah. Walau dia tidak tahu apa yang berlaku dalam keluarga ini. Tapi dia tahu siapa Airil dan Rahman kepada Firman dan Zufir. Sebab dia merawat kedua-dua anak itu bersama Doktor Azri selepas kematian Seroja. 

Cuma Suci, dia tidak pasti, perempuan itu seperti hilang terus dari kehidupan keluarga itu. Semalam baru sahaja dia tahu Suci berada di hospital itu pun terserempak di lobi. Suci bersama seorang lelaki, seperti pengurus, maklumlah model. 

“Kan saya kata.. Tak nak Ayah Airil.. Tak nak atuk.. “ balas Firman sedikit tegas.

“Apa yang Firman nak?” Doktor Kamariah cuba memancing.

“Ayah Rahman dengan Zufir… Firman mahu Ayah Rahman dan Zufir… “ jawab Firman berkali-kali.

“Ayah Rahman dan Zufir tak datang hari ni. Tapi harini Ayah Airil, atuk dan Ibu datang.. “ beritahu Doktor Kamaraiah sekali lagi.

“Cari Ayah Rahman dulu. Cari Zufir dulu.. Firman nak jumpa“ 

“Okay.. tapi Firman ikut treatment doktor… “ Doktor Kamariah membuat rundingan. 

----------------------------------

“ Arif… bawalah Rahman dengan Zufir jumpa Firman… dia nak jumpa.. “ beritahu Doktor Kamariah setelah keluar dari bilik Firman. Dia sempat mengerling ke arah Suci dan pengurusnya dihuJung koridor. 

“Kami.. dia nak jumpa tak?” tanya Doktor Arif.  

“Tak… mungkin selepas jumpa Rahman atau Zufir dia tukar fikiran.. “

“Rahman masih marahkan Airil.. Thanks Kamariah“ keluh Doktor Arif. Doktor Kamariah berlalu pergi. Tapi dia perasan Suci menahan kawannya itu. Menanyakan sesuatu. 

Apabila dia terlihat Suci dia mendapat idea. 

‘Suci.. dia boleh panggil Rahman!!’ 

Doktor Arif mendapatkan Suci. Tanpa lengah dia terus memberitahu niatnya. Airil tidak peduli. Dia dari tadi menelefon nombor Zufir. Dia hanya ada nombor Zufir. Itu pun dapat dari kawan mereka. Tapi Zufir seperti sengaja matikan handphonenya. Rahman dia tiada. 

“Suci.. panggil Rahman… pujuk Rahman.. Kamu tahu Rahman di mana kan?“ pinta Doktor tanpa segan. 

“Pa… “

“Tolong Suci.. “ pinta Doktor Arif lagi.

“Kenapa Rahman… Suci cuba…Pa” Suci ingin mengelak dari berhubung dengan Rahman buat sementara waktu. Marahnya belum reda. 

----------------------------------

Rahman dan Zufir sampai di wad ditemani oleh Encik Johan. Kehadiran mereka disambut oleh Doktor Arif. Ya. sebelum dia setuju untuk datang dia minta Airil dan Suci tiada disana. Biarkan dia, Zufir dan Firman bersendirian. Sebelum masuk kedalam, Rahman berbisik kepada Encik Johan.

“Encik Johan sahaja saya percaya.. Apa-apa yang berlaku kepada Zufir. Tolong jaga Zufir” pinta Rahman dalam berbisik. 

Manakala Firman di dalam bilik asyik mundar mandir, kanan ke kiri. Kiri ke kanan. Dia tidak tahu mahu rasa apabila di beritahu Ayah Rahman dan Zufir akan datang oleh Abang Jan. Digigit kuku berkali-kali. Pintu bilik terkuak. Kelihatan dua susuk tubuh yang sangat dia inginkan. Dia tidak segera peluk mereka berdua. Sebaliknya dia melutut tiba-tiba di hadapan mereka berdua. Rahman dan Zufir terkejut. 

“Firman!... “ terkejut Rahman. Segera dia dapatkan Firman yang sedang melutut. 

“A..a...a...a… Ayah… Ayah.. Ayah.. ni..ni.. Ni.. Firman ayah… “ Firman mula menangis. Zufir tidak tahu hendak memberi reaksi apa, dia hanya melihat ayahnya mendapatkan Firman. 

“A..a...a...a… Ayah… Ayah.. Ayah.. ni..ni.. Ni.. Firman ayah…” ulang Firman lagi.

“Ya.. ya.. Firman.. Ayah sini.. Ayah dah datang.. “ pujuk Rahman. Di tatap muka Firman yang sedang menangis. Pada mulanya dia tidak tahu hendak berkata apa dengan Firman. Kerana bertahun mereka berpisah. Ini merupakan pertemuan mereka semula sebagai ayah dan anak, walau Firman bukan anaknya. Hatinya sayu

.

“Bangun… bangun… jangan buat macamni… “ pinta Rahman sambil cuba mengajak Firman bangun. Tapi tidak, Firman terus memeluknya erat. Erat seeratnya. 

“Ayah.. ayah… ayah… ayah…isk.. ayah “ benda yang sama diulang oleh Firman. 

“Fir… man… “

“Ayah.. balik semula ke Firman. Firman nak ayah… “ beritahu Firman dalam tangisan

Zufir yang mendengar permintaan Firman menjadi menyirap. Tanpa sedar dia turut melutut. Memegang kasar tangan Firman yang merangkul leher ayahnya. Cuba dileraikan. 

“Tak!... tak boleh… Ayah.. ayah Zufir punya… bukan Firman!” garang Zufir.

“Zufir!.. “ terkejut Rahman dengan reaksi Zufir.

“Lepas!... lepas lah Firman!... “ garang Zufir bertambah apabila melihat ayahnya tidak melepaskan Firman. 

--------------------------------

“Zufir!... Firman!... lepas… kamu berdua lepas!... “ arah Rahman. Situasi ini memang dia tidak jangkakan. Dia berdiri, tapi kaki kanannya dipeluk oleh Firman yang masih melutut. Manakala dia cuba menghalang Zufir dari memukul Firman dengan tangannya. Zufir seperti hilang akal. Firman nekad mahukan Rahman. 

“Zufir.. Zufir.. Berhenti pukul… ayah ni… ayah ni… “

“Dia tak layak dapat ayah… ayah Zufir punya.. “ marah Zufir apabila melihat ayahnya mempertahankan Firman. Kedua tangan seperti diikat dalam genggaman Rahman. 

“Engkau dah ada Ayah Airil!.. “ tinggi suara Zufir

“Ayah Airil bukan ayah aku!..” balas Firman

“Ayah Rahman bukan ayah kandung kau!.. “ marah Zufir

“Hei… kau tahu tak Ayah Airil tu ayah kandung kau jugak!... “ marah Firman pula

“Tapi.. Ayah Rahman.. Ayah sanggup aku!... dia ayah aku dari hari pertama lagi!.. Ayah kau Ayah Airil.. Dia yang buang aku!... “ tambah Firman lagi

“Fir.. Firman tahu.. Firman maca… “ belum sempat lagi Rahman menghabiskan kata. Zufir melawan kata Firman.

“Tak!... Ayah Rahman yang buang kau!.. Ayah Airil serahkan Ayah Rahman ke aku!.. Engkau anak luar nikah.. Ibu ja nama Suci tapi tak suci pun!...“ jerit Zufir. 

PANG!... satu penampar pada pipi Zufir. 

Tangan Rahman menggeletar. Tangannya yang menampar Zufir.

“Zu.. zu.. Zufir keluar.. Keluar.. Kamu dah melampau.. Keluar sekarang.. “ arah Rahman. Suci adalah cinta pertama dia.

“Kau dengar tak.. Ayah suruh kau keluar!.. “ jerit Firman pula. 

“A..ayah?.. “ 

“Keluar Zufir.. Kalau Zufir tak nak ayah marah lagi.. Zufir keluar sekarang… “ 

---------------------------------

Zufir keluar dari bilik. Luarannya serabut seperti kepala otaknya. Terkedu Zufir apabila ramai berada di hadapannya, Ayah Airil. Ibu Suci, Doktor Arif, Abang Jan, Encik Johan dan beberapa jururawat. Seperti mereka semua tunggu dari luar tapi tidak dibenarkan masuk. Dengarkah mereka akan pergaduhan mereka di dalam. 

“Ibu… “ mata Zufir bertemu dengan Suci. Jelas nampak riak wajah yang kurang menyenangkan. 

“Zufir.. Apa-apa pun pandangan Zufir pada ibu.. Ibu tetap akan jadi ibu Zufir… “ setelah mengatakan ayatnya, Suci terus berlalu dengan pengurusnya. Keluar dari wad. 

“Zufir sini…haih.. Apa kamu dah buat “ panggil Encik Johan. 

“Pak cik.. “ Zufir mendapatkan Encik Johan. 

“Kita balik… “

“Ayah kat dalam… “

“Kamu balik dengan pak cik… “ tegas Encik Johan. Tangan Zufir ditarik lembut. 

--------------------------------

Firman dan Rahman berada di sofa. Firman tidak lepaskan tangan Rahman. Digenggam erat. Bertahun dia berpisah. Dia tidak percaya hari ini bakal berlaku. 

“Aduh.. anak ayah. Serabut dah… “ Rahman membetulkan rambut Firman. Kemudian ke pipi Firman. Disapu air mata yang berbaki. 

“Ayah.. duduk dengan Firman harini… “ pinta Firman. Tangan Rahman dipipinya disambut lembut.

“Ayah dah ada Zufir… “

“Ayah.. duduk dengan Firman… ayah jaga Firman… “ pujuk Firman lagi. Dia tidak endahkan alasan Rahman.

“Tak boleh… Ay… “ 

“Kenapa?... anak luar nikah ni tak penting macam nak kandung ke ayah?” balas Firman tajam. 

“Firman!... Astaghfirullah… ayah… ayah… tak maksud macam tu… “ terkedu Rahman dengan kata-kata Firman. 

“Jadi.. duduk dengan Firman. Jangan lepaskan Firman lagi. Please ayah… Firman akan dengar cakap ayah“ rayu Firman. 

“Tapi… Ayah Airil, Atuk. Ibu… semua diluar… nak jumpa kamu… “ 

“Firman benci… “

“Firman… kenapa tiba-tiba… Ayah Airil dan atuk jaga kamu sampai besar.. “

“Huh… jaga… jaga Firman sampai besar.. Pastikan Firman hidup… sebab Ayah Airil nak ayah semula kan?” soal Firman sinis. 

“Apa Firman cakap ni?... lagi satu macamana Firman tahu Firman bukan Zufir?.. Seingat ayah kamu sakit.. Tak ingat apa-apa masa kecil.. Siapa beritahu Firman?... “ tambah Rahman lagi. 

“Tak.. tak.. Tak… “ gagap Firman. Rahman dapat menangkap keengganan Firman untuk bercerita. 

“Tunggu.. Ayah keluar… “

“Buat apa?”

“Kamu tahu tak Ayah Airil, atuk dan ibu tunggu diluar.. “

“Jangan!.. Ayah please… Firman nak ayah sahaja“ rayu Firman. 

Firman menggigit kukunya lagi. Dia risau kalau Ayah Rahman benarkan Ayah Airil dan atuknya masuk ke dalam. Dia tak boleh berhadapan dengan mereka buat masa ni. Teringat dia peristiwa sebelum dia pengsan di lobi hospital. Sejak itu dia tak boleh terima Airil. 

--------------------

3 HARI LALU 

Firman kembali ke rumah Doktor Arif setelah menggeledah bilik Zufir di asrama tidak membawa hasil. Dia duduk di tempat pemandu. Memerangkap diri sendiri dalam kereta. Kereta betul-betul di pakir dihadapan taman rumah Doktor Arif. Dari cermin, dia dapat melihat ayahnya, Airil bergaduh dengan atuknya dalam rumah. Dia menjadi malas hendak masuk. Bertemu dengan kedua orang tuanya. Dia tahu apa yang digaduhkan, mesti mengenai Ayah Rahman. 

“Uh… “ Firman mengeluh. Dia mendapatkan semangat untuk berhadapan dengan Airil dan Doktor Arif. belum sempat dia keluar dari kereta, kedengaran mereka bergaduh lagi, tapi kini mereka berdua ditaman. Kedengaran jelas perbualan mereka berdua. 

“Ah… Airil… janji dengan ayah… “ belum sempat Doktor Arif menghabiskan katanya Airil  memotong

“Rahman di mana?” pantas sahaja Airil membuat andaian. 

“Err… “

“Rahman mana?”

“Janji dengan dulu dengan ayah..  “

“Okay… “

“Jangan sekali khianat Rahman… “

“Tak akan dan tak akan berulang… “ Airil seperti bersumpah.

“Hospital Seberang… “ sebaik sahaja Doktor Arif memberitahu lokasi Rahman, Airil bergegas laju mendapatkan kunci kereta tapi terbantut apabila tangannya kuat ditarik oleh Doktor Arif. 

“Airil tunggu!... Airil tahu siapa disana selain Rahman?... “ soal Doktor Arif. 

“Tahu… Zufir… “ balas Airil.

“Kamu tahu siapa Zufir?.. Kamu tahu kenapa Zufir tak suka kamu?” 

“Airil kisah apa!... Airil mahukan Rahman sahaja!... lepaskan Airil!” marah Airil.

“Airil!... Zufir anak kamu dengan Alia… anak kandung kamu… “

“Tahu… Airil tahu… Airil tahu… tapi Rahman yang pilih Zufir dari Firman!.. Bukan Airil yang buat keputusan… Rahman pilih anak kandung dari anak luar nikah tu “ balas Airil.

“Tak… kamu yang khianat Rahman dulu… Rahman pilih Zufir dan Firman. Rahman minta.. Rahman merayu… Rahman melutut depan kamu… serahkan mereka berdua dari kamu. Tapi kamu pisahkan mereka berdua. Kamu seksa Zufir sampai gila… Firman… Firman… kamu pergunakan Firman sebagai tebusan. Kamu yang paksa Rahman pilih… kamu...“ belum sempat Doktor Arif menghabiskan kata, Airil potong.

“Rahman yang buat pilihan… antara selamatkan Zufir atau selamatkan Firman… “ sinis Airil.

“Tak… Rahman pilih mereka berdua.. Tapi kamu… Airil kamu dah melebihi batas… “

“Tapi salah Rahman! dia abaikan Airil dulu. Dia pilih Zufir dan Firman dari Airil!” tinggi suara Airil.

“Bodoh!... Zufir dan Firman anak kamu… mereka berdua anak kamu!... kamu tahu tak!... Zufir dan Firman anak kamu!... anak kandung atau tak, mereka berdua tetap anak kamu!... “

“Tak… sejak Rahman pilih mereka berdua… mereka bukan anak Airil… Airil dah jaga Firman sampai besar. Kenapa Rahman tak kembali ke Airil. Firman akan buat Rahman kembali ke Airil. Selagi Rahman tak kembali ke Airil… mereka bukan anak Airil“ balas Airil tanpa sikit rasa bersalah. 

-----------------------------

Firman yang mendengar segala perbualan gila itu terkejut sampai menggigil apabila mengetahui hal sebenarnya. Apa reaksi dia perlu berikan…

Dia… dan Zufir tidak diakuai sebagai anak selama ini?

Dia… Firman adalah Zufir… Zufir adalah Firman?

Dia… anak luar nikah… Zufir anak kandung?

Dia… sebenarnya tebusan… dibesarkan sebagai tebusan?

Kepalanya sakit. Mukanya merah. Dia menggigil. Siapa dia perlukan?... Siapa dia perlu percayakan?... ayah yang selama dianggap ayah sebenarnya tidak anggap dia sebagai anak. Tapi dirinya dipergunakan oleh ayahnya sendiri untuk dapatkan Ayah Rahman. Kejam.. Itu perkataan tepat yang dia rasakan menggambarkan Airil. Ayah Airil yang dia sayang sepanjang umurnya.  

Ayah Rahman!... Ya… Ayah Rahman… Ayah Rahman minta, merayu dan melutut dengan Ayah Airil untuk selamat dia dan Zufir. 

‘Cari Ayah Rahman… Cari Zufir’ monolog Firman dalam sakit. Tanpa sedar air mata mengalir. Bukan sebab dia sedih tapi dia marah… marah… marah yang tak boleh luah dengan kata… marah dia dengan air mata. Dia perlu kembali ke Ayah Rahman. 

Tanpa Firman mengetahui. Dia perlahan-lahan merancang untuk membalas dendam ke atas Airil, membalas segalanya ke atas Airil. Rahman dan Zufir mesti menjadi miliknya sebelum menjadi milik Airil. Dia nekad tanpa sedar. 

‘Hospital Seberang… ‘ itu destinasi untuk dapatkan Ayah Rahman. Tapi dia perlu ekori Ayah Airil dari belakang. Dia tidak tahu Zufir ditempatkan dibahagian mana. 

----------------------------

SEKARANG

Rahman menghampiri Airil dan Doktor Arif di tempat menunggu. Sebaik sahaja Rahman tiba, Airil bangkit dalam keadaan ceria, jelas senyumnya melebar. 

“Rahman… “ ucap Airil.

“Aku jaga Firman sampai discaj… “ Rahman beritahu.

“Aku teman… “ balas Airil.?

“Firman tak nak kau… engkau buat apa dengan Firman?” soal Rahman dingin. Dia kalau boleh tak mahu langsung bertemu dengan Airil. Tapi disebabkan Airil ada Firman, dia ketepikan segala rasanya. 

“Macamana Firman boleh ingat semuanya?” tambah lagi soalan Rahman.

“Ingat?... ingat apa?... “ tiba-tiba Doktor Arif bersuara. 

“Seperti semua Pa.. “ beritahu Rahman. 

“Subhanallah… Rahman kamu.. Kamu… jaga Firman harini… apa-apa call Pa… “ terkejut Doktor Arif. 

--------------------

Zufir bersama Encik Johan dirumah. Tapi fikirannya di hospital. Dia menyesali perbuatannya tadi. Tapi semuanya bukan dia sengaja. Dia mengucapkan segalanya tanpa berfikir. Berkali-kali dia mengeluh, dan berkali-kali dia hendak ke hospital semula bertemu dengan Rahman. Tapi dia takut. 

“Pak Cik… ayah marah Zufir… “

“Hmmm… “

“Kamu fikirlah baik-baik bila berhadapan dengan ayah kamu nanti… “ Encik Johan seperti tidak tahu hendak memberi nasihat apa kerana apa yang diucapkan oleh Zufir di hospital tadi memang melebihi batas. 

“Pak cik nak ke hospital semula… hantar baju ke ayah kamu.. “

“Hantar baju… pak cik jangan kata… ayah duduk dengan Firman?!” Zufir meneka perkara yang dianggap tidak masuk akal.

“Hmmm… kamu Zufir… jangan buat apa-apa… “ Encik Johan memberi sedikit amaran. Dia tahu betapa Zufir sayangkan Rahman seperti ayah sendiri. 

---------------------

Firman gembira. Dari tadi dia menatap segala tingkah laku Rahman yang sibuk mengemas ruangan biliknya. Bersepah kerana pergaduhan tadi. Dia bersila atas katil, sebaliknya Rahman mundar-mandir melakukan kerjanya. 

“Ayah… “ panggil Firman tapi perlahan. Tiba-tiba dia segan hendak memanggil Rahman dengan panggilan ayah. kenapa?

“Ayah ~~~” senyum Firman. Dia tersipu-sipu suka. 

“Ayah ~~~~ “

“Ya.. Firman… “ balas Rahman. Dia duduk disebelah Firman, di sisi katil. Menatap wajah anaknya yang lama terpisah.

“Kenapa Firman ~~~~” usik Rahman pula.

“Kenapa ayah pilih Zufir bukan Firman?…. “

“Uh?... “ terkejut Rahman. Terus berubah riak wajahnya.   

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience