10

Family Series 2956

“Engkau makan apa benda putih tu Airil?” soal Rahman ingin tahu sebab kerap dia melihat Airil menelan pemutih itu semenjak 3 hari Airil duduk bersamanya. Pak Abu dan Ibu Anis sudah masuk kedalam bilik, tidur. 

“Ubat… “ beritahu Airil.

“Ubat apa?”
“ubat … hehe… pengganti kau… “ 

“Airil?.. “ tegur Rahman.

“engkau kan tahu aku sakit apa… ni doktor suruh makan lah” bohong Airil. Padahal dia tahu pemutih itu fungsinya lain. 

“Berapa kali perlu ambil?” 

“Bila perlu… “

“Walau dengan aku pun engkau ambil?” soal Rahman tapi tiada jawapan dari Airil. 

Sebaliknya Airil bangun dari tikar menuju ke bilik Rahman lalu mengunci dirinya tiba-tiba. Asalnya mereka berdua duduk di ruang tamu rumah Rahman. Rahman memerhati sahaja Airil melakar sesuatu pada kertas putih kosong sambil menelan pemutih. Tapi selepas sahaja perbualan kecil ini Airil berubah perangai. Rahman bingung. 

Rahman bangkit menuju ke pintu biliknya lalu diketuk. 

“Airil?” panggil Rahman dari luar. Tiada balasan. Di ketuk lagi. Hendak putus asa, serba salah rasanya. 

“Airil… engkau kenapa.. Keluarlah… sembang dengan aku. Engkau nak apa?” pujuk Rahman. 

“Rahman!... jom ke air terjun. Mandi… “ cepat sahaja pintu bilik Rahman terkuak dari dalam. Muncul wajah ceria Airil. 

“Sekarang?... malam ni?” terkedu sekejap Rahman dengan permintaan Airil.

“Haah… lepas tu kita pergi Istana… “ tambah Airil lagi

“Huh?... ish Istana bahaya. “ tolak Rahman mentah-mentah.

“Arghhh!” bang!... pintu bilik ditutup kuat. Rahman terhinjut kebelakang. Dia kaget. Hilang kelibat Airil dari pandangannya. 

Rahman terdiam, mati kata. Pertama kali dia melihat Airil garang sebegini. 

“Kenapa Rahman?” soal Ibu Anis dari belakang. Mungkin terjaga dari tidur kerana hentakkan pintu tadi.

“Airil… merajuk… “ pendek sahaja jawapan Rahman. 

“Rahman… buat la baik dengan Airil tu… bertahun kamu putus dengan dia… “ pesan Ibu Anis dalam mengantuk. Seakan pergaduhan antara Rahman dan Airil satu perkara yang sudah biasa bagi mereka sekeluarga. 

-----------------------------------------

Puan Seroja berjalan ke hulu ke hilir menanti kedatangan bakal menantunya, Alia. dia memang suka dengan Alia. Baginya Alia lah satu dalam seribu boleh sesuaikan diri dengan Airil. Teringat dia apabila pertama kali Airil memperkenalkan Alia sebagai kekasih semasa mereka berdua belajar diluar negara. Dari situ hatinya sudah tertarik dengan Alia, gadis dari Tanah Teluk. 

Semua makanan malam sudah terhidang, cuma Airil tidak bersama mereka, Airil bersama Rahman. Itu tidak menjadi masalah baginya. Dia percaya dengan Rahman. Rahman juga satu dalam seribu. Dia bersyukur Rahman masih berkawan dengan Airil walaupun dipisahkan bertahun-tahun lama. Dia anggap Rahman sebagai anaknya, kalau boleh kembar kepada Airil. 

Kedengaran loceng rumah dibunyi. Bergegas Puan Seroja mendapatkan Alia. Doktor Arif pula sedia berdiri dari sofa. 

“Alia… masuk… masuk… “ ajak Puan Seroja ceria. Walaupun sebenarnya dia mengidap penyakit yang meragut nyawanya bila-bila sahaja. Dibawa Alia terus ke ruang makan. 

“Airil mana?” tanya Alia ingin tahu.

“Dengan kawan dia… “

“Rahman?... “ cuba meneka.

“Haah… Airil beritahu kamu ke?” pelik Puan Seroja. Setahu dia Alia tidak tahu siapa Rahman. Untuk 4 tahun Rahman seperti sahabat gelap untuk Airil. 

“Tak… Airil selalu sebut ini Rahman itu Rahman… “ jawab Alia tenang. Padahal dia teringin bertemu dengan Rahman. Lelaki yang menjadi zikir bakal suaminya. 

---------------------------------

Rahman terasa seseorang baring disebelahnya. Matanya dibuka sedikit. Dalam kabur dia dapat mengagak itu Airil. Dia biarkan sahaja Airil megambil tempat disebelahnya. Tapi satu bau kurang menyenangkan hidung. Bau apa ini?.

“Ai… “ belum sempat Rahman bangun dari baringan. Pantas sahaja Airil mengambil tangannya dijadikan bantal. Tidak lama kemudian dia terasa beberapa titik air hangat mengalir atas kulitnya. Airil menangis?. Kenapa?

“Rahman!… Rahman!... Rahman!... “ jerit Airil tiba-tiba, badannya yang terbaring terus dalam keadaan duduk. Rahman terkejut, terbeliak matanya apabila melihat Airil seperti tidak waras. Tiba-tiba Airil memeluk dirinya, menangis teresak-esak.

“Aku benci Suci!... aku benci… kenapa bukan aku Rahman?” soal Airil, tepat soalan itu dituju kepada Rahman yang panik. Matanya garang memandang Rahman.

“Airil?”

“Rahman… huhu...pilihlah aku. Tinggalkan Suci… huhu. Kalau engkau pilih aku. Aku.. aku.. aku tinggalkan Alia..” terang Airil dalam menangis. 

“Alia?... siapa?” 

“Alia?... Airil… engkau kenapa ni?” soal Rahman, cuba mencari punca. 

“Huhu… arghhh… arghhh… huhu… Rahman… isk… isk… “ Airil masih dengan dunianya. Dunia yang tak difahami oleh Rahman. 

“Airil!” panggil Rahman lagi sambil merangkak mendapatkan Airil yang sedang berpelukkan. Tapi kehadirannya ditolak kasar. Serta merta tingkah Airil berubah. 

“Rahman tak ada… ‘pemutih’... ‘pemutih’... “ ucap mulut Airil tak henti. 

Rahman bangkit dari jatuh. Dia segera dapatkan Airil.

“Airil… ni aku Rahman… aku disini… “ risau Rahman melihat tingkah aneh ini. 

“Uh… Rahman… Rahman… jangan tinggalkan aku… tolong Rahman… janji dengan aku… jangan tinggalkan aku. Nanti Ibu Seroja akan pergi 6 bulan lagi. Rahman jangan tinggal aku… janji… aku janji… kalau kau dengan aku.. Aku tak akan kawin dengan Alia… Rahman… tolong aku… “ merayu Airil apabila melihat muka Rahman dihadapannya. 

“Ok.. ok.. Aku tak pergi mana-mana pun. Kita tidur… esok kita nak ke seberang jumpa Puan Seroja “ ajak Rahman sambil membangunkan Airil menuju ke bilik tidurnya.

“Not Puan Rahman… panggil dia ibu… ibu Seroja… “ Airil cuba perbetulkan kata Rahman.

“Ibu?... Ibu?... “ bertambah pelik Rahman. 

Dalam diam, ligat kepala Rahman memikirkan semua info yang baru sahaja dia terima. Alia? Puan Seroja? 6 bulan?  

-------------------------------------------------------

Rahman mengadap Puan Seroja dihadapannya. Hanya mereka berdua didalam bilik bacaan ini. Itu pun atas permintaan Puan Seroja. Doktor Arif dan Airil memberi ruang kepada mereka berdua. Puan Seroja nampak sihat dan tenang duduk diatas sofa bertentangan dengan Rahman. Rahman dapat merasakan sesuatu yang serius bakal berlaku. 

“Puan… Puan  Seroja… “ panggil Rahman.

“Rahman… mesti Airil sudah cerita segalanya kepada kamu” anggap Puan Seroja.

“Cerita apa?” tanya Rahman mendapatkan kepastian.

“Dia akan hilang ibu dalam 6 bulan lagi”

“Puan… saya tak bermaksud…. “

“Tak apa Rahman… ajal di tangan Tuhan… cuma Ibu minta kamu bersama dia… jangan lepaskan dia… ibu tak minta kamu janji… cuma ibu minta sedaya upaya kamu sentiasa bersama dia… dia masih ada Pak Arif“ Rahman terasa kekok apabila Puan Seroja membahasakan dirinya Ibu dan Doktor Arif sebagai Pak. 

“Insya Allah Puan Seroja… “‘

“Ibu… panggil Ibu, Rahman” pinta Puan Seroja. 

“Er.. “

“Hehe… tak apa bila kamu sudah sedia panggillah Ibu. Ibu pun sudah anggap kamu sebagai anak Ibu. “ Puan Seroja cuma menenangkan Rahman yang keliru. 

“Airil sekarang dah besar… banyak berubah… nanti dia akan berkahwin dengan Alia. doakan Ibu hidup hingga melihat cucu… 6 bulan itu hanya angka… “ Puan Seroja cuba mempositifkan dirinya. 

“Amin… ajal… tidak tahu… “ 

----------------------------------------------------

“Airil… “ panggil Doktor Arif.

“Hmmm… “

“Kamu marah pada Rahman lagi?.... Rahman tak salah… “

“Airil tahu!... berapa kali nak ulang?” Airil sedikit garang. 

“Airil… kamu ambil ‘pemutih’ ke semalam?” Doktor Arif tanpa lapik terus bertanya.

“Ya… so what!” berlagak Airil.

“Airil!... “ garang Doktor Arif. 

“Kenapa?... semua sebab siapa?“

“Airil… kamu dengan Rahman… “

“Rahman tak tahu… “

“Berhenti… Rahman bersih… kamu jangan ajar Rahman… “

“Boleh… boleh.. Airil tahu Airil kotor...Rahman bersih… Tapi ada syarat… “

“Airil… “

“Suci… jauhkan Suci dari Rahman… “

“Airil… Rahman sendiri pilih Suci… ini keputusan dia… “

“Kalau ayah tak boleh buat… Airil upah Ayah Z… “

“Airil!... “

“Arghhh… “ geram Airil. Dia keluar dari rumah menuju ke kereta. Tanpa sebab dia menekan hon sekuat hati menyebabkan bising satu kawasan perumahan. Lama. 

Rahman dan Puan Seroja bergegas keluar dari bilik bacaan. Mata mereka bertentang dengan Doktor Arif, masing-masing terkejut.  

“Airil ke?” soal Puan Seroja. 

-----------------------------------------------------

Rahman mengetuk cermin bahagian pemandu berkali-kali baru Airil melepaskan tapak tangannya dari hon. Mukanya yang garang kembali biasa tapi sedikit  mencuka. Pantas Rahman membuka pintu kereta. 

“Airil… bising lah…”

“Balik… jom balik… Rahman” rayu Airil.

“Ni rumah engkau. Nak balik mana lagi?”

“Pulau… “

“Pulau? … “ pelik Rahman.

“Rumah aku?” tanya Rahman lagi.

“Tak rumah Suci… “

“Kenapa nak balik rumah Suci?... dah… dah.. Balik rumah aku… “ pelik Rahman dengan perangai Airil sejak mereka bertemu. 

“Tak nak… kita ke rumah Suci“ ulang Airil bertegas.

“Suci kerja… dia tak ada dirumah… “

“Kerja?... “

“Di chalet dengan Encik Rohan… dah jom gerak ke jeti“ beritahu Rahman sambil mengambil tempat duduk disebelah Airil. Pintu kereta ditutup.

“Chalet?... kita singgah chalet lah… hihi” tiba-tiba Airil menjadi ceria. Tanpa dipaksa kakinya terus menekan minyak. 

-----------------------------------------------------------

Alia berjalan seorang di kawasan chalet mencari seorang lelaki. Kawan belajar sekali. Kawan Airil juga. Ya David. Janji hendak bertemu di kafe chalet. Tapi Alia seakan sesat. Ini pertama kali dia datang ke sini tapi cerita mengenai pulau ini seperti sudah lama, 4 tahun dia dengar cerita yang sama dari Airil membuatkan dia rasa selesa disini. Alia ternampak seorang pekerja wanita sedang berjalan menolak linen beg bersama seorang lelaki sedang mengekor dia dari belakang. Segera dia dapatkan kedua-dua pekerja itu untuk menanyakan arah. 

“Hai… sorry… dimana kafe ya?”

“Owh… cik jalan terus sahaja… jumpa lobi chalet… kemudian lihat kekiri ada kafe disitu…“  

“Terima kasih… cik?”

“Saya Suci…. “ beritahu Suci sambil memberi senyuman kepada Alia. 

“Suci… terima kasih Suci… “ Alia tergamam sebentar. Dia tidak bergerak dari pandangan Suci. 

Inikah Suci yang diceritakan oleh Airil. Cantik. Lebih cantik dari dirinya. Kalau dia hadiri audisi untuk model mesti lepas. 

“Cik… “ tegur Suci.

“Err.. kamu kenal Airil?” soal Alia tiba-tiba.

“Err… Airil?...”

“Oh… tak apa… maaf saya pergi dulu” Alia mematikan niatnya. Dia berjalan laju menjauhi Suci. dari jauh di dapat dengar serba sedikit perbualan mereka dua.

“Dia siapa?... Airil kita ke dia tanya tu Suci?”

“Entah Wan… aku tak tahu juga… cantik”

“Cantik kau lagi Suci… bila nak balas cinta Rahman?” usik Wan.

“Dah lah Wan… ni beg linen ni kenapa aku yang kena tolak?” soal Suci apabila sedar dia sedang menolak troli linen dari tadi. 

------------------------------------------------------

Rahman mengekor Airil dari belakang. Diturut kehendak Airil, dia takut kalau Airil berubah perangai lagi. Katanya hendak bertemu dengan kawan. Sampai sahaja dilobi chalet, Airil turun dari basikal manakala Rahman memakir basikalnya ditempat biasa. 

“Rahman… belilah kereta… “ ajar Airil.

“Aku mana ada duit banyak. Setakat jual keychain sahaja… harini pun tak pergi cari kayu.. Siapa yang kau nak jumpa ni Airil?”
“David… kawan aku di kolej… “

“David?... kena cakap bahasa Inggeris ke ni?” soal Rahman cuak.

“Dia boleh melayu sikit-sikit… “
“Jom… ke kafe“

“Err… kalau aku tak ikut sekali boleh?... aku balik rumah dulu… “ Rahman cuba mengelak. 

“Rahman… “ Airil mahu memujuk

“Boleh Airil?...” pujuk Rahman lagi

“Kawan aku….” belum sempat Airil menghabiskan kata seseorang memotong dari belakang.

“Airil!...” Airil memaling mukanya kearah suara itu. 

“Wan?... Suci?” terkejut Airil. Tiba-tiba sahaja dia menyorok dibelakang Rahman. Seperti ketakutan. 

“Hey!... Airil” seseorang menepuk bahu Airil dari belakang. 

“David?...” dan seorang perempuan disebelahnya.

“Alia?... “ 

--------------------------------------------------------

David berjalan bersebelahan dengan Airil, manakala Alia dihadapan mereka menuju ke kafe. Airil berpisah dengan Rahman, Suci dan Wan. Hatinya panas apabila Rahman tidak mahu bersama dengannya, tapi pandai dia menyembunyikan rasa panasnya kerana mahu menjaga hati Alia. Dia biarkan Alia berjalan dihadapannya. 

“Eh.. Airil.. Kawan you ke Suci tu?” soal David. 

“Tak… musuh ketat… “ balas Airil tanpa lapik. Entah sejak bila Suci menjadi musuhnya dia pun tidak tahu. Dia tetap geram kenapa Rahman perlu pilih Suci. 

“Musuh…?... enemy?.... Kenapa engkau bersama dengan musuh?” soal David pelik.

“Rahman… mahukan dia… “

“Owh… Suci tu girlfriend Rahman ke… ala melepas… “ keluh David

“Haha… tahun depan naik pangkat… ‘isteri’... “

“Alia pun kan naik pangkat juga?” tanya David saja berbasi-basi

“Tapi… aku tak nak Alia dalam hidup aku.. “

“Errr?... habis siapa?... Suci ke?” soal David terkejut. 

“Stupid… Suci tu musuh… “ marah Airil dalam nada kecil. 

“Dont tell me… Rahman?.. Opssie… seriously? ” David cuba meneka.

“Airil stop!... engkau ambil ‘pemutih’ ke sekarang?” David menarik Airil ketepi, dia cuba perlahankan suaranya lagi. 

“Aku waras… “ balas Airil.

“Stupid.. Rahman is man!... engkau mana boleh kawin dengan lelaki!”

“Siapa kata aku nak kawin dengan Rahman… aku NAK RAHMAN!.. “

“Gila!... “ marah David tiba-tiba. 

“Ya… my mum is dying.. Rahman mesti dengan aku.. He promised me… “ janji Rahman kepada Airil masih segar dalam ingatannya. 

“Help me David !” Airil meminta bantuan dari David.

“Help?... no.. no.. no” David menolak. 

“5 juta… “ Airil memberi tawaran istimewa kepada David. David menelan air liur. 

“Kalau engkau tak nak.. Aku minta Ayah Z… “

“Gila!... kenapa nak libatkan Ayah Z… engkau nak mati ke?... “

“So.. tolong aku!” 

-------------------------------------------------------

Suci cuba membuka matanya, perit. Kepalanya sakit seperti baru sedar dari pengsan. Dia cuba mencari tenaga untuk bangun dari pembaringan. Dia tidak ingat apa yang berlaku pada dirinya. Dari jauh dia nampak cahaya matahari mencelah di celah-celah tingkap.

“Aku dimana ni?” bisik Suci seorang diri. Kepalanya berat. Dia meraba katil. Tangannya tersentuh sesuatu yang bulat.

“Apa bola putih ni?” 

Suci memaksa diri untuk bangun sambil memegang kepala yang sakit. Kakinya terjuntai ditepi katil. Dia melihat sekeliling ruang bilik.

“Ini macam chalet.. “ bisik Suci lagi.

Suci menelan air liur cuba membasahkan tekak, dia terasa kelat. Perlahan-lahan dia bangun dari katil. Sejuk. Badannya terasa sejuk. Dia melihat dirinya.

“Arghhhhhh… “ dia terlanjang bulat tanpa sehelai benang. 

-----------------------------------------------

Rahman bertemu dengan Iffah di kedai cenderamata. Hasil ukiran keychainnya diberi kepada Iffah. Memang Iffah ada beritahu bahawa keychainnya semakin laku. 

“Iffah… Suci ada cerita apa-apa dengan kamu tak?” soal Rahman seperti masuk mengorek sesuatu dengan Iffah.

“Ala… berlapik pula Rahman..” usik Iffah.

“Hihi… engkau kan kawan baik dia… “

“Sepanjang aku perhatikan… InsyaAllah engkau akan dapat jawapan yang positif… “ Iffah cuba memberi harapan kepada Rahman.

“Yeke… “ suka Rahman. Kelihatan dia senyum kesukaan. 

“Iya.. dia siap minta aku buat hadiah khas untuk engkau… “ Iffah pecah rahsia Suci.

“Huh?... dah dah… kejutan jangan dibocor Iffah… “

“Haha… tak nak...aku nak bocor juga… bintang… bintang… bintang… “

“Bintang?” pelik Rahman apabila mendengar Iffah melagukan perkataan ‘bintang’.

“Airil di pulau lagi ke Rahman?”

“Eh.. tak lah… dia dah balik seberang sama hari yang kita jumpa Alia tu… “ balas Rahman.

“Baik pula dia… boleh pula dia berpisah dengan engkau Rahman… kalau tak… nak tidur rumah engkau sahaja“

“4 tahun berpisah… mungkin dia dah biasa… “

“Aku doa baik-baik lah untuk korang berdua… “ 

“Terima kasih Iffah… Suci masuk kerja bila harini?”

“Dia cuti… “

“Eh… tak nampak pula dia kat rumah”

“Mestilah tak nampak… engkau lupa ke dia dah pindah kampung… bukan jiran engkau lagi…” Iffah memerli Rahman tajam. 

“Hihi… “ sengih Rahman. 

-----------------------------------------

“Airil?... “ nama lelaki itu keluar dari mulut Suci apabila ternampak Airil memasuki pintu chalet yang entah dimana dia berada sekarang.

“Hai… dah bangun… “ Airil menyapa dalam sinis. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience