17

Family Series 2956

Rahman bertemu dengan Doktor Arif di pejabat kolej Zufir dan Firman. Mereka berdua setuju untuk menangguhkan pengajian Zufir dan Firman selama setahun. Selesai urusan di pejabat. Doktor Arif bertanya semula soalan yang sama dia tanya dalam talipon pagi tadi.

“Rahman… jumpa Airil?”
“Airil… hmmm… perlu jumpa…”

“Janji dia dengan kamu dia berjaya lakukan… janji asal kamu… macamana?” Tanya Doktor Arif. Dia seperti cuba mendapatkan kepastian.

“Janji apa yang kamu buat dia untuk terus hidup dengan kamu?” tanya lagi Doktor Arif.

“Heh…janji budak-budak… janji sehidup semati… tapi itu janji budak-budak… “ 

“Janji budak-budak… tetap satu janji buat Airil, Rahman. Bagaimana kamu janji dengan dia… begitulah kamu perlu lakukan.. “

“Hmmmm “ Rahman mengeluh panjang. 

“Airil tunggu kamu di pejabat dia. Dia tak mahu papa ganggu bila dia dia jumpa kamu… “

------------

Semua temu janji dan mesyuarat hari ini dibatalkan. Pelik setiausaha Airil, Amani, apabila mendengar permintaan bosnya itu. Diikutkan sahaja. Malah dipesan kalau lelaki bernama ‘Rahman’ tiba segera diberitahu. Talipon dimeja berbunyi.

“Rahman… oh… minta dia naik atas… betul-betul… Rahman… “ 

------------

Sebaik sahaja Rahman menguak pintu pejabat Airil.

“AH!… Airil!” terkejut Rahman sambil mengusap dadanya yang terkejut. Apabila dibuka pintu. Airil betul-betul berada dimuka pintu. Dalam bayangannya, Airil sepatutnya duduk dikerusi. Ini tidak, betul-betul di hadapan pintu pejabat. Menyambut kehadirannya dengan girang.

“Masuk… masuk… Rahman… “ ditarik tangan Rahman. Badan Rahman turut tertarik kedalam. Amani diluar juga turut terkejut dengan sikap ceria Airil. 

“Airil… lepas… “ pinta Rahman tidak kasar.

“Kejap… aku kunci pintu. Nanti kau lari lagi… “ Airil memasukkan nombor pin baharu dalam smart door lock. 

“Aku tak lari… aku datang jumpa kau… lepas… “ Airil tidak termakan dengan kata-kata itu. Dia tetap mengunci pintu pejabatnya, kemas setelah memasukkan pin baru. Lalu terus menarik dan memaksa Rahman duduk diatas kerusi pejabatnya di meja dia bekerja, bukan di sofa atau mana-mana kerusi. Ya, KERUSI BOS.

“Duduk sini… jangan bangun… jangan lari… aku buat air… “ terpancar rasa gembira Airil disitu.

-----------

Rahman memerhati Airil menghilang disebalik satu dinding. Kedengaran sebuah pintu terbuka. Dia tidak nampak sebarang pintu, pandangan dihalang dengan sebuah dinding. Rahman mengalihkan pandangannya pada meja kerja Airil. Sebuah komputer dihadapannya, mati. Sebuah talipon pejabat terletak sebelah kanan meja, tapi wayar sengaja dicabutkan, kenapa?. Sebuah pokok hiasan kecil di dalam pasu kaca, bukan tanah tapi dipenuhi dengan guli-guli putih. Dilihat pula laci meja, terletak pada sebelah kaki kanan, cuba ditarik, berkunci. Kemas, tiada sebarang dokumen atas meja. Airil seperti bersiap sedia menerima kedatangannya.

“Rahman… minum… “ Airil menghulur segelas air jus oren. Dihulur gelas kepada Rahman. Rahman menyambut minuman tersebut.

“Terima kasih… tak ada kerja ke harini?... kenapa kunci pintu?... kenapa perlu jumpa di pejabat?” soal Rahman bertalu. 

“Hmm.. sebab kau datang. Mana boleh aku lepaskan kau lagi… “ balas Airil sambil melabuhkan punggung diatas meja kerjanya sambil menanti Rahman menjamah minuman yang dibuatnya. 

“Rahman… kenapa kau lambat?... lambat kembali?... “ giliran Airil pula menanyakan soalan yang selama ini terpendam kerana dia tidak berjaya mencari Rahman bertahun lama. 

“Aku tunggu kau sembuh… TAPI NAMPAKNYA KAU BELUM SEMBUH…” Rahman tak berlapik. Tanpa sebarang punca, Rahman mencampak gelas jus oren ke lantai. Basah karpet. 

Airil kaget. Dia berdiri tegak. Rahman tahu?. Tidak bergerak. Mata mereka berdua bertembung. Tegang disitu.

“Engkau letak bola-bola putih dalam air ni kan Airil… tengok… tiga biji jeli atas karpet!.... Dalam pasu ni bukan guli… bola-bola putih…kan!?” sedikit tinggi suara Rahman. Pantas tangannya mengambil pasu gelas diatas meja kerja Airil. Hendak dihempas tapi dia menahan. Pasu tadi diletak semula. 

“Airil… aku tunggu kau sembuh…“ tambah Rahman lagi.

"Macamana kau tahu?..." Airil merasakan dirinya Mula diselubungi dengan rasa takut. Ya Takut… rahsia yang dia cuba simpan dari semula orang. 

“KAU NAK BUAT AKU PENGSAN MACAM MALAM KAU TERLANJUR DENGAN SUCI KE AIRIL?” marah Rahman. 

-----------

HARI KEMALANGAN ALIA DAN ZUFIR 

Petang. Badan Zufir dan Alia segera dibawa ke jabatan kecemasan. Alia mengalami pendarahan yang banyak serta konkusi manakala Zufir mengalami konkusi yang kuat pada kepala, kurang pendarahan kerana dia dilindungi dalam dakapan Alia. 

Airil, Rahman, Suci dan Aish turun dari kereta setelah mengekor ambulan dari belakang sejak tadi dari kawasan kemalangan. 

"Encik… siapa penjaga atau waris untuk kedua pesakit?" Tanya seorang receptionist.

"Saya…dan dia…" Rahman menjawab sambil mendapatkan Airil juga ke kaunter pendaftaran. Manakala Suci yang sedang berlinang air mata tanpa henti menjaga Aish yang turut menangis. Rahman tabahkan hatinya. 

Selesai sahaja urusan pendaftaran kemasukkan hospital dan Airil bersetuju untuk Alia dibedah, mereka berempat dibawa ke unit yang ditentukan, PICU dan ICU. Mereka berpecah dua.

Rahman, Suci dan Aish mengekor seorang jururawat dan seorang pembantu yang sedang menolak trolley Zufir menuju ke PICU. 

"Isk… isk… "

"Sabar Suci… Doktor kata Zufir selamat. Alia berjaya jaga Zufir dalam dakapan sampai akhirnya…"

Manakala Airil mengekor jururawat lain ke bilik bedah. Sambil dia menelepon Doktor Arif dan juga park ciknya, Encik Johan. Memberitahu bahawa Alia dan Zufir kemalangan dan masuk hospital.

--------------------

PICU

Jururawat hanya membenarkan seorang penjaga sahaja untuk menjaga pesakit di unit penjagaan rapi ini, PICU. Zufir mengalami konkusi di kepala dan masih belum sedarkan diri walaupun beberapa ujian menunjukkan keputusan normal. 

"Suci… boleh bang?..." Minta Suci dengan Rahman untuk menjaga Zufir malam ini. Okay...Abang ambil baju dalam kereta dan keluar beli barang yang jururawat pesan… dengan Aish sekali…masuklah… nanti abang sampai abang beritahu kaunter telepon PICU ni…" Rahman kongsi rancangannya.

"Hmmm…"

"Jom… Aish jom… Zufir tidur sini harini… Aish tidur dengan Ayah Rahman… dah lap muka…jom kita balik rumah atuk" lembut Rahman mengajak Aish pulang.

Rahman cadang singgah pasar raya berdekatan. Membeli keperluan yang diminta oleh jururawat. Kalau pakaian Zufir, masih ada dalam kereta. Cuma alat-alat mandian dan sedikit makan untuk Suci sahaja perlu dibeli. 

-----------------

PARKIR KERETA DEPAN HOSPITAL

Rahman mendukung badan kecil Aish. Kepala Aish terlentok pada bahu kanan Rahman. Walaupun kecil tapi berat budak 6 tahun bukan ringan. Rahman tetap mendukung Aish yang teresak-esak, walaupun tidak kuat tapi Aish layak untuk menangis.

Aish sendiri menyaksikan kemalangan yang tak diduga itu. Dia melihat sendiri ibunya, Alia berdarah tanpa henti dan Zufir, kembarnya tidak sedarkan diri langsung. Rahman tahu budak itu tidak bodoh. Dia tahu Aish tahu apa yang sedang berlaku sebenarnya. Tapi Aish hanya mampu luahkan dengan menangis. 

"Ayah Rahman bila Aish boleh jumpa ibu dengan Zufir…isk…isk…Zufir akan selamat kan Ayah?…" Bisik Aish pada telinga kanan Rahman. Aish seperti mengharap sesuatu buruk tidak akan terjadi kepada Zufir.

"Ibu marah dengan Ayah Airil. Sebab tu Ibu dengan Ayah Airil gaduh…isk…isk…" Aish membuka cerita walau tidak ditanya oleh Rahman. 

"Nanti Ibu sembuh… Ibu baik semula lah dengan Ayah Airil…" Rahman memujuk Aish. Dia tidak tahu dan tidak mahu tahu pun. Tapi Aish tetap terus meluahkan rasanya.

"Ibu marah sebab Ayah Airil tidur dengan Ibu Suci… Aish tak tahu pun kalau Aish cakap macamtu… Ibu dengan Ayah Airil gaduh…"

"Eh…apa?....APA?!... Aish cakap apa?..." Terkejut Rahman dengan kenyataan dari Aish.

"Aish buat Ibu dengan Ayah Airil gaduh… isk..isk…sebab Ayah Airil tidur dengan Ibu Suci…"

"Apa maksud Aish… bila Ibu Suci tidur dengan Ayah Airil?..."

"Tak tahu… Aish tak tahu … Zufir yang beritahu Aish… Zufir jahat ke Ayah Rahman ke Aish yang jahat?... Isk…isk…" kali ini Aish menangis meraung-raung. 

"Aaaaaaa ….A….AAA … Aish jahat … Zufir jahat…AA...AA.." raung Aish tak henti.

"Tak…tak… Aish tak jahat… Aish … tak jahat…" Rahman cuba menenangkan Aish yang bercelaru fikirannya. Tapi mungkin tidak secelaru Rahman.

'Suci dan Airil tidur bersama' belum sempat Rahman memproses otaknya. Seorang menjerit namanya.

"Rahman!..." Seorang menegur Rahman dari jauh. Sebelum Rahman berpaling Aish dahulu menjerit.

"Pak Ngah Johan!!!... Aish orang jahat … AAA AAA …AA " Aish meraung lagi sekali. 

Aish mencerita semula ceritanya kepada Encik Johan tanpa berahsia. Rahman dan Encik Johan saling berpandangan. 

-------------------

Rahman mundar-mandir dihadapan PICU. menunggu Suci keluar dari sana. Barang keperluan semua dikemas dalam satu beg. Tapi mindanya tidak berhenti memikirkan kata-kata Aish. 

“Abang… “ panggil Suci. 

“Rahman!... “ satu suara lain memanggil dia dari arah lif. 

“Airil!... “ kamit mulut Rahman. 

Dua insan yang bermain-main dalam minda sepanjang petang hingga malam kini dihadapannya. Airil dan Suci. kata-kata Aish tadi susah hendak dibuang. Kalau betul mereka berdua tidur sekali. Tapi bila? Sebelum atau selepas bernikah dengan Rahman?. Atau sebenarnya dia tak perlu pun fikir benda bukan-bukan ni. Dia perlu fokus kepada anaknya yang baru sahaja kemalangan. Dia perlu utamakan Zufir. Airil akan tumpukan kepada Alia, Alia isteri Airil.

ZAP. Sesuatu terlintas dibenak Rahman. 

PERAMPAS!

“Apa yang ada kat kau Rahman tak ada dekat aku!”

“Kenapa Airil pilih kau!”

“Kenapa kau rampas Airil!”

“Apa kau nak dengan aku Rahman!”

Terniang-niang kata-kata Alia petang tadi menusuk gendang telinga Rahman. 

“Engkau bohong apa Alia!... bila masa Rahman rampas Airil?!” tanya Suci. 

“Kenapa aku nak rampas Airil dari kau Alia?” bingung Rahman.

“Yargh!!.... Suci kau lupa ke apa Airil dah buat kat kau Suci..!” hentam Alia sambil menolak kasar Suci.

“Apa Airil buat dengan Suci?” soal Rahman. Dia perlu tahu punca pergaduhan. Dia memang tiada langsung sebarang idea.

Ya!... Apa Airil buat dengan Suci?... pertanyaan yang tergantung tak terjawab sehinggalah berlakunya kemalangan tadi. Jawapan Aish pula datang menerpa fikiran Rahman.

"Ibu marah sebab Ayah Airil tidur dengan Ibu Suci… Aish tak tahu pun kalau Aish cakap macamtu… Ibu dengan Ayah Airil gaduh…"

Lamunan Rahman terhenti apabila terasa seorang menyentuh bahunya. Wajah Airil muncul dihadapannya.

“Rahman!... Engkau okay tak?... Suci tanya ni” Airil memegang bahu Rahman. 

“JANGAN SENTUH AKU!!... “ Rahman meninggi suara. Tangan Airil ditepis kasar. Beg ditangan diberi kepada Suci tanpa sebarang kata. Rahman membuka langkah laju. Menuju ke lif. Langsung tidak berpaling. 

----------------------------

Tapi lain pula bagi Airil. Badannya bergetar tiba-tiba. Tangannya menggeletar tanpa dia sedar.

“JANGAN SENTUH AKU!!... “

Tiga perkataan saja mampu buat badannya hilang kawalan. Badannya rebah di hadapan Suci. Longlai. Suci turut terkejut apabila tiba-tiba Airil jatuh melutut dihadapannya. Bagai satu tamparan hebat dalam hidup Airil.

“Airil?... Rahman… Rahman!!” Suci menjerit memanggil Rahman dari jauh. Tapi Rahman tak peduli langsung jeritan Suci. Rahman menghilang setelah menaiki lif. Pengawal yang menjaga pintu masuk PICU datang menolong Suci tanpa ditanya. Dia juga turut terkejut dengan adegan yang berlaku di hadapannya.

"Suci kenapa ni?" Doktor Arif entah muncul dari mana turut menolong Suci mengangkat Airil ke kerusi menunggu. 

--------------------------

Doktor Arif dan Airil tiba di rumah apabila mendapat panggilan dari Encik Johan bahawa Aish bersamanya dirumah teresnya. Abang Jan turut tunggu di dalam rumah. Sebaik sahaja mereka berdua masuk kedalam rumah. Bertalu-talu soalan ditanyakan oleh Encik Johan. 

“Doktor Arif… Alia macamana?...Zufir… Rahman dan Suci mana?... tak balik ke” tanya Encik Johan.

“Johan… Alia…Alhamdulillah sudah lepas bedah sekarang di ICU. Esok baru boleh melawat  Suci jaga Zufir di PICU. Rahman… entah… hilang… call tak berangkat. Airil cari satu hospital tak jumpa…” keluh Doktor Arif.

“Pak cik ada jumpa Rahman?” tanya Airil dalam menyampuk perbualan mereka berdua. Jelas kelihatan Airil tidak terurus. Mukanya serabut dan rambut yang kusut. 

“Airil… sebab apa boleh kemalangan?” Soal Encik Johan tanpa menjawab pertanyaan Airil. Sebenarnya dia memerlukan satu jawapan dari Airil. Jawapan yang pasti. Dia tidak mahu apa yang dia dengar dari Aish itu semuanya betul.

Apa yang dia dengar dari Aish adalah satu yang tidak masuk akal. Aish menyatakan pergaduhan bermula dengan kata-kata Aish?... ya Airil dan Suci tidur sekali… betulkah? Sekarang Rahman menghilang. Lagi membuat fikiran jahatnya menguasai mindanya. Dia perlukan jawapan dari Airil. 

“Hah… macamana Alia dan Zufir boleh kemalangan?” tanya Abang Jan pula. 

“Airil cuba cerita dengan kami semua macamana kemalangan boleh jadi?. Laporan polis pun kena buat nanti…” tambah Doktor Arif. 

-----------------

Airil masih dengan dunia dia.

“Airil nak Rahman… ca…caa…cari Rahman…Airil nak Rahman” gagap Airil bertutur. Soalan-soalan lain tidak dipedulikan. Dalam otaknya hanya Rahman. 

“Rahman mungkin keluar pergi mana-mana. Nanti dia baliklah… “ Doktor Arif cuba menenangkan Airil. Dia perasan dari tadi Airil tidak senang duduk. Punca. Dia tidak tahu. Tapi Airil kerap ulang minta dicarikan Rahman. 

“Airil nak Rahman…” ulang Airil lagi. Dia berkeras. Tapi dia tak tahu dimana lagi perlu dia cari. 

“Hei!… Airil…sedarlah diri. Isteri kau dan Aish perlukan kau masa ni. Rahman perlu disisi Suci…” Encik Johan seperti tidak tahan dengan kelakuan Airil. Seperti berlawanan lumrah. Seorang suami perlu risaukan isteri sendiri. Bukan risaukan suami orang. 

“Tak!... Rahman tak bersama dengan Suci. Rahman hilang…Pa… cari Rahman. Airil rasa nak mati tak ada Rahman. Pa tolong… tolong… isk…aaa…isk” tiba-tiba Airil menangis. Airmata tak henti keluar. Badannya rebah melutut diatas lantai. 

“Pa… Airil tak nak berpisah dengan Rahman. Cari Rahman. Rahman Airil punya. Tapi dia hilang. Rahman kata jangan sentuh dia. Kenapa?... kenapa?... kenapa Airil tak boleh sentuh Rahman. Isk..aaa..aa…” semakin kuat badannya menggeletar. Airil rebah menyembah lantai. Dia seperti hilang haluan. Rambut ditarik-tarik seperti orang gila. Kadang-kadang menumbuk tangannya sendiri.

“KENAPA AIRIL TAK BOLEH SENTUH RAHMAN!... aaa…aaa… kenapa tangan ni tak boleh sentuh Rahman?... kenapa?...”

Semua terkilan. Doktor Arif, Encik Johan dan Abang Jan mati kata. Pertama kali melihat Airil hilang kawalan. 

“Airil…kenapa ni?” terpinga Doktor Arif. 

“Pulau?... Airil nak pergi pulau. Rahman balik pulau kan..kan?” tiba-tiba Airil bangkit dari rebahan. Dia menyeluk saku seluarnya mencari kunci kereta.

“Yargh!! Airil!... Alia masih di hospital. Aish perlukan ayah. Kuat kan semangat…” jerkah Encik Johan kuat. Kasar dia menarik tangan Airil yang sedang mencari kunci.

“Engkau siapa nak pisahkan aku dengan Rahman!!!” marah Airil. Tangan Encik Johan dipulas. PULAS sehingga Encik Johan mengerang kesakitan. 

“Alia dan Aish perlukan kau…”

“BIAR MATI SAHAJA MEREKA BERDUA!!” 

PANG!... satu penampar melekap pada pipi Airil.

“Berani kau tampar aku!... huh…Rahman…RAHMAN…” Airil tak jadi marah apabila melihat Rahman dihadapannya. Tangan Encik Johan segera dilepas. Serta merta dipeluk badan Rahman. Tapi tidak. Rahman menarik kolar baju Airil kasar. 

“Zufir anak siapa?... ZUFIR ANAK SIAPA!!! AIRIL!” tanya Rahman tanpa lapik. 

----------------------------

2 JAM LALU DI HOSPITAL.

Rahman menggantikan Suci menjaga Zufir kerana Suci mahu bersihkan diri. Sementara Dia menjaga Zufir, dia didekati oleh jururawat. Dia diberitahu esok rancang untuk transfusi darah. Mereka memerlukan tandangannya untuk dokumen kebenaran transfusi. Rahman mengisi dengan tekun borang tersebut dikaunter jururawat. Dalam diam dia mendengar perbualan antara jururawat dengan pegawai lab melalui telepon dihadapannya.

“Haah… Zufirman… darah A+... satu beg esok… standby…lepas dapat result Hb esok pagi tengoklah macamana“

Sebaik sahaja jururawat meletakkan telepon. Rahman mendekati jururawat tersebut. Pura-pura memulakan perbualan.

“Pukul berapa esok nak bagi darah?”

“Kalau esok pagi keputusan darah dah keluar baru buat keputusan nak bagi ke tak…”

“Darah Zufir darah apa?...”

“A+...” jawab jururawat pendek

“Kalau saya O isteri saya O… boleh ke anak saya A?” tanya Rahman tanpa lapik. Walaupun sebenarnya hatinya bagai nak lucut kerana takut hendak mendengar jawapan dari jururawat tersebut. Tolong katakana 'BOLEH'. A boleh dihasilakn dari O O. 

“Hmm… encik dengan isteri encik O ke?... eh… jap saya confirm dengan lab… tapi encik terima kasih beritahu saya. Takut lab buat salah…”

“Tu lah… sebab saya dan isteri saya O…”

“Terima kasih encik…”

“Aaa… misi… saya nak keluar. Nanti isteri saya ganti… “ 

-----------------------------------

Sebaik sahaja Rahman keluar dari PICU dia terus keluar dari hospital. Masuk ke dalam kereta. Dadanya sesak. Dia cuba menyusun segala fikirannya. Hanya satu malam. Satu malam. Macam-macam berlaku.

Kemalangan!

Alia dibedah!

Zufir tak sedarkan diri!

Pengakuan Aish!

Perampas!

Darah A?... 

Tak...Zufir darah O… aku teman Suci di bilik bersalin. Aku sambut dan pegang Zufir masa dia lahir. Tapi apa ni?. Kau kata Zufir bukan anak aku?

Perampas?... aku rampas apa?... aku rampas dari siapa?... aku ada semua… aku ada isteri… aku ada anak… apa lagi yang aku nak rampas?... Alia?... apa yang kau cakap ni Alia?

Aish… tipukah Aish… Suci dan Airil tidur sekali… tidur yang macamana?... tidur biasa? Atau… tak… tak… tak mungkin terlanjur… tak… aku dan Suci sah bernikah… tapi…macamana boleh datang darah A?.

Airil… AIRIL… aku perlu tanya Airil…AIRIL atau SUCI… tapi mungkin lab salah… 

Rahman menggigit kuku. 

Tak.. aku perlu tanya jururawat… apakah keputusan lab masih sama… atau… masih darah A bukan O. 

Rahman Masih mengharap keajaiban berlaku. 

---------------------------

Rahman masuk semula PICU. dia bohong pada pegawai yang menjaga pintu. Tanpa mendekati Suci yang sedang menjaga Zufir dia terus bertemu dengan jururawat yang bertanggungjawab menjaga Zufir malam ini. Suci bangun dari tempat rehatnya. Terkejut dia apabila Rahman datang. Dia turut Rahman dari belakang

“Misi… masih darah A ke Zufir… betul ke lab tak buat silap?...” tanya Rahman. Suci bingung.

“Oh… Encik… ya… betul Zufirman darah A… bukan O… mungkin Encik dan Puan sebenarnya salah seorang darah A… “ 

“A..a…a…abang” gagap Suci tiba-tiba. Suci seperti dapat menangkap sesuatu yang tak patut Rahman tahu. 

“Abang…abang… Suci boleh terangkan… abang!”

“Terima kasih misi…” Rahman berterima kasih dengan jururawat tersebut. Sebaliknya dia memandang Suci dengan penuh tanda tanya dan harapan.

“Suci… tak kan… apa yang abang fikir ni bukan kan?... “

“Abang… kita keluar dulu… Suci terangkan… kita keluar dulu…” pinta Suci. Hatinya berdegup laju. Muka Rahman sudah pucat. Dia seperti menerima kejutan yang betul-betul tak masuk akal. 

----------------------------------

Rahman dan Suci keluar dari PICU. 

“Zufir anak abang kan Suci?...”

“Zufir anak Airil…”

Luluh hati Rahman. Suci, kekasih hatinya. Menipu dia. Anaknya Zufir, enam tahun, sekelip mata bukan anaknya dalam satu malam. 

"Ke…kenapa… bohong…?" 

maaf..delay 1 hari. last few days kuarantin. sakit sangat covid ni. haihhh Terima kasih sebab baca jom follow hamao di insta Nama insta 'hamaobest' background merah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience